Pages

June 22, 2008

Penat itu sungguh penat, sakit itu menyakitkan


I am still not done with the packing eventho I'm flying off tomorrow. See..this is my major problem -> PACKING things. I loathe packing as much as I hate rempit. Okay kenapa rempit perlu masuk dalam hal ni tapi tak kisah lah, the main point is, I hate choosing what to bring and stuffing things inside the bag. Since I am bringing a bag of cabin size, the space is kinda limited. With the duration of holiday being 2 weeks...I don't think (or at least this is what I feel) the clothes are enough.

Takpe tak cukup bleh shopping kat sane...ahahahahhahahahahah...*lariiiiiiiikkkkkkkkss*

My whole body is aching badly right now. Too much swimming I guess. Tadi gi Sunway Lagoon swimming tak ingat dunia! Sekarang semua muscles dah sakit. Head to toe. I want to try not to depend on panadol muscle like I always do and will try to sleep off the pain. If by tomorrow the body is still not recovering, I don't have any other option but to gobble the painkillers. Haih..Come to think again, saya swim sebanyak EMPAT kali this week. 2 in PD, one in Pusat Akuatik and one today. Mengikut kiraan patut dah boleh turun beberapa kilo dah tapi sebab setiap kali abis swim pun melantak bagaikan tiada esok kirim salam je lah pada berat yang diharapkan turun tu..

Speaking about Sunway Lagoon, today we encountered a bunch of annoying Kelantanese guy flirting dengan begitu annoying sekali. No, I don't have anything against Kelantanese guy or Kelantanese generally. In fact, I am secretly admiring one of the Kelantanese (perlu ke pecah rahsia sendiri? hihihiihihih) so yeah, this is not me being prejudice or what. But they happened to be the one that we stuck with when we were queuing up for one of the game, very annoying, speaking loud with their accent and trying to flirt. Serious rasa nak pukul guna pemukul lalat kasi terpenyek.

So, yeah ppl. I am off to Australia tomorrow til the 8th of July. I'll be in Gold Coast from 24th until 26th. Melbourne 26th until 3rd of July and will spend the rest of the journey in Sydney meeting up si Biyoncet. ngehngehngeh..I don't think I'll be updating this blog in few days coz I'm not bringing MacBabe with me. Unless I have chance to update menumpang belas kasihan laptop orang lah kan.

Til now, take care everybody~ Doakan gwe slamet pegi slamet pulang yah~

June 21, 2008

Lagi lagi SMSS

Pelajar terus diganggu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Kejadian histeria yang menyerang pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras di sini, terus berlanjutan apabila beberapa lagi pelajar dilaporkan masih diganggu makhluk halus selepas empat hari kejadian aneh itu berlaku.

Seorang pelajar sekolah terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 16, berkata dua rakannya turut terkena histeria malam kelmarin selepas secara tiba-tiba menjadi seperti orang hilang ingatan.

Menurutnya, kejadian terbaru itu menimbulkan kehairanan di kalangan pelajar selepas berpuluh-puluh rakan mereka yang terkena histeria sejak Isnin lalu, sudah diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

“Saya antara pelajar yang diarahkan pulang ke rumah selepas terkena histeria kelmarin. Saya sangkakan semuanya sudah berakhir, namun beberapa rakan lain terus menjadi mangsa.




“Saya dihubungi seorang rakan sekolah malam kelmarin yang memberitahu, dua rakan lain tidak sedarkan diri selepas terkena gangguan terbabit. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan pembelajaran kami di sekolah terganggu,” katanya ketika ditemui semalam.

Katatnya, dia sebelum ini turut terkena histeria apabila tiba-tiba tidak sedarkan diri di dalam kelas sekitar jam 10 pagi.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadap diri saya, namun ketika itu saya terpaksa diusung ke dewan sekolah bersama pelajar lain yang dirasuk,” katanya.

“Sebaik saya dipulihkan, ada rakan yang memberitahu saya menjerit dan meraung akibat dirasuk tanpa saya sendiri menyedari apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, pihak sekolah perlu melakukan sesuatu bagi memastikan keadaan kembali pulih bagi membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan penting tidak lama lagi.

Harian Metro semalam melaporkan, hampir 30 pelajar sekolah terbabit dilaporkan diserang histeria sejak Isnin lalu apabila ada di antara mereka mendakwa dibayangi makhluk bertubuh hitam dan bermata merah yang masuk ke kelas.

Akibatnya, kebanyakan pelajar terbabit terpaksa bermalam di surau asrama sekolah terbabit bagi mengelakkan gangguan berkenaan yang sukar dikenal pasti puncanya.

Jurucakap sekolah yang dihubungi berkata, satu laporan berhubung kejadian itu sudah dihantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya untuk langkah sewajarnya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Rawatan Islam Darul Syifa, Bangi, berkata beberapa orang pakar perubatan di pusat itu sudah dihantar ke sekolah terbabit untuk memberi bantuan malam Isnin lalu.

Katanya, bacaan Yasin dan sembahyang hajat sudah dilakukan bagi menghalang gangguan berkenaan terhadap pelajar sekolah itu.

“Kejadian histeria boleh diatasi sekiranya pelajar sendiri mendekatkan diri kepada Tuhan dengan melakukan perkara diwajibkan selain menjauhi larangan-Nya.

“Amalan membaca ayat Kursi dan tiga Qul termasuk zikir boleh menghalang makhluk halus ini dari meresapi minda pelajar,” katanya.

Katanya, pihak Darul Syifa yang sering dipanggil bagi tujuan sama mendakwa kejadian berkenaan mungkin ada kaitan dengan kegiatan kurang manis dilakukan segelintir pelajar yang boleh mengundang kehadiran syaitan atau iblis mendampingi mereka.

Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, meminta pelajar memperbanyakkan ibadat bagi mendekatkan diri dengan Allah sambil menyifatkan kejadian itu berlaku disebabkan iman yang tipis membuatkan mereka lemah semangat.

“Kadang-kadang kita terlalu leka dan lupa kepada tanggungjawab kepada Allah kerana asyik dengan perkara yang mendatangkan keseronokan,” katanya.





Haaa...tulaahhhh budak2 zaman sekarang...hahahhahahaterlalu leka! Lupe kepada tanggungjawab! Asyik dgn perkara seronok2!

Tapi macam serius je kan benda ni. Tak abis-abissssss!

Tapii kan...serius sangat ke sampai kena masuk paper dua kali. Saya rasa orang Harian Metro tu anak dier skolah kat SMSS laaa...

Semalam, Hari Ini dan Esok

Sekadar gambar hiasan, tika kami keluar di kota Kuala Lumpur beberapa minggu lepas


Dihadapan Planet Hollywood
Di hadapan Pavilion


Yesterday I went to OU with my fashion advisor, Miss Waney Da Coco Loco and Fuzah. This was decided after I realized I don't have any clothes to be packed to Aussie. We went to several shops. And settled with only 3 pieces of tops/shirts.


Muke paksa ceria kerana mereka kata baju ini ceria maka saya harus ceria.

We went to Seoul Garden for lunch. This is my 2nd treat in Seoul Garden after the first one 2 days ago. If I go on with this kind of lifestyle, I bet I'll be reaching 100kg in no time, seriously! But, whatever. This week is going to be the last week of makan meriah. Come next few weeks, I have to start cutting down the amount of food I munch in.

Seoul Garden is a Korean style BBQ Steamboat. The food there was awesome. Especially the chicken teriyaki and the fried wantan. Super delicious!. With only 22++ (student price) per pax, u can have everything edible in the restaurant. U can even make an ABC in your style. The truth is, I only love ABC with its syrup + milk and sweetcorn. No bean, no cincau, no cendol, no nothing. So it's like a dream come true lah to have eaten such ABC in Seoul Garden (sekali lagi exaggeration)


My Plates, my ABC, Wani's favourite so'on

Our food

Muke kenyang + puas hati.


Today, we went to Pusat Akuatik Darul Ehsan to swim. Hehehee...swimming is an addiction, seriously. Biarpun muka sunburn ku tak pulih lagi...aaaahhh pedulikan. By the way...swimming can burn fat also kan? BUT after swimming our stomach was screaming for food and we went to Hakim at Seksyen 7 for brunch. Pastu makan nasi beriyani? Apekahhh..burn fat la sangat!!


Tomorrow we are going to Sunway Lagoon. Proton is having Family Day at Sunway Lagoon so mom got 3 free tickets. Blehlah enjoy-enjoy esok. Arghhh hitam lagi la nampaknye.........

June 19, 2008

Sekolah ku, lagi

Dirasuk makhluk bermata merah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
anbia@hmetro.com.my


CHERAS: Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini `huru-hara’ selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri dipercayai dirasuk makhluk halus.

Serangan histeria itu dikatakan bermula Isnin lalu apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya.

Kejadian itu berjangkit kepada beberapa pelajar lain menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 14, berkata sebaik kejadian itu berlaku, beberapa lagi insiden aneh menyusul dan menyerang pelajar lain.




Menurutnya, dianggarkan hampir 30 pelajar diserang histeria menyebabkan keadaan menjadi huru-hara sejak tiga hari lalu.

“Apa yang saya tahu, pelajar pertama yang terkena histeria mula meracau selepas waktu Zuhur sebelum berjangkit kepada pelajar tingkatan lain, termasuk saya.

“Saya sendiri yang ketika itu berada di kelas tiba-tiba berasa lemah badan sebelum ternampak puluhan lembaga hitam bermata merah melayang masuk,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dia selepas itu menjadi kaku dan tidak mampu bercakap sepatah perkataan atau meminta tolong.

Mangsa hanya tersedar sejam kemudian selepas dibawa guru ke bilik rawatan di sekolah berkenaan.

Sebaik tersedar, kata Mohd, dia terdengar bisikan suara lelaki di telinga yang memberitahu sekolah terbabit akan huru-hara.

“Saya sendiri tidak pasti siapa yang bercakap kerana ketika itu tubuh saya terlalu lemah dan ketakutan,” katanya.

Menurutnya, guru menghubungi ibu bapanya dan meminta dia dibawa pulang berikutan keadaan di sekolah terbabit kian tidak terkawal.

“Ketika itu ramai pelajar lain turut pengsan, malah ada yang meraung dan menjerit tanpa diketahui bahasa dituturkan.

“Mereka meracau hingga ada yang menyepak dinding serta melukakan diri sendiri. Saya sempat melihat seorang pelajar tingkatan lima berdarah di kaki akibat menendang objek keras di kelas,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, katanya, kebanyakan pelajar terpaksa tidur beramai-ramai di surau asrama kerana bimbang gangguan berterusan.

Ketika itu, tokoh agama terkenal, Datuk Haron Din dipanggil datang ke sekolah untuk membantu menghentikan gangguan histeria itu.

“Saya dan pelajar lain yang sedang membaca surah Yasin di surau terkejut apabila seorang pelajar perempuan tiba-tiba bangun dan menjerit.

“Dia yang hilang ingatan berlari ke luar dari surau sebelum dikejar beberapa guru lain. Pelajar itu akhirnya dapat ‘ditangkap’ sebelum diberi rawatan di surau,” katanya.

“Selain terkena rasukan, ada pelajar mengadu tiba-tiba terasa lemah badan tanpa sebab,” katanya.

Selepas tiga hari gangguan terbabit masih tidak menunjukkan tanda berhenti, pihak sekolah menasihatkan ibu bapa membawa pulang anak masing-masing sehingga Ahad ini.

Difahamkan, arahan ‘bercuti’ itu hanya dikenakan kepada pelajar yang terkena histeria dan mengadu lemah badan.

Seorang kakitangan sekolah yang enggan namanya didedahkan, berkata kejadian sama pernah berlaku kira-kira lima tahun lalu.

Menurutnya, serangan itu dipercayai ada kaitan dengan projek pembinaan sebuah sekolah baru yang bersebelahan tapak sekolah menengah itu.

“Ada kemungkinan tempat itu diganggu menyebabkan pelajar sekolah ini menjadi mangsa,” katanya.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati beberapa ibu bapa datang di sekolah terbabit untuk mengambil anak masing-masing.

Sementara itu, jurucakap sekolah itu yang dihubungi, berkata satu laporan berhubung kejadian itu sudah dihantar kepada Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pihak sekolah sudah mengambil langkah sewajarnya, termasuk mendapatkan khidmat tokoh agama untuk memulihkan keadaan.

Ibu bapa pelajar yang terkena histeria juga dinasihatkan membawa pulang anak masing-masing semalam.



Source : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080619094705/Article/index_html


p/s : haihhh....nasib gwe udah keluar dari sekolah itu...hihihiihihihihi...mmg dulu time kitorang Form 1 ade kes camni. Tapi tu kena kat teknik kl. Sebab asrama girls dekat ngan surau dak teknik, so bleh la dengar orang meraung jerit smua. Ape jadi dah skarang erks..Try call Cikgu Su tapi dier tak angkat. huuhuhuhu..

Penat


Gimme P

P!!

Gimme E

E!!

Gimme N

N!!

Gimme A

A!!

Gimme T

T!!


As planned we went again to PD to take my specs. Elokkk je dier tertinggal atas kotak tisu di alamari itu. *haihhh*. I wasted RM100 for fuel + RM 20 ++ for toll fare just for you oh my dear specs!!

But of course we didn't waste that chance to go kechebur kechebur in the irresistable pool. TWICE okay. Once in the morning and once in the evening kerana ada orang itu mengidam mahu bermandi-mandi di pool dan berazam mahu menguasai teknik free style yang baru saya pelajari pagi itu. Oh ya, dengan teknik free style, anda boleh pergi lebih kilometer ok! I am so glad that I finally can swim, and breathing properly. I used to have problem with my swimming lesson and I was the slowest student in the class. Plus my swimming lesson was stopped in the middle coz I had to concentrate on my studies first back in KMB. Tapi bila belajar bersama kawan-kawan saya yang sewel itu dapat pula saya menguasai teknik berenang. Terima kasih kawan-kawan! Tak perlu saya membazir ratus-ratus bayar cikgu swimming for nothing!

Back to the story,after finished swimming that morning we shot to Melaka to met Ida. Then went to Mahkota Parade and ate at Seoul Restaurant. Makan steamboat sampai mati! Hahaha..The food was quite good and with the fact that we can eat as much as we want, oh, sungguh membahayakan! That evening we went again to PD and shot back home after Maghrib. Reached Shah Alam at about 9. Dine in at Medan Selera Sect 11, sent Ida back home and pulang ke rumah..

Anyway saya ada banyak benda nak diluahkan didada. Rasa membuak-buak nak berkata tetapi saya confused pula patut atau tidak saya bersuara. Tapi beginilah senang cerita, buat siapa-siapa yang risau, tiada perlu, okay. Kalau saya mahu buat, dan saya boleh buat, dah lama saya buat. Tak perlu tunggu jauh tak perlu pergi dekat, kalau saya nak buat, dah lama saya buat, seriously!

June 17, 2008

THE results

Alhamdulillah =)
Tho the marks are a bit macam syaiton, but, hey, I am soooooo relieved. I am moving to 2nd year!
Physiology as always tak mengecewakan saya, thanx physio!
Bleh lah keluar beli buku...heeeee......
Come next year I don't want to play no more. aceh..yeye je..Time to get serious. Bad marks are bad omen untuk kesihatan pelajaran. Harus diberambuskan dari hidup..

********************************



Yesterday I went to Sunway Pyramid.for the first time.after the new building has been built. It was quite okay lah. Then I went to Mak Pah's house. Makan keli sambal. Yum yummyyy..And also helped Ain with her chemistry.

Today I went to PKNS Complex and SACC. Keluar membeli baju sopan. And found out my new style of wearing the hijab. Coz I wasnt quite confident to wear selendang before this kerana muka ku bulat bulat. Nanti orang tgk ku bagai mahu disepak2 kerana nampak bulat-bulat seperti bola. Then I remembered when I went to Klantan last year, one of the shopkeeper taught me how to wear selendang and not to look like a ball. So in the surau I borrowed Fuzah's shawl...coba-coba..Sekali rasa cumils. Terus turun beli pashmina. ngehehehehe..

*perasan cumils*

One of the reason why I wanted to change the style is because I'm gonna go to Aussie. I'm not going to bring my iron with me. Nanti tudung keromot keromot. Maka dengan pashmina, anda tidak perlulah risaukan keromot keromot!

At SACC I met Kak Su, Abg Den, Shah, Ain. Jo kat dalam bilik buat return. And 2 new guys. Am was on leave. Huhu...borak2 lepak2 jap...Then I went to Focus Point to buy this sunnies. It was on 40% discount so ok la...



Sunnies biase je.
Tepi dia chunted.


Ahhhh...okeh. Rasa L to the E to the G to the A, LEGA! 2nd year, here I come =)


p/s : esok kena gi PD amik specs tertinggal..waaaa...membazir minyakkk..pastu jumpe si kecik Kak Jid sebab dier nak belanje sayeeeee =D

June 15, 2008

LAPORAN PERCUTIAN KE PORT DICKSON



Pada 11, 12 dan 13 JUN (tq encik wan401) 2008 yang lepas, seramai 6 orang bekas pelajar SMSS telah berlepas menaiki Avanza W** ***0 ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan ini adalah untuk berjimba tak ingat dunia sambil melepaskan rindu didada (lol) bersama rerakan tercinta.


Cubaan menyumbat Avanza

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam memandangkan kami berhenti rehat kat R&R Soromban untuk mengisi perut. Perjalanan was okay except the suspense part where the windscreen had a lil crack by a batu. Kami juga melakukan pelbagai aktiviti berfaedah didalam kereta seperti belajar cara menentukan arah rempit dan waktu rempit keluar merempit.


Close up gambar crack itu yang menyaspenkan.

Kami sampai PD dengan tenang. Upacara memunggah kembali barang dijalankan dengan lancar. Macam-macam kami bawa seperti gitar, beras, marinated chicks, sos BBQ, set BBQ pakai buang, dan pelbagai lagi.

Signboard mengwelcome kami

Sesampai di PD, kami terpesona dengan keenakan pool man-made yang diclaim largest man-made beach di Malaysia itu (yeke?). Lantas diri ini bagai terpanggil-panggil untuk kesana. Kami letak barang, tukar baju dan lantas tidak membuang masa untuk bermandi-manda. Oh heaven gila!
Bestnye pool tu....tak saba nak terjun

Pada sebelah malamnya, aktiviti diteruskan lagi dengan program Jalan Jalan Cari Makan. Kami survey2 tempat best dan hanya mengikut kata hati untuk berhenti makan tanpa sebarang recommendation oleh sesiapa. Kata hati membuat kami berhenti kat Restoran Nasreen Songkhla. Menu yang diorder adalah ; Tomyam Campur (B-), Ikan Siakap 3 rasa (B+), Telur Bungkus (A -> bias sebab penulis suka telur. lalala), CekodokSotong Goreng Tepung (C- tak settappp), kailan ikan masin (B-) dan Ikan tak Bakar sangat (D+) Cis kata hati taklah betul sangat. taklah setap mane ponnn..

Makanan kami


Muke lapar

Pada keesokan harinya, kami bangun agak lewat kerana kepenatan. We had fried maggi (cooked by ZoomZack) and sardin sandwich for breakfast before we, AGAIN dived into the pool. Kami berenang-renang sampai hampir pukul 1 tengahari (sebab tu sunburn T_T) dan naik untuk bersolat dan bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya.

Tengah book bilik karaoke

Pada jam 3 petang kami pun pergi ke tempat untuk berkaraoke. Muahahahaha...kami bagaikan hilang pertimbangan dalam hidup sebaik masuk ke bilik itu. Oh sungguh mengujakan. Lagu pertama dinyanyikan pastilah lagu tema wajib karaoke kami -> Semakin Rindu Semakin Asyik (click untuk mendengar) Selepas itu banyaklah lagu yang disumbangkan oleh kami. Dari lagu old skool seperti Hotel California, sehingga ke lagu rempit seperti Dalam Diam Ku Mencintaimu mahupun lagu Sean Kingston Beautiful Girl kendatipun lagu HatiKama, biarpun lagu Viva Forever dan sebagainya.
Sewaktu masih waras

Hilang pertimbangan sudah

Setelah 2 jam menyumbangkan lagu dan suara, kami pulang untuk bersiap untuk BBQ. Kami segera bersiap dan menyumbat segala barangan kedalam Avanza dan berlepas ke tempat BBQ.

Inilah tempat BBQ. Santek kan?

Kami pun mulalah menghidupkan api dengan bantuan fire starter dan lighter CrabMen. Siapa CrabMen? Sabar nanti kami ceritakan! Unfortunately, Zack telah mengalami kemalangan kerana kakinya terguris grill BBQ. Kasihan Zack! Semalam di Nasreen dia termakan Cili SOngkhla yang pedas menangis-nangis.

Kaki Zack yang terguris

Tapi apapun life goes on. Misi tetap diteruskan. Kami sabar menanti ayam BBQ masak. Sambil membahagikan tugasan ke beberapa unit : Unit BBQ, Unit Arang dan Unit Logistik.
Mengipas perlukan kesabaran

Unit BBQ
Unit Arang

Unit Logistik yang injured

Benarlah kata bidalan, perempuan bukan dicipta untuk buat api BBQ (ade ke eh?). Ayam kami bagaikan hidup segan mati tak mahu. Setelah berhempas pulas hanya 3 ayam berjaya masak dengan masaknya. Dikala inilah CrabMen datang menghulurkan bantuan. Mereka ialah random peeps yang datang mengutip ketam dan membantu kami membina tempat BBQ yang lebih meyakinkan dari set BBQ pakai buang Carrefour berharga RM11.90 itu.


Crabmen

Crabmen turut baikhati berkongsi hasil tangkapan dengan kami. Setelah melihat kami yang begitu kasihan tidak pernah makan ketam laut baru tangkap terus bakar itu, CrabMen sekali lagi turun ke pantai mengutip ketam setelah mendirikan api untuk kami.

Api CrabMen dirikan.

Setelah beberapa ketika, CrabMen datang bersama hasil tangkapan dan juga ikan pari. Saya begitu sangsi dengan rupa bentuk ikan pari tanpa disiang yang menggerunkan. Lantas CrabMen menyiang ikan itu dengan hebatnya dan kami pun BBQkan ikan-ikan itu.

Ayam,ikan pari dan crab kami.

Selesai berBBQ kami pun mulalah sesi makan-makan bersama tetamu jemputan. Banyak gila ayam itu nasib CrabMen ada untuk makan sekali.CrabMen sempat bertanya soalan kepada kami apakah hubungan kami lantas kami pun kata kami rakan sekolah sambil menyanyikan lagu sekolah. Ha ha CrabMen pasti terkejut melihat perempuan sebegini lantas menyimpan hasrat untuk mengorat kami kerana kesewelan masing-masing. (haha tetibe)

Muka gembira + kenyang

Kami pulang dengan gendang gendut tali kecapi kenyang perut sukahati. Berhenti di 7 11 membeli Roti dan Sardin serta cucur segera adabi dan pulang untuk tidur.

Keesokan harinya kami bangun dengan bersemangat untuk mandi untuk kali terakhir. 8.15pagi kami terjun kedalam air untuk sesi berpisah dengan air. Saaaamppaaaaaaii lah pukul 11 lebih kurang. Kami siap2 dan membuat major clearing akan apartment itu dengan tekunnya untuk memastikan kemaslahatan umat. Dikala ini, kami turut menyanyikan lagu Kawan dan Sesungguhnya oleh Raihan dibawah pimpinan saudari Zahirah dan laptop Wani.


Kurang lebih pukul 1, kami bertolak pulang. Berhenti di R&R Seremban untuk solat Zohor dan lunch dan teruskan perjalanan. Ke Ampang menghantar Zack, Ke Damansara Utama untuk menghantar Ayu, dah akhirnya ke Shah Alam untuk menghantar saya Fuzah Ida. Driver kami yang hebat dan comel (bodek bodek) lantas pulang ke rumahnya dengan selamat walaupun penat..
Comel kan? Tapi maaf, sudah berpunyalah!

Setinggi-tinggi penghargaan buat peserta program ini, serta penyumbang utama En Shazep, dan tidak lupa CrabMen atas jasa-jasa yang tidak terhingga. Semoga kalian dirahmati Allah.

Harapan saya semoga program ini dapat diteruskan biarpun kita sudah bekeluarga. Semoga next plan mendaki Genting Highland yang telah dirancang semenjak tamat SPM lagi (TIGA tahun yang lepas) akan terlaksana kelak.

Sekian, majulah sukan untuk negara.

Yang Menjalankan Tugas,

Letchumi "Sunburn" Markupan.

Mood Update Meroyan


Abeslah mood update meroyanku udah datang. ngeheeee...

Well it was such a great week last week. Met up old frens. Catching up things. Time to loosen the wrinkles on the sunburn face. I wish time won't fly that fast. Gw mahu idup sebegini hingga bila-bila. >.<>
  • murtabak
  • sate
  • yong tau foo
  • ayam goreng mcd
  • seafood
  • donut kegilaan ramai. big apple je la baru. jco blum lagi. oh memang setapp..patutlah orang smua jadi gile
  • mom's kuetiau goreng
  • pucuk ubi masak lemak
  • jonny's thai beehoon
  • And now I have to get prepared for my Aussie trip next week. Yup, people I'm gonna be off to Aussie from June 23rd til July 8th. Will be in Gold Coast til 26th, Melbourne 26th-4th July and Sydney 4th July - 8 July. Right after I got back from Aussie I have to rush to Qlate for PPMC's Comittee Day until July 11th. Hohoho..sibuk bebenar eh!

    Results's out next Tuesday. Dangg super cuakk..please please please..let me stay a bit longer here in my home pleashhh??


    Photo proof kesunburnan saya. Perhatikan dua tona warna berbeza. Tsk.


    p/s : Kungfu Panda rocks!!! I love po the panda bong bong

    June 14, 2008

    F.R.I.E.N.D.S

    I waited for this moment for 8 months
    I miss to have this kind of laughter for 8 months

    Saya sayang mereka
    Biarpun wajah saya bolehlah dikonfiuskan dengan warna arang
    Biarpun tekak saya seperti bakal rosak dengan jayanya
    Biarpun kaki saya meronta lenguhnya bagai memerang (I just wanna match the rhyme. random ok)
    Biarpun telinga saya masuk air buat saya jadi selenga
    Saya puassss hati sangat
    Best2.

    TAPI
    tapi saya penat.
    esok2 saya hapdet ok
    daaaaaaaaaaaaaaaa~~~~

    June 09, 2008

    Bruxelles Day 1.5 + Day 2

    After we had late lunch at Mak Semah's we went to the Grand Place (pronounced as Plus). Since we still got time before we go to the hotel..
    Fascinated by the chocs
    Stop by at a waffle & ice cweam shop. The mango ice cweam was sooooooo niceeeeee!! makan sambil memejam mata sangat nikmatssss
    Grand Place
    Fooling around..
    Captured by a pakcik

    Grand Place is the main attraction of Bruxelles and basically all the shopkeepersthere are used to having visitors like us. BUT they are still confused whether we are Malaysian or Indonesian so everytime we passed by the shops they wud go "INDONESIE? MALAYSIE?" Huhuhu...

    There was this one stretch of small road dipenuhi seafood restaurant yang menggiurkan. And almost ALL of them would greet us with salaam to attract us into their shop. But sorry la we are so full with Mak Semah's dishes (err..eventho sempat lagi melantak waffle) of course tak berrenti. But I have to admit those seafood luck sooooo deliciouss!!


    The next day we woke up pretty late. The previous day consumed too much of energy that we couldn't even open our eyes that morning. Had rendang ayam and pulut kuning (Mak Semah bekalkan) AND maggi (ada orang claim kita harus breakfast like a king..so yeah..fine..whatever~). We even promised not to have our lunch which was, obviously broken. hahahhahaa..konon nak jimat duit taknak makan semua laa..

    We saved a lot on transportation. I suggest anyone yang nak pegi jalan2 kat Bruxelles do come in group of 5. Bleh beli tiket group so basically u wud spend only 2ueu per day, unlimited nye perjalanan coz u can purchase a group ticket for only 10eu!

    Waiting for the train..
    Yours truly @ At the village apetah
    Adilah & Atomium
    Mihah and..bangunan..err...
    Wany and..errr..lupe lagi..
    Nida and..ermm..
    Aaaaa....hahaha fail lah tak ingat papeee
    Us in front of Mini Europe..

    Mini Europe, as the name implies, contains (ape betulke penggunaan perkataan neh?) miniatures of landmarks of Europe nye cities Eiffel tower of Paris, Big Ben of London, Torro del Oro of Malaga and...for Ireland..BLARNEY CASTLE. Ahahahha..lame giler! Sure dah takde idea dah tu..But it's quite costly la..Paying 12.40eu to see all those buildings..huermm..But for the sake of going there kan..Rasenye kat Amsterdam pun ade gak

    Later that evening we went to Grand Place, AGAIN. Me and Nida managed to convince them to eat seafood dengan alasan kita dah banyak save on transport. But later we were seduced into some Arabian ke Morocco ke apetah punye kedai..cisss ciss kacang bunciss..And we were offered segala daging2 halal yang boleh dimakan atas darat ni with the price of 11eu per head. Ciss..tergoda jua akhirnyaa...



    Disebabkan tiada mahu membazir, we sneaked the leftover dagings (coz terlampau BANYAK) in the aluminium foil. Dahla buat muka pencurik eventho we paid for the food. Muahahaha...adoih..lawak gils..

    Jalan-jalan and shopped for our chocs and souvenir, and we went back to our hotel, Formule 1 hotel :)

    FicketyFucketyFaculty

    Oh.My.God. I am full of rage!!!!!!! Rase nak hentak je plasma screen depan neh!!!!!!!!!!!

    So I was browsing through the channel like I always did. And my eyes caught on Astro Ria channel 104 when the screen showed Fahrin Ahmad as one of the cast.And it was directed by Rashid Siir summore. Ok so I stayed. Biaselah saya dah janji akan memberi support penuh kepada darling lantas saya stay di saluran itu.

    To my dissappointment darling hasn't appeared until the second hour. And the first hour was such a torture. Gile hape dah masuk kolej pastu rules cam sekolah berasrama penuh je. Lepastu dia kena cabul dengan bapak pastu masuk court pastu tetibe perbicaraan fokus on cikgu dia yg bernama Eton Taib. Pastu...pastuu...eeeee..sumpah tension. Dahla darling appeared as a lawyer yg defend bapak dia yang haruan tuh. Turn off sket..

    Okay lepastu tengok pulak cerita Pria yang hampir entahapahapa ni. Macam tgk cerita cerita LONTONG ke SERUNDING ke sambal kicap ke yang time raye2 tuh. Yang cerita dia based on popularity of the artists instead of their talent. Aihhhh cmonlahhhhhhh tolonglah buat drama yang betul2 menarik. Stressssss haku dibuatnyeee....

    Ahai..nampak sangat takde lifenye. Thank God tomorrow nite I'm going out with the girls gi berpoya-poya.

    Bile la gue nak kena on call jadi baby sitter neh. Hahahhaaha..

    p/s : smalam wa dah jumpa smua olanggggg..waaaa jumpa itu Baby Zenab cumelsss glerssssss...pastu jumpe itu Baby Zaf yg cute miut...pastu jumpe wa punye makcik2 and pakcik2..sama wa punye atok and nenet...aaa...windu gilllaaaaa~

    p/p/s : My new favourite song --> Sempurna by Andra apetah tu..aaa..bestt

    June 07, 2008

    Hidup saya yang tiada life

    Suddenly I feel empty....


    no..not this kind of empty. Haritu baru je isi minyak penoh.


    Yup..this is more like it

    I need something to refill my life. Be it pergi buat kerja amal kat umah anak yatim ke, jadi sukarelawan sukma ke mengajar kanak-kanak tuisyen ke. I need to regain my sense of belongingness.. (tatau la camne ni boleh kembalikan my sense of belongingness kan)

    Or else I need to go for a beach walk. Preferably without the mat rempits pls? They are such an eyesore.

    Tapi tadi dah jumpe Mak Pah Mak Tip Cik Pi Uncle Kamal Uncle Mazlan Cik Imah...ahh..best best best.Lame tak dengar diorang ketawa2..
    Pastu esok jumpa ramai lagi.uuu..best2 tak sabar..

    p/s : can't wait for my next week. hopefully the pd plan is still on :) Ida cepat lah balik!!!!

    p/p/s : another thing to anticipate is the date. hahaha..let's just keep that a secret until betul2 jadi :P