Pelajar terus diganggu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullaham@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kejadian histeria yang menyerang pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras di sini, terus berlanjutan apabila beberapa lagi pelajar dilaporkan masih diganggu makhluk halus selepas empat hari kejadian aneh itu berlaku.
Seorang pelajar sekolah terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 16, berkata dua rakannya turut terkena histeria malam kelmarin selepas secara tiba-tiba menjadi seperti orang hilang ingatan.
Menurutnya, kejadian terbaru itu menimbulkan kehairanan di kalangan pelajar selepas berpuluh-puluh rakan mereka yang terkena histeria sejak Isnin lalu, sudah diarahkan pulang ke rumah masing-masing.
“Saya antara pelajar yang diarahkan pulang ke rumah selepas terkena histeria kelmarin. Saya sangkakan semuanya sudah berakhir, namun beberapa rakan lain terus menjadi mangsa.
|
“Saya dihubungi seorang rakan sekolah malam kelmarin yang memberitahu, dua rakan lain tidak sedarkan diri selepas terkena gangguan terbabit. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan pembelajaran kami di sekolah terganggu,” katanya ketika ditemui semalam.
Katatnya, dia sebelum ini turut terkena histeria apabila tiba-tiba tidak sedarkan diri di dalam kelas sekitar jam 10 pagi.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadap diri saya, namun ketika itu saya terpaksa diusung ke dewan sekolah bersama pelajar lain yang dirasuk,” katanya.
“Sebaik saya dipulihkan, ada rakan yang memberitahu saya menjerit dan meraung akibat dirasuk tanpa saya sendiri menyedari apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, pihak sekolah perlu melakukan sesuatu bagi memastikan keadaan kembali pulih bagi membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan penting tidak lama lagi.
Harian Metro semalam melaporkan, hampir 30 pelajar sekolah terbabit dilaporkan diserang histeria sejak Isnin lalu apabila ada di antara mereka mendakwa dibayangi makhluk bertubuh hitam dan bermata merah yang masuk ke kelas.
Akibatnya, kebanyakan pelajar terbabit terpaksa bermalam di surau asrama sekolah terbabit bagi mengelakkan gangguan berkenaan yang sukar dikenal pasti puncanya.
Jurucakap sekolah yang dihubungi berkata, satu laporan berhubung kejadian itu sudah dihantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya untuk langkah sewajarnya.
Sementara itu, jurucakap Pusat Rawatan Islam Darul Syifa, Bangi, berkata beberapa orang pakar perubatan di pusat itu sudah dihantar ke sekolah terbabit untuk memberi bantuan malam Isnin lalu.
Katanya, bacaan Yasin dan sembahyang hajat sudah dilakukan bagi menghalang gangguan berkenaan terhadap pelajar sekolah itu.
“Kejadian histeria boleh diatasi sekiranya pelajar sendiri mendekatkan diri kepada Tuhan dengan melakukan perkara diwajibkan selain menjauhi larangan-Nya.
“Amalan membaca ayat Kursi dan tiga Qul termasuk zikir boleh menghalang makhluk halus ini dari meresapi minda pelajar,” katanya.
Katanya, pihak Darul Syifa yang sering dipanggil bagi tujuan sama mendakwa kejadian berkenaan mungkin ada kaitan dengan kegiatan kurang manis dilakukan segelintir pelajar yang boleh mengundang kehadiran syaitan atau iblis mendampingi mereka.
Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, meminta pelajar memperbanyakkan ibadat bagi mendekatkan diri dengan Allah sambil menyifatkan kejadian itu berlaku disebabkan iman yang tipis membuatkan mereka lemah semangat.
“Kadang-kadang kita terlalu leka dan lupa kepada tanggungjawab kepada Allah kerana asyik dengan perkara yang mendatangkan keseronokan,” katanya.
Haaa...tulaahhhh budak2 zaman sekarang...hahahhahahaterlalu leka! Lupe kepada tanggungjawab! Asyik dgn perkara seronok2!
Tapi macam serius je kan benda ni. Tak abis-abissssss!
Tapii kan...serius sangat ke sampai kena masuk paper dua kali. Saya rasa orang Harian Metro tu anak dier skolah kat SMSS laaa...
2 comments:
aah kot! akak br tau psl nih! tu pon from ur blog la. cam serius sgt jerk?! time akak menimba ilmu dolu ade gak kes2 gini. tp, xde la sampai masuk paper bagai.. kalo x, bley gak akak enterframe! : P
Salam.....
Saya ada tulis pengalaman tentang kekecohan gangguan makhluk halus di SMSS baru-baru ini di Pengalaman Semasa SMSS Diganggu.
Post a Comment