Pages

Showing posts with label SMSS. Show all posts
Showing posts with label SMSS. Show all posts

January 20, 2011

11 tahun yang bermakna dalam hidup

Tiap-tiap tahun pun buat, tiap-tiap tahun pun ulang. 11 tahun perkenalan saya sama insan-insan yang tersayang.


Sekolah Menengah Sains Selangor, 19/1/2000...


Sesat sikit dalam perjalanan ke SMSS. Dulu Cik Din sekolah situ, tapi mak dah tak ingat sangat jalan. Telefon uncle Azhar, dia bagi direction, Alhamdulillah, sampai jugak..

Pergi ke Dewan untuk mendaftar. Lepastu Kak Siti Zuraimi tolong bawak beg naik asrama. Masuk Dewan Makan dapat makan nasi tomato, duduk sebelah Nadiah - kawan pertama saya di SMSS. Merangkap rakan sekelas selama 3 tahun.

Masuk ke dorm Wira 9, C2.6. Ada beberapa pelajar tingkatan 1 yang lain dalam dorm ini, ah lega sikit rasanya. Sedikit sebak orang lain datang bersama ibu ayah adik-adik. Tapi aku bersyukur ibu tetap setia menghantar aku kesini.

Petang itu, tukar baju sukan, turun berkumpul di padang Wembley selepas Asar. Salah seorang dari kami lambat, alasan diberikan, solat hajat lepas solat Asar. Tergelak semua orang dengar.

Malam itu, pertama kali tidur di asrama, pertama kali tidur di katil double decker tingkat atas, pertama kali tidur dalam bilik gelap. Sebelum mata lelap, air mata laju mengalir teringat rumah..







Cork, 19/1/2011.....

Alarm 1 berbunyi, aku tutup. 15 minit kemudian alarm 2 berbunyi, aku tutup. 15 minit lagi, alarm 3 berbunyi aku biarkan snooze selama 5 minit....darab 5. 7.26am aku bangkit bangun lantas mandi.

Habis bersiap, bersarapan, laptop kututup dan melangkah turun. Ah, aku terlupa untuk menukar kasut lagi. Terpakai kasut klinik kerumah pula. Terpaksa meredah kesejukan dingin pagi dengan kasut nipis ini memandangkan kasut ku ditinggal di bilik kami menukar pakaian.

Melangkah membelah kesejukan pagi yang menusuk ke tulang ini buat aku terfikir, 11 tahun dulu tak pernah aku terfikir untuk berada disini. 11 tahun dulu, masuk ke asrama pun aku reluctant. Tapi kini aku jauh beribu batu dari rumah.

8 jam aku bertarung di hospital mendengar kuliah Ethics and Law. Perjuangan untuk stay focus dan stay awake, memang payah. Belakangku sakit, mata kiriku mula tidak selesa. Pulang ke rumah, mandi, solat makan malam dan sini aku menghadap laptop mengimbas kembali zaman persekolahan ku dulu.




Love, Friendship, Unite.

January 19, 2010

Januari sembilan belas datang lagi




Mahu jadikan post ini istimewa
Mahu jadikan ia lain dari yang biasa
Tapi otak, tangan dan perasaan saya gagal untuk berkomunikasi


Maka entry ini saya naikkan tanda ingatan saya buat sebuah sekolah, segenggam persahabatan yang erat, takkan saya lepaskan.
Tempat saya belajar erti kehidupan dan tempat saya berkenalan dengan kehidupan yang memberi saya kekuatan sampai sekarang



Salam sayang buat semua sahabat yang sudah sepuluh tahun (atau tujuh, mana-mana yang sesuai :P) saya kenali. I love you all so strong :D


Moga diakhir hari ini saya mampu naikkan sesuatu yang lebih bagus dari ini.



July 26, 2009

Takkan ada cinta yang lain

SMSS TripleOfour gathering
SAMTAJ, July 24th 09
Credit goes to my angel...and my girls (gee gee gee gee!) for making this happen
And my love goes without saying :)


wider angle


host and the boys


girls


exclusive, tak dapat di facebook. hahah


the ones who came


: : happy : :

Tak akan ada cinta yang lain
Pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu
Akupun takut kehilangan dirimu

July 13, 2009

apetah lagi tempat bermanja :P


sudah pukul 2.16pagi. saya selesema che'gu. badan kurang sihat. tapi mata masih celik. aigoo..saya rasa sudah tiba masanya untuk kita melawan symptom symptom nak meroyan yang dah lepas tu biarkan. mari kita move on. ;)

hujung minggu ini masa saya diperuntukkan khas untuk sekolah yang tercinta. terlalu cinta :P


dari minggu lepas dah berdebar-debar mahu kesekolah. macam-macam benda rasa. sampai tiba hari yang dinanti-nanti semalam. turun juga kami kesekolah yang sudah 5 tahun kami tinggalkan kelas darjahnya.
pergi mengimbau kenangan duduk tepi padang. dalam dada meluap-luap semangat kesukanan kesekolahan yang tinggi. paling terharu bila dapat nyanyikan lagu sekolah semula. rindu :') datang nonton cik abang-cik abang main ragbi. tapi eh tadi dapat tertengok hindustan pulak. tapi hindustan minus aksi menari tukar baju lapan kali lah :P takpelah cik abang-cik abang, time main emo-emo dibenarkan. tapi time dirumah kalau gaduh ngan bini jgn buat cemtu eh..

jumpa pula dengan rakan sebatch yang banyaknya tak seberapa tapi cukup untuk memeriahkan acara. alhamdulillah, banyak yang dah matang :) jadi perbualan pun jadi senang. tiada perlu rasa malu rasa boyan. semua pun kita boleh layan. dari meja gerai penjaja di depan wawasan, ke tepi padang menonton acara peringkat berkumpulan ke taman tenaga bual bicara kami teruskan.

gelak tawa yang saya rindukan. gelak tawa yang dah lama tersimpan. Oh Tuhan, panjangkanlah persahabatan kami sehingga keakhir hayat.

saya sayang smss. moga saya berpeluang turun ke smss10s lagi dan lagi dan lagi dan lagi :')

May 21, 2009

Chronic homesickotitis part 2

It's freaking 812am and I still haven't started my engine yet. Ok ini adalah culik idea sahabat baik's post yang buat saya terlalu rindukan zaman sekolah.

Kalau dengar zikir yang sekolah teknik selalu bukak pagi2 tu. Teringat kenangan bangun pagi time F1 lepas tu nangis dalam bilik air sebab zikir itu sangat syahdu. Pastu teringat rumah. Tapi rumah tak lah jauh beribu batu kalau jalan pun 2-3 hari bleh sampai kot :'(

Lepas tu kalau dengar lagu Bila Rindu. Itu lagi lah..zaman meroyan time F5. Bila dengar ni satu dorm pun nak feeling-feeling. Huu...

Kenangan beratur hari sabtu demi nasi lemak juga adalah sangat terbaik. Kalau pergi awal dapat usya senior yang tak gi kuliah subuh bangun2 terus gi makan (-_-") Okaylah kalau pergi lambat plak usya senior yang baik2 sebab abis kuliah subuh baru gi makan.

Hari sukan adalah hari terbaik untuk usya senior. Biasalah orang bukan atlit track jadi duduk je lah jadi supporter. Hey hey tapi saya pecah rekod shot put and rejam lembing so dapat lah amik hadiah kat podium. Saya suka tengok acara 100m. Hahahadihaha. Tak kisah lah zaman sapa2 pun. Zaman zaidi lari terkapai ke. Zaman mirtat pakai spek bajet Ato Boldon ke. Zaman lomu ke. Weh ni kenapa 2 perenggan asyik cite pasal usya senior ni T___T"

Waktu final rugby lagilah masa terbaik untuk melepaskan tension. Zaman SAS masih lagi jiran adalah best kerana mereka angkut satu sekolah untuk support. Jadi duduk di tepi padang sambil berbalas sorakan adalah syiok. Kalau ada yang semangat tu siap bawak drum brass band untuk berbalas siapa lagi hannoying. Jerit-jerit dengan gembira. Tension stress segala terluah. Kadang-kadang jerit pointless je sebab rasa nak jerit.

Hari Ahad habis prep pagi pukul 12, jalan laju2 pegi kantin nak beli nasi ayam ibuk. Walaupun bibik kantin adalah annoying kerana cuma melayan budak lelaki, tapi adalah terpaksa bersabar kerana 5 tahun adalah mengadap perkara yang sama. Lagi-lagi kalau balik aktiviti sukan nak beli air 50sen gila penat weh beratur tapi budak laki gak yg dapat dulu. Lagi kecewa kalau dia jual air cincau atau air warna ungu (i dont even wanna call it air anggur because it doesn't taste like that at all) sebab saya tak suka air-air tersebut!

Rindu betul zaman dimana masalah utama hanyalah sekolah takda air dan terpaksa menadah air dalam baldi dan memikirkan strategi bagaimana mengelakkan air dari dicuri. Seperti tutup dengan plastik sambil menulis nota-nota ugutan "sesungguhnya Allah maha melihat!"

Zaman sekolah orang-orang masih tak terikat dengan komitmen cinta, belajar or whatnots jadi masih punya tempat mengadu. Segala masalah dapat disalurkan cause it is only one SMS away :P Zaman masih punya A dan B sebagai telinga.

Rindulah :'(

OK cukup-cukup. Mari pergi belajar. tsk.

January 19, 2009

Hari Isnin hari apa adik2? (Plus, Happy 9th Anniversary~)

A dentist needs :

- a good sitting posture. Most of the day of a dentist will be spent on the chair looking upon the oral cavity so a good posture will ensure u won't need to hire a masseuse constantly.

- a good hand-to-eye coordination so u won't end up tearing the soft tissue of the oral cavity of the patient or hurting the patient lah in general.

So what happened if the student-dentist sakit ketiak and sakit pinggang while having her periodontal practical session?

Lu pikir aa sendiri (tetibe malas nak elaborate lebih)

Today we played(?) with the excavator. Excavator is used on the surface of the teeth (either buccally(rahang atas& bawah menghadap pipi), lingually (rahang bawah menghadap lidah) or palatally (rahang atas menghadap lelangit), not the occlusal surface la) to remove tooth decay ka..calculus ka..anything foreign lah kire2nya on the tooth.

Last week we had the sickle scaler. This one is used interdentally (celah2 gigi) and subgingivally (bawah2 sket).

Moving on....

Happy 9th Anniversary SMSS 0004! I have always been in a love-hate relationship with this batch. But deep down inside me, I love all of us with all my heart. Tempat jatuh lagikan dikenang, ape tah lagi tempat bermanja...bluwekkkk..hahahahhaha...

Walaupun ade orang bitter dengan gwe....aaaaaahhh..let bygone be bygone aa. Growing up process is very challenging, I know. Criticism is painful, I know. I have apologized and I did my part sudah...The rest I leave it to u to decide okayyy?

To the rest of my batch (whether u read this or not), let us grow up and be someone yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Bukan ayat cliche biasa tapi inilah kebenarannya. Let's take a further step up to be a better man/woman. We have to start getting involve with this world. Ada banyak benda dalam dunia ni yang menanti kita mengubahnya. Know our priorities. MLM Business/segala whatnots business/love life VerSus studies, which one will bring us up and which one will take us down? Or better, macammana nak kasi dua2 seimbang supaya kita tak terus tenggelam dan terkebelakang?

We have made our records that can be proud of. And now it's the time for us to start making more and more achievements so one day we can go back and torture the junior dekat dewan makan dengan ucapan2 penuh semangat like we used to hear back then. hhihihihiih...no seriously...marilah menuju kejayaan (familiar tak? 5 kali sehari diseru niii :P)

sms selangor tegak berdiri, banggan putra putri, menabur jasa membuat bakti pada ibu pertiwi, kami pohonkan doa dan restu dalam menuntu ilmu, agar berjaya segala cita harapan ayah bonda, pada sekolah yg tercinta, pada guru yg mulia, mari kita semua berseru...SMS Selangor Maju~



ps : Fuzah, I've done my naqibah part :P
pps : Ida, jgn malas bangun pagi, gosok gigi, cuci muka & mandi


December 09, 2008

Mereka yang aku rindu

Semalam aku rebah awal

Lantas di REM sleep aku bermimpi

Bersama Satria 120 kereta pertamaku (warisan abang)
ditemani sahabat baikku
Zack (si co-pilot ku ketika itu)
Fuzah (lantas kami menjemputnya dirumah)
Wani (tiada peranan penting dlm mimpi)
dan Ida (seperti diatas)
Kami meluncur ke Kota Kuala Lumpur dgn gembira.
Kami hanya berpakaian baju tidur sahaja.
Tapi kami gembira.

Rindu =(
terlalu!

Walaupun kami gila, tapi kami gembira :)

And I miss the lending ears too :(

Tahap homesick : 2 (0 super homesick - 5 tak homesick langsung)

November 21, 2008

Pembetulan

The previous entry was done to emphasis on how I badly need a breakaway.

Neither to show tactics to get your mom's money.
Nor to say that I am a spoilt brat.

Bukan ye kawan-kawan, bukan.


I just don't know the best way to tell her that I am in kinda stressful condition. The easiest way is to tell her that I wanna go back home. Itu cukup untuk buat ibu saya tahu yang saya sedang mengalami ketidakbetulan disini. Bukan untuk buat ibu risau, sekadar ingin berkongsi. Sekadar ingin menyatakan padanya betapa saya mahu bangun pagi diatas katil saya yang empuk dan didalam bilik saya yang bersepah. Turun ke dapur dengan jiwa yang gembira lantas menghadap kueytiow goreng yang tersedia. Bukan bangun pagi didalam bilik yang kecil ini (tetapi masih bersepah.hihihi). Turun ke dapur dengan fikiran tertumpu kepada peperiksaan dan beberapa perkara picisan yang membosankan, lalu menghadap bijirin sarapan pagi, butir demi butir dalam kerisauan.

Ada faham?

Tapi saya rasa perkara ni normal lah. Hampir kesemua pelajar oversea ada moment-moment sebegini.Jarak yang memisahkan antara kami dan kesayangan-kesayangan terlalu jauh. Adakalanya kami juga mahu bermanja dengan ibu. Adakalanya kami juga mahu bergurau dengan bapa. Adakalanya kami juga rindu mahu bergaduh dengan mereka yang seibu sebapa. Adakalanya kami juga mahu bertemu dengan rakan-rakan yang sudah sebati dalam hidup kami. Dan bagi pihak saya, moment itu sedang menyerang *action kamen bip bip bip*

Apapun jua, no worries. Saya tahu bagaimana mahu memotivasikan diri. Saya sedang mengutip kembali kekuatan demi kekuatan untuk kembali bangun sendiri. I am not going to turn back and give up. I just need to take one step back and rest :) before I could go on fighting.

notakaki : dia yang bertudung, bukan yg berseluar pendek tu. masih single. ada siapa mahu mencuba? hhihiihih

Happy birthday, Che Mi.

Buat teman sedorm, sekelas, seSMSS, seSeoulllGarden (baca dalam nada yg betul), seswimming, sewayang, sefutsal, seMidValley, seLowYat, sePavillion, seiring sejalan (wtf?)
Moga tahun yang mendatang menjadikan kamu lebih hebat dan menjadikan persahabatan kita lebih erat.
Ketahuilah walaupun betapa confused nya saya pada tarikh kelahiran kamu, you are always in my heart (ceyyy..ayat cover baekkk punya)
Dan ketahuilah tiada siapa mampu menggantikan kalian semua dalam hidup saya.
SMSS in...ermmmmmmmm...out! SYA!
*semangat rugby tetibe*
Terima kasih Tuhan, kerana menganugerahkan saya teman-teman sebegini dalam hidupku. =D

p/s : Fiqahoooooo...cerekarama dah habesss...Jalankan tugas anda mengsurvey tempat-tempat menarik hokayyyyyy

p/p/s : Maaflah kalian. Asyik baca saya mengarut jee...Rest assured that I am A Okay now. So shalala everyone~

November 08, 2008

Jalan turun laluan memori

Before I start studying today (as if la rajin sangat kan..)...let me bring you down MY memory lane..

Here goes my classmates of 3 years. MAJUrians 2000-2002. A mixture of different personalities and attitudes. But hey, we survived THREE years together, okay.

My classmates of 2 years. 4/5 Setia 2003-2004. There are some familiar faces from the previous picture too. Especially this orang gile. Mana gua pergi dier nak ikot. Hahahahhaa..

The great teachers. Sapolah photographer ni nampak jalan lebih dari cikgu-cikgi T___T But I can still spot teacher Irene. the fifth one from left. Hehehehe..Ms Alice plak the 6th from right. Cikgu laen tak sure sebab pakai tudung muka lebih kurang..


I miss my dormate-ka kora,kora. Menggemuk di kantin ibuk di pagi hari sebelum kesekolah. Bibik, nasi goreng campur kueytiow letak telur satu!


Fifth formers in front of the laundry. Makcik dobi suka bebel sebab budak lelaki suka TERhantar seluar kecik gi dobi. Hahaha..TER ke tu..TER keee...


PMR Camp at UPM. Aisar & Ain the leader for that camp. That's our baju batik by the way...


Me, Ameen, presenting the decorating lamp (a gift from the fifth formers) to Cikgu Roslina. Haha..bagi lampu pon nak gegempak. I was the batch leader back then..That's our Kain Jumaat by the way. Kat skolah dulu slalu tertukar2 kalau jemur kat ampaian T___T


Us girls during teachers' day. Cikgu-cikgi ada mesyuarat so we enjoyed ourselves instead.


The boys playing NETBY. A combination of netball and rugby. It's weird to see those guys struggled to step their feet on the ground everytime they got the ball. But it's cool tho to see those guys jumping here and there..haha

Kantoi feeling terlebih nyanyi at diner f5. Hahahahah malunyeeerrrr


Us Perwira girls after dinner. Muka memasing dah ngantuk


Exclusive pitchas. Duuno what was I thinking when I agreed on the idea of me singing on the stage. Gile....sumpah gile...We sang to Joget Bertepuk Tangan (Siti Nurhaliza's) and I screwed up my lines. Too nervous..


During our mini convo. Ngaha...


Lihat Syahir, berbeza bukan kamu? hehehhehe...

Kehdo Ki Tum Mere Dil Mein Rahoge, Kehdo Ki Tum Mujhse Dosti Karoge
Say that you'll remain in my heart, say that you'll be my friend :P

July 13, 2008

SMSS 10s 2008

Yesterday I went to my beloved school SMSS for the annual event SMSS 10s (Rugby Tournament). At first I did not want to go coz I was too tired with the amount of things I've been doing in the past few days but since kerinduan gwe terhadap sekolah serta sukan serta pakcik botak membara-bara, kugagahi jua untuk pergi.

I went with 1001 mixed feelings. Nervous. Anxious. Scared. Ironically, the first people who spoke to me was my senior back in 2000-DB. Hahahahaha...malu seyhhh dier kenal gw lagi..ni smua Wani nye pasal la gatal bagi number fon gw kat diaaaaaa...

And as expected I met few people from my batch. Talked to them for a while pastu naik jumpa Cikgu Rozi and Cikgu Su jap. Anyway Cikgu Su said the news on the paper was a bit exaggerated. Dah agak dah!!

Waited a while to watch match between SMSS old boys versus SAJOHA (Sc Johor alumni ke?) We won!!! Huhuhu..


them boys - SMSS in...eeemmm...out! SHAAA!!

bila Sains, bila Sains, masuk padang, bila Sains...masuk padanggggg semuaorang pandang pandangggggg



Scrummmmm

Actually the main mission to school was this, none other than the famous pakcik BOTAK Char Koew Teowwwwwwwwww...ya aw aw....Siap dapat layanan eksklusif lagi dari pakcik botak okay...hahahhaa..


my scrumptious char koey teow tanak taugeh!

After the game we went to the school hall. They were busy preparing the hall for next week event - Academic Week which will be officiated by SHEIKH MUSZAPHAR. Over kan?!?!?!?! Over sangat tau!!!!!!! Met teacher Noreit, her husband yang memang selalu tolong school dalam persembahan2 and saw Ahmad Izham Omar of 8tv (dia alumni SMSS okayy).

And I am so proud to see this. Our batch's record PMR 2002 - 88.43% straight As. Masih kekal disitu sebagai record holder. So far no one could beat our record. Even for SPM. Academic wise we are the best batch ever produced kot. BUT intra batch relationship masih kuat badi SMSS nye...Tah bila semuorang boleh grow up kan..

June 21, 2008

Lagi lagi SMSS

Pelajar terus diganggu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fauzi Abdullah
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Kejadian histeria yang menyerang pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras di sini, terus berlanjutan apabila beberapa lagi pelajar dilaporkan masih diganggu makhluk halus selepas empat hari kejadian aneh itu berlaku.

Seorang pelajar sekolah terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 16, berkata dua rakannya turut terkena histeria malam kelmarin selepas secara tiba-tiba menjadi seperti orang hilang ingatan.

Menurutnya, kejadian terbaru itu menimbulkan kehairanan di kalangan pelajar selepas berpuluh-puluh rakan mereka yang terkena histeria sejak Isnin lalu, sudah diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

“Saya antara pelajar yang diarahkan pulang ke rumah selepas terkena histeria kelmarin. Saya sangkakan semuanya sudah berakhir, namun beberapa rakan lain terus menjadi mangsa.




“Saya dihubungi seorang rakan sekolah malam kelmarin yang memberitahu, dua rakan lain tidak sedarkan diri selepas terkena gangguan terbabit. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan pembelajaran kami di sekolah terganggu,” katanya ketika ditemui semalam.

Katatnya, dia sebelum ini turut terkena histeria apabila tiba-tiba tidak sedarkan diri di dalam kelas sekitar jam 10 pagi.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku terhadap diri saya, namun ketika itu saya terpaksa diusung ke dewan sekolah bersama pelajar lain yang dirasuk,” katanya.

“Sebaik saya dipulihkan, ada rakan yang memberitahu saya menjerit dan meraung akibat dirasuk tanpa saya sendiri menyedari apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, pihak sekolah perlu melakukan sesuatu bagi memastikan keadaan kembali pulih bagi membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap peperiksaan penting tidak lama lagi.

Harian Metro semalam melaporkan, hampir 30 pelajar sekolah terbabit dilaporkan diserang histeria sejak Isnin lalu apabila ada di antara mereka mendakwa dibayangi makhluk bertubuh hitam dan bermata merah yang masuk ke kelas.

Akibatnya, kebanyakan pelajar terbabit terpaksa bermalam di surau asrama sekolah terbabit bagi mengelakkan gangguan berkenaan yang sukar dikenal pasti puncanya.

Jurucakap sekolah yang dihubungi berkata, satu laporan berhubung kejadian itu sudah dihantar ke Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya untuk langkah sewajarnya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Rawatan Islam Darul Syifa, Bangi, berkata beberapa orang pakar perubatan di pusat itu sudah dihantar ke sekolah terbabit untuk memberi bantuan malam Isnin lalu.

Katanya, bacaan Yasin dan sembahyang hajat sudah dilakukan bagi menghalang gangguan berkenaan terhadap pelajar sekolah itu.

“Kejadian histeria boleh diatasi sekiranya pelajar sendiri mendekatkan diri kepada Tuhan dengan melakukan perkara diwajibkan selain menjauhi larangan-Nya.

“Amalan membaca ayat Kursi dan tiga Qul termasuk zikir boleh menghalang makhluk halus ini dari meresapi minda pelajar,” katanya.

Katanya, pihak Darul Syifa yang sering dipanggil bagi tujuan sama mendakwa kejadian berkenaan mungkin ada kaitan dengan kegiatan kurang manis dilakukan segelintir pelajar yang boleh mengundang kehadiran syaitan atau iblis mendampingi mereka.

Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid, meminta pelajar memperbanyakkan ibadat bagi mendekatkan diri dengan Allah sambil menyifatkan kejadian itu berlaku disebabkan iman yang tipis membuatkan mereka lemah semangat.

“Kadang-kadang kita terlalu leka dan lupa kepada tanggungjawab kepada Allah kerana asyik dengan perkara yang mendatangkan keseronokan,” katanya.





Haaa...tulaahhhh budak2 zaman sekarang...hahahhahahaterlalu leka! Lupe kepada tanggungjawab! Asyik dgn perkara seronok2!

Tapi macam serius je kan benda ni. Tak abis-abissssss!

Tapii kan...serius sangat ke sampai kena masuk paper dua kali. Saya rasa orang Harian Metro tu anak dier skolah kat SMSS laaa...

June 19, 2008

Sekolah ku, lagi

Dirasuk makhluk bermata merah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
anbia@hmetro.com.my


CHERAS: Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini `huru-hara’ selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri dipercayai dirasuk makhluk halus.

Serangan histeria itu dikatakan bermula Isnin lalu apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya.

Kejadian itu berjangkit kepada beberapa pelajar lain menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 14, berkata sebaik kejadian itu berlaku, beberapa lagi insiden aneh menyusul dan menyerang pelajar lain.




Menurutnya, dianggarkan hampir 30 pelajar diserang histeria menyebabkan keadaan menjadi huru-hara sejak tiga hari lalu.

“Apa yang saya tahu, pelajar pertama yang terkena histeria mula meracau selepas waktu Zuhur sebelum berjangkit kepada pelajar tingkatan lain, termasuk saya.

“Saya sendiri yang ketika itu berada di kelas tiba-tiba berasa lemah badan sebelum ternampak puluhan lembaga hitam bermata merah melayang masuk,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dia selepas itu menjadi kaku dan tidak mampu bercakap sepatah perkataan atau meminta tolong.

Mangsa hanya tersedar sejam kemudian selepas dibawa guru ke bilik rawatan di sekolah berkenaan.

Sebaik tersedar, kata Mohd, dia terdengar bisikan suara lelaki di telinga yang memberitahu sekolah terbabit akan huru-hara.

“Saya sendiri tidak pasti siapa yang bercakap kerana ketika itu tubuh saya terlalu lemah dan ketakutan,” katanya.

Menurutnya, guru menghubungi ibu bapanya dan meminta dia dibawa pulang berikutan keadaan di sekolah terbabit kian tidak terkawal.

“Ketika itu ramai pelajar lain turut pengsan, malah ada yang meraung dan menjerit tanpa diketahui bahasa dituturkan.

“Mereka meracau hingga ada yang menyepak dinding serta melukakan diri sendiri. Saya sempat melihat seorang pelajar tingkatan lima berdarah di kaki akibat menendang objek keras di kelas,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, katanya, kebanyakan pelajar terpaksa tidur beramai-ramai di surau asrama kerana bimbang gangguan berterusan.

Ketika itu, tokoh agama terkenal, Datuk Haron Din dipanggil datang ke sekolah untuk membantu menghentikan gangguan histeria itu.

“Saya dan pelajar lain yang sedang membaca surah Yasin di surau terkejut apabila seorang pelajar perempuan tiba-tiba bangun dan menjerit.

“Dia yang hilang ingatan berlari ke luar dari surau sebelum dikejar beberapa guru lain. Pelajar itu akhirnya dapat ‘ditangkap’ sebelum diberi rawatan di surau,” katanya.

“Selain terkena rasukan, ada pelajar mengadu tiba-tiba terasa lemah badan tanpa sebab,” katanya.

Selepas tiga hari gangguan terbabit masih tidak menunjukkan tanda berhenti, pihak sekolah menasihatkan ibu bapa membawa pulang anak masing-masing sehingga Ahad ini.

Difahamkan, arahan ‘bercuti’ itu hanya dikenakan kepada pelajar yang terkena histeria dan mengadu lemah badan.

Seorang kakitangan sekolah yang enggan namanya didedahkan, berkata kejadian sama pernah berlaku kira-kira lima tahun lalu.

Menurutnya, serangan itu dipercayai ada kaitan dengan projek pembinaan sebuah sekolah baru yang bersebelahan tapak sekolah menengah itu.

“Ada kemungkinan tempat itu diganggu menyebabkan pelajar sekolah ini menjadi mangsa,” katanya.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati beberapa ibu bapa datang di sekolah terbabit untuk mengambil anak masing-masing.

Sementara itu, jurucakap sekolah itu yang dihubungi, berkata satu laporan berhubung kejadian itu sudah dihantar kepada Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pihak sekolah sudah mengambil langkah sewajarnya, termasuk mendapatkan khidmat tokoh agama untuk memulihkan keadaan.

Ibu bapa pelajar yang terkena histeria juga dinasihatkan membawa pulang anak masing-masing semalam.



Source : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080619094705/Article/index_html


p/s : haihhh....nasib gwe udah keluar dari sekolah itu...hihihiihihihihi...mmg dulu time kitorang Form 1 ade kes camni. Tapi tu kena kat teknik kl. Sebab asrama girls dekat ngan surau dak teknik, so bleh la dengar orang meraung jerit smua. Ape jadi dah skarang erks..Try call Cikgu Su tapi dier tak angkat. huuhuhuhu..

May 17, 2008

Oh sekolah ku begitu ku rindu..

Epul has spoken to me on the day the drama was aired. Then Ida told me about the same thing too. So I cant resist any more temptation from seeing this drama called DEMI MASA by TV3.

And yes, the scene was taken at, none other than my beloved one and only SMS Selangor Maju~~


1. Tangga port bertenggek time main petang. Sambil tu main baling-baling bola kat tengah-tengah jalan tu
2. Tepi tu should be a meja bulat port makan nasik goreng letak telur petang-petang. haha

4. Wakaf tok raja ke diraja. It was built during our 5th years kot?
5. Jalan kenangan. Kenangan ape? whatever saje..

5. Tangga Bradley (ke?) Dan cantekkk!!!! Tak aciii!!!
6. Bilik Muzik/Gamelan. Dulu blaja muzik kat sini jugak kadang2 rasenye?
7. Meja balut ngan plastik. Pastu dulu bawah dia letak gambar2 artis pojaan seperti Zahid ahcunnnyaa..haha..kenangan2..
8. Locker. Huerm..takde kenangan
9. Kenangan berebut dgn kakak2 (?) kantin yg hanya suka melayan pelajar lelaki walau setakhensem mane pon mereka. haha..mungkin hormon kakak2 tu je..
10. Kantin kenangan membeli nasi goreng ayam merah dua ringgit. ohh...heavenn...
12. Bilik komputer kat bilik guru. Nak cari warden dulu kat sini la senang
13. Ni tempat sape cikgu mane eh dlu...lupe.
14. Dewan SMSS
15. Tempat perhimpunan.
16. Wisma Zelan! hahahahaha
17. Meja bulat, rujuk #2
18. Lab biologi tempat kami belajar bersama guru Alice terchenta..haha
19. Oh nak tunjuk contoh pakaian Librarian. Dlu saya librarian kejap..hahah
20. Tempat makan cikgu-cikgi. Dah ade aircond skarang!
21. Kolam kura-kura kegemaran NELAYAN-NELAYAN SMSS.
22. Pondok ni..huerm...before nak masuk lab Chemistry cikgu Irene lepak situ jap..
23. Asrama Putera blok A kot tuh..tak hengats. Tu blok surau
24. Blok budak2 F1. Juga merupakah rumah Cikgu Raja tempat kami menonton AF. hehe..
25. Tangga Bradley dah tak cerun. wowowowo...ilang umph
26. Tak silap tu cam dorm dak2 Deka. Pastu selalu gantung2...benda. hahaha

Any SMSSian care to add up your kenangans? Oh cmon.....anonymous ke unanonymous u are most welcomed to comment. Takkan takde kenangan langsung in one of the places kot?!?!?!

Anyway the story was not bad. Typical cliche cliche cite sedih Melayu la. I was expecting for something different. Towards the end la ade a bit sedih. Tu pun sebab hero dier iqram dinzly so rase simpati itu lebih sikit..hahahahah...

p/s : cam dah abes exam je kan buat prangai camni? haha