It's freaking 812am and I still haven't started my engine yet. Ok ini adalah culik idea sahabat baik's post yang buat saya terlalu rindukan zaman sekolah.
Kalau dengar zikir yang sekolah teknik selalu bukak pagi2 tu. Teringat kenangan bangun pagi time F1 lepas tu nangis dalam bilik air sebab zikir itu sangat syahdu. Pastu teringat rumah. Tapi rumah tak lah jauh beribu batu kalau jalan pun 2-3 hari bleh sampai kot :'(
Lepas tu kalau dengar lagu Bila Rindu. Itu lagi lah..zaman meroyan time F5. Bila dengar ni satu dorm pun nak feeling-feeling. Huu...
Kenangan beratur hari sabtu demi nasi lemak juga adalah sangat terbaik. Kalau pergi awal dapat usya senior yang tak gi kuliah subuh bangun2 terus gi makan (-_-") Okaylah kalau pergi lambat plak usya senior yang baik2 sebab abis kuliah subuh baru gi makan.
Hari sukan adalah hari terbaik untuk usya senior. Biasalah orang bukan atlit track jadi duduk je lah jadi supporter. Hey hey tapi saya pecah rekod shot put and rejam lembing so dapat lah amik hadiah kat podium. Saya suka tengok acara 100m. Hahahadihaha. Tak kisah lah zaman sapa2 pun. Zaman zaidi lari terkapai ke. Zaman mirtat pakai spek bajet Ato Boldon ke. Zaman lomu ke. Weh ni kenapa 2 perenggan asyik cite pasal usya senior ni T___T"
Waktu final rugby lagilah masa terbaik untuk melepaskan tension. Zaman SAS masih lagi jiran adalah best kerana mereka angkut satu sekolah untuk support. Jadi duduk di tepi padang sambil berbalas sorakan adalah syiok. Kalau ada yang semangat tu siap bawak drum brass band untuk berbalas siapa lagi hannoying. Jerit-jerit dengan gembira. Tension stress segala terluah. Kadang-kadang jerit pointless je sebab rasa nak jerit.
Hari Ahad habis prep pagi pukul 12, jalan laju2 pegi kantin nak beli nasi ayam ibuk. Walaupun bibik kantin adalah annoying kerana cuma melayan budak lelaki, tapi adalah terpaksa bersabar kerana 5 tahun adalah mengadap perkara yang sama. Lagi-lagi kalau balik aktiviti sukan nak beli air 50sen gila penat weh beratur tapi budak laki gak yg dapat dulu. Lagi kecewa kalau dia jual air cincau atau air warna ungu (i dont even wanna call it air anggur because it doesn't taste like that at all) sebab saya tak suka air-air tersebut!
Rindu betul zaman dimana masalah utama hanyalah sekolah takda air dan terpaksa menadah air dalam baldi dan memikirkan strategi bagaimana mengelakkan air dari dicuri. Seperti tutup dengan plastik sambil menulis nota-nota ugutan "sesungguhnya Allah maha melihat!"
Zaman sekolah orang-orang masih tak terikat dengan komitmen cinta, belajar or whatnots jadi masih punya tempat mengadu. Segala masalah dapat disalurkan cause it is only one SMS away :P Zaman masih punya A dan B sebagai telinga.
Rindulah :'(
OK cukup-cukup. Mari pergi belajar. tsk.
No comments:
Post a Comment