Pages

July 13, 2009

apetah lagi tempat bermanja :P


sudah pukul 2.16pagi. saya selesema che'gu. badan kurang sihat. tapi mata masih celik. aigoo..saya rasa sudah tiba masanya untuk kita melawan symptom symptom nak meroyan yang dah lepas tu biarkan. mari kita move on. ;)

hujung minggu ini masa saya diperuntukkan khas untuk sekolah yang tercinta. terlalu cinta :P


dari minggu lepas dah berdebar-debar mahu kesekolah. macam-macam benda rasa. sampai tiba hari yang dinanti-nanti semalam. turun juga kami kesekolah yang sudah 5 tahun kami tinggalkan kelas darjahnya.
pergi mengimbau kenangan duduk tepi padang. dalam dada meluap-luap semangat kesukanan kesekolahan yang tinggi. paling terharu bila dapat nyanyikan lagu sekolah semula. rindu :') datang nonton cik abang-cik abang main ragbi. tapi eh tadi dapat tertengok hindustan pulak. tapi hindustan minus aksi menari tukar baju lapan kali lah :P takpelah cik abang-cik abang, time main emo-emo dibenarkan. tapi time dirumah kalau gaduh ngan bini jgn buat cemtu eh..

jumpa pula dengan rakan sebatch yang banyaknya tak seberapa tapi cukup untuk memeriahkan acara. alhamdulillah, banyak yang dah matang :) jadi perbualan pun jadi senang. tiada perlu rasa malu rasa boyan. semua pun kita boleh layan. dari meja gerai penjaja di depan wawasan, ke tepi padang menonton acara peringkat berkumpulan ke taman tenaga bual bicara kami teruskan.

gelak tawa yang saya rindukan. gelak tawa yang dah lama tersimpan. Oh Tuhan, panjangkanlah persahabatan kami sehingga keakhir hayat.

saya sayang smss. moga saya berpeluang turun ke smss10s lagi dan lagi dan lagi dan lagi :')

No comments: