Tiap-tiap tahun pun buat, tiap-tiap tahun pun ulang. 11 tahun perkenalan saya sama insan-insan yang tersayang.
Sekolah Menengah Sains Selangor, 19/1/2000...
Sesat sikit dalam perjalanan ke SMSS. Dulu Cik Din sekolah situ, tapi mak dah tak ingat sangat jalan. Telefon uncle Azhar, dia bagi direction, Alhamdulillah, sampai jugak..
Pergi ke Dewan untuk mendaftar. Lepastu Kak Siti Zuraimi tolong bawak beg naik asrama. Masuk Dewan Makan dapat makan nasi tomato, duduk sebelah Nadiah - kawan pertama saya di SMSS. Merangkap rakan sekelas selama 3 tahun.
Masuk ke dorm Wira 9, C2.6. Ada beberapa pelajar tingkatan 1 yang lain dalam dorm ini, ah lega sikit rasanya. Sedikit sebak orang lain datang bersama ibu ayah adik-adik. Tapi aku bersyukur ibu tetap setia menghantar aku kesini.
Petang itu, tukar baju sukan, turun berkumpul di padang Wembley selepas Asar. Salah seorang dari kami lambat, alasan diberikan, solat hajat lepas solat Asar. Tergelak semua orang dengar.
Malam itu, pertama kali tidur di asrama, pertama kali tidur di katil double decker tingkat atas, pertama kali tidur dalam bilik gelap. Sebelum mata lelap, air mata laju mengalir teringat rumah..
Cork, 19/1/2011.....
Alarm 1 berbunyi, aku tutup. 15 minit kemudian alarm 2 berbunyi, aku tutup. 15 minit lagi, alarm 3 berbunyi aku biarkan snooze selama 5 minit....darab 5. 7.26am aku bangkit bangun lantas mandi.
Habis bersiap, bersarapan, laptop kututup dan melangkah turun. Ah, aku terlupa untuk menukar kasut lagi. Terpakai kasut klinik kerumah pula. Terpaksa meredah kesejukan dingin pagi dengan kasut nipis ini memandangkan kasut ku ditinggal di bilik kami menukar pakaian.
Melangkah membelah kesejukan pagi yang menusuk ke tulang ini buat aku terfikir, 11 tahun dulu tak pernah aku terfikir untuk berada disini. 11 tahun dulu, masuk ke asrama pun aku reluctant. Tapi kini aku jauh beribu batu dari rumah.
8 jam aku bertarung di hospital mendengar kuliah Ethics and Law. Perjuangan untuk stay focus dan stay awake, memang payah. Belakangku sakit, mata kiriku mula tidak selesa. Pulang ke rumah, mandi, solat makan malam dan sini aku menghadap laptop mengimbas kembali zaman persekolahan ku dulu.
Love, Friendship, Unite.
3 comments:
as usual~ i love ur writing =)
miss those days too!! miss u more! =)
love u nadzzzzzzzzzz i am ur silent reader :p
i love and miss both of u toooooo :))
Post a Comment