Pages

Showing posts with label Pre Exam Syndrome. Show all posts
Showing posts with label Pre Exam Syndrome. Show all posts

April 25, 2010

Examinosis

The weather is so nice today


..yet I'm stuck in the room with the books

Eczema attack resurfacing - stress induced perhaps?

Plain water to keep me up

Oranges for my source of vitamin C

Book...notes...pens...zzzZZzzz

but I'm glad I still have my best companion with me ^__^



Exam oh exam. haishkkkkkkkkk

April 21, 2010

This is NOT okay at all.

My revision is not showing a good progress. My concentration is deteriorating. Even single distraction annoys me. This one whole day, I've only done one single note. Not good, so not good. Come on girl, this is your freaking summer exam. Basically your life depends on this exams. So you don't wanna screw up don't you?


Other than that I've no updates at all. Emo lampau ni sebab takboleh nak study sepanjang harini.

Ya Allah , kembalikan lah semangat saya. Kembalikan lah determination saya. Semoga saya dapat kembali belajar dengan tekun dan berjaya dalam peperiksaan ini, berjaya di dunia dan di akhirat. Amiin...

April 18, 2010

Nak tido lagi

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


nak tido lagi.
penat
tapi dah kena bangun
esok exam


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

May 18, 2009

Hari ini...

promised myself to settle first round of Histology notes and start reading Biochem tonight..
the first part is done. the second part took almost forever to start. haiyoh kenapa lah saya ini pemalas benarrrrrr....sayangku, mari salurkan tenaga terakhirmu untuk saki-baki exam paper iniii...perjuangan masih belum selesai okay? still 2 more weeks to go.

H1N1 outbreak in Malaysia brought by 2 Malaysian students from US. gagaga...ini beta gusar nih...kalau balik nanti dalam flight tamau bernafas 13 jam tak sempat pulak nak sampai Malaysia..dahlah beta naik SIA nanti (ceyy ada kaitan ke naik SIA ngan H1N1) Zack, nasib awak tak balik tahun ni! hahaha..

Tahun lepas saya buat countdown balik Malaysia setelah tiket dibeli. tapi tahun ini saya adalah begitu down untuk membuat countdown kerana tarikh pulang adalah begitu lambat sekali berbanding rakan-rakan lain. Tapi Malaysia, 27 Jun kelak nantikan kepulangan saya okayh? :')

Saya mahu menonton episode 23/24 of Greys Anatomy..mahu mahu....tapi aish....nanti ter-got carried away pula..

Dua minggu terakhir bersama Laburnum girls starts tomorrow..awh...sedih pula beta terasa..

May 13, 2009

Sepi.Alone.Yadda-yadda-yadda.Alone.Needy.Gibberish.

My revision progress today is very very slow that if a snail or a Streamyx connection races 'em, my revision will definitely be defeated.

Risau la camnih =S



One minor reason of the slow progress - the super simplified lecture notes. Senang je jadik lecturer neh...arrow sana sini, simple, mudddaahhh. Lukisan buah-buahan tropika (durian, tembikai dan mangga serta pokok kelapa) dan gunung-ganang membuktikan ketidakkosentrasian saya didalam kelas >.<


Ultramanku merenung nasib diri keluar sana..Will I make it to the next level? Tsk..I'm damn worried >.<


Dinner alone in my room. Bertemankan mi Boo..My meds housemates had a study group for the whole day for their BH paper tomorrow. So I was practically being abandoned until tomorrow. Ade lah one time or two, Adilah came into my room to send pizza for lunch and bumped into Aliyah when I was downstairs menggagau kelaparan mencari dinner.

I'm officially declaring the arrival of homesick. Like... Homesick homesick. Tsk. Kamek mo balitt (sejak bile jadi org Sarawak?) hwaaaaaaaaaaaa.....nak balekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......

May 11, 2009

Panic! At the disco

Code Blue! Code Blue!
Just got some sample questions from Mich and after browsing through them, I decided to pull an all nighter tonight.
Needed some external help to keep me awake. Exams at 930am tomorrow so I hope I can survive another 12 hours without sleep. (promise I'll take a nap in between the notes tonite!)
How I wish at least someone could keep me accompanied with the jokes and the random info like cikgu sahri kat skolah dulu kentut dalam kelas pastu salahkan orang lain?
Tapi sebab tuan hamba nokturnal, beta pasrah je la beb...


Bad girl! Baaaaaaaaddddd girrll!!!

my 3rd bag of kerepek pisang in 1.5 weeks.


medan perjuangan

kthnxbai!

May 09, 2009

Antara tiga darjat --> ampunkan ibu Kassim Selamatttttttt



Ya Allah....kenapalah malas sangat ni Sabariahhhhhhh *menangis sambil berlutut*

Last night after so-called Nida's birthday celebration, lepas kemas the pharmacology stuff into the file sikit2.. I straight away went on bed. Didn't sleep straight away..I was on that addictive website until I did not realise I fell asleep. Woke up at 3.29am to shut down mi Boo and slept again.

I was up by 5.45 am. And up until now I haven't even touched my book. Kau ni kenapa perangai macam ni???? Exam habis baru D.U.A. sayang....bukan tinggal D.U.A... I tidied up my disastrous room. Did my laundry. Senang cerita I did everything but studying lah kira-kiranya...mengapa ini mengapa????? Minggu depan ada 3 peperiksaaan Sabariah. Semua killergilekiller. Wanna be killed? U want? U want??

Oh it's kinda interesting how people answered my "How well do you know me?" quiz in facebook. Speshly when most of the takers would put cheese cake or chocolate cake as my favourite cake flavour. Saje je letak soalan begitu because I know people would tend to generalize girls = cheese or chocolate cake. Or to be more exact wonderbig girls pasti suka benda2 yang sinful itu. Eceyh ada kaitan ke padahal cake in general memang fattening pun +___+ Tapi salah, I loike Mocha. Dan saya adalah tidak memakani cheese cake unless you put very light cheese seperti pembuat kek terhebat saya selalu buat, iaitu cik Wany kukikuki -hubungi dia di talian 085122645 nombor terakhir teka sendiri (sila bayar aku untuk promosi ini) Dan untuk kek cokolat pula, saya adalah orang yang selalu mencegah mereka dari meletakkan cokolat yang berlebihan didalam kek. Atau saya akan mencadangkan perletakan serbuk kopi/mocha didalam kek yang dibebani cokolat yang dahsyat itu.


yummylicious!

Dan kepada Adilah yang tidak puas hati kerana merasakan saya suka A&W juga...Most of the drink listed are my favourites but the most favourite one adalah lime assam boi. Kat sini hanya A&W yang dapat dijumpai so I settled for the least lah..plus, saya tidak berapa menggemari carbonated drink, jadi pastilah minuman lebih sihat (ke?) seperti lime assam boi menang. Kerana itu juga saya memaksa ibu membeli juice extractor supaya boleh dibuat lime assam boi selalu dirumah arghhh dah terliur.

Tak dilupakan soalan untuk superhero yang dimana kawan baik saya adalah salah menjawab...hahaha *gelak kecil* I know one person yang takkan salah jawab soalan ini. Dia lah hero penyelamat fon saya dan hero penerbang MacBabe ke Malaysia. because I have Ultraman stickers on my phone and on my laptop. And he noticed. Saya juga mempunyai 2 keychain ultraman berserta koleksi sticker Ultraman dirumah. gagaga...


kenapa dia nampak retarded sikit disini?

Haa kau tengok tu kalau membuang masa memang nombor satu. Bawak2 lah bertaubat Sabariahhhhh...

May 08, 2009

Musim peperiksaan adalah

waktu paling vulnerable
waktu paling sukar dalam hidup
waktu paling senang distracted with small things
waktu paling emosi
waktu when little things could lead to bigger consequences
waktu bila segala tak kena
waktu paling sukar nak concentrate in studying
waktu paling banyak nak pikir benda2 lain kecuali study
waktu rasa nak tukar eating preference to cannibalism
waktu hati paling kecil
waktu kepala paling besar
waktu mata paling basah
waktu otak paling bengap
waktu paling homesick

haih.

Ya Rahman, Ya Rahim, tenangkanlah hati-hati kami, permudahkanlah urusan kami.

trauma yg melanda, menikam-nikam jiwa, selemah ku lemah daku berserah >.<

Yg lemah dan mengharap,
NMS

hari ni hujan. takde pelangi :(
**edited. gaaah.....euphoriants ku baru bangkit.
waktu-waktu exam ni gua perlu manyiak dadah
so siapa2 jadi gua punye pusher, lu olang jangan stopkan gua punya supply ok
keep on injecting euphoriants to me
^^

May 04, 2009

Confession of a weak servant

From: Alpiah Haron
To: N
Sent: Monday, May 4, 2009 5:03:51 AM
Subject: Re: Exam dates

Waalaikumsalam dek,
Mak doakan adek boleh buat, YOU CAN DO!!
A very very BEST OF LUCK to you, dek!! Selamat STUDY!!

On Tue, Apr 28, 2009 at 10:38 PM, N

<nzra_007@yahoo.com> wrote:
Assalamualaikum mak,

Ni semua exam dates adek :

5 May - Neurophysiology
8 May - Pharmacology
11 May - Pathology
13 May - Dental physiology
15 May - Objective Structured Clinical Examination
20 May - Histology
22 May - Biochemistry
29 May - Oral Clinical dentistry

Wish me luck, Mak!



A simple reply from my mom made tears rolling down my cheek. Kau sebenarnya takut innit?

Yes, aku takut aku kecewa lagi.
Aku takut aku kecewakan dia
Paling aku takut aku kecewakan diri sendiri

Tuhan, bantu aku hadapi ini.
Terangkan mata, terangkan akal, terangkan hati
Kurniakanlah ilham, tenangkanlah diri ini
Permudahkanlah urusan kami
Berikanlah kejayaan kepada kami
Dunia dan akhirat.

"Have no fear, for Allah is with us"

May 03, 2009

Edited title to fit in the story : Kisah Hari Ahad

Good morning UPPER EAST SIDE, Gossip Girl here. Your number one source of the scandalous lives of Manhattan's elite.

Setelah hampir 2 minggu menyorok didalam rumah (pergi menghantar air kencing menaiki kereta tak dikira. itu seperti tidak keluar rumah sahaja. menyarung tudung, bermuka seperti tidak mandi naik kereta, pulang, 10 minit) harini saya bagai seekor Ravenous Zombie mouse di Mouseleum (mousehunt jargon disini, excuse me) keluar dari sarang..berjalan2 menunggang basikal yg sudah lama diketepikan..


rupe Ravenous Zombie Mouse. Tangkap ni dapat 5000++ Gold oh..

Destinasi cinta pertama ialah Balai Polis di Bishops*town yang tak tumpah seperti...urmmm...rumah biasa2 sahaja. Perlu melapor kehilangan purse yang dah berminggu2 lepas..So this is my 1st time in a Police Station...How was it? Urrmmm...not too good..abang polis adalah agak lambat menaip laporan itu (kadar satu perkataan satu minit) hingga membuatkan saya menghabiskan masa selama hampir 30 minit disana dah lah tak bawak nota tak bawak apa duduk melanguk membaca nota2 dilekatkan didinding balai polis kalau masuk peperiksaan takpelah jugak (=_=")

Usai urusan laporan saya lantas ke Wil*ton Shop*ping Cen*tre untuk membeli ubat mengantuk saya - sang kerepek pisang sambil menjalankan kegiatan speed window shopping (masuk kedai laju2 membelek barang dan berhenti pada yg benar2 berkenan betul2 sahaja laju2) Oleh kerana saya terlalu marah dengan urusan bersama abang polis itu saya pun membeli kek kopi (hahaha....ada kaitan ke? sukati laaaa...) awhh sedapnyieeee dah lama tak makan kek kopi (sekarang wany tgh makan kat blakang saye...ngahngahngah..) --> maaf perenggan ini saya berbunyi hyper sedikit.

Sebenarnya.....saya nervous lahhhhhhhhhhhh nak exam neh...Nervous2 tapi tak study. Haiyohh...exam saya banyak pukul 430pm...Itu waktu peak mengantuk tuu.Tapi saya adalah paling produktif pada pukul 630-930am. Jadi bagaimana? Takkan nak bawak kerepek pisang masuk time exam. Kang ada gak kena sumpit ngan rakan2 disebelah kerana berbunyi bising ketika exam.


not this kind of nervous


yaa..this is more like it..

Gagaga...kabut aku ribut lagi serabut...ok ok...laptop ini perlu disorokkan buat harini...Poyo je sorok2 laptop tapi nanti kalau boring2 bukak gak internet guna phone...Memanggg gigihh...kenapalah tak gigih cemtu dalam pelajaran?

Good nite. Kalu jupo bewok pade dale mimpi jange lupo wak sate. Hohoho...




May 02, 2009

Bang, seploh tahun dulu saya pernah beli kaset abang, tanak kongsi ke duit sejuta tu? *wink wink*

Today I learned that my attention span/focus span/concentration span lasts only about 3 notes, approximately 2.5 hours. ga ga ga...pepagi semangat bangun bukak buku meruap2 kalau keluar asap mungkin dah boleh trigger smoke alarm.

1st note, ho yeah semangat membarrraaaaaaa

2nd note, ho ho, we are holding on bebeyhhhh

3rd note, jai ho...eh, harini nak masak apa eh. urm...eh nanti nak buat apa aa...eh harini cam rasa nak gi balai polis aaa

4th note, ho...tak kauuu kata tanak bukak laptop langsungggggggggggg
I also realised (dah lama dah sedar) that at one point I really need to put something on my head to keep me focus and to ensure the stuff that I put in doesn't come out from the pores in my scalp (matilah kau...ada pores ke kat scalp? tapi rambut mesti keluar dari pores kan? kan Janet kan? kan? kan? kan?) Bila rasa cam ada ilmu leaking, I'll start putting towels on my head..wrap it around tightly....when I feel the towel starts to bug me sebab tak pin I reach out for my scarf. Wahhh bagus ni anak sapa lah neh....


masih jakun bersama camera yg dulu pun ada. kesian budak neyh...


kalau lah ilmu masuk tu boleh mengembangkan kepala and otak physically, kan bagus...sebab I'm pretty sure kepala saya akan leper selalu lantas menghantar alarm kepada my brain untuk teruskan belajar demi mengembangkan kepala seperti diatas..

May 01, 2009

Bebelan tak berasas - baik jangan baca


tiga orang budak cumel : iklan -iklan sapa mahu boleh letakkan harga lelongan anda

Hari ini badan saya sakit-sakit, lutut saya sengal-sengal

Lantas saya teringat pesanan seseorang untuk minum susu untuk menguatkan tulang

Saya turun, minum suku cawan kecil plain milk. Tahniah, anda telah menjadi seorang yang lebih baik dari semalam.

Kenapa yeh semakin hari semakin malas?

Whyyyyy??

Whyyyyyyyyy??

Harini juga saya sedar bahawa orang lain juga punya banyak masalah lagi banyak dari saya.

Jadi saya akan cuba kurangkan whiny kecuali kepada urm urm...urm...





Gambar eksklusif tak dapat di mana-mana




Ya Allah, permudahkanlah urusan kami +__+

Another ramble from nearly insane fella III

I don't know what has gotten into me....

But I am damn sleepy now. Isya' kul 11 lebih subuh kul 3 lebih so how?

panda gi hibernate perlu ke ikut??? perlu ke???

die la now die u lazy ass

April 30, 2009

Another ramble from nearly insane fella II



bolehkah ku melompat lebih tinggi?
Add Image
I thought yesterday was just another bad day
But today is worst
Tak boleh belajar
Semua tak kena
Rasa nak nangis
Rasa nak give up
Rasa nak terjun tingkap
Saya rindu itu semua rakan2.
Wani, Ida, Fuzah...datanglah sini :(
datanglah sini tenangkan aku :(

Kesimpulannya, semakin dekat exam, semakin gila seseorang.

p.s : wany, jangan marah, aku malas nak crop gambar nnt gambar jadi tak simetri. hehe..

ps2 : harini mungkin akan buat seploh entry. ha ha ha..

wii : saya nak beli wii

xbox : kau pehal weyh gile?

Norma (bukan Nor*mah Daman*huri) vs Hari ini (harap2 bukan hari esok)

Mood swings secara tiba-tiba

Norma - minuman pagi, sekeping/dua roti ditengahari bersama inti, minuman petang, makan berat di waktu malam
Hari ini - minuman pagi, mihun di tengahari, sup sayur 150 minit jam selepas itu, milo dan biskut 190 minit selepas itu, dan dalam masa 120 minit seterusnya menyantap ayam dan sup masakan teman serumah

Norma - mengacau2 dibilik orang
Hari ini - kurung diri dalam bilik sendiri

Norma - risau tapi tenang
Hari ini - resah lagi gelisah aku gundah

Norma - tiada intuisi membunuh
Hari ini - segala sesuatu yang berlalu pasti menyentap naluri kebinatangan

Norma - NORkuMAlasari
Hari ini - HARIkumar MarkoNI
(jangan cuba nak fahamkan aku sendiri pun tapaham)

Kehadapan ovari dan hormon2ku,
kalau ini kerja kalian, lekas hentikan. aku penat tanggung begini.

don't crack under pressure, X, 2009


come on dont give up...q(*o*)p, X, 2009


p/s : thanks for staying back when i'm about to crack :P

April 17, 2009

Andai diberikan emas permata.....


I am finally a [MouseHunt] Legendary. Pheww...after much hassle and Failed-To-Attracts, I finally made it!

The heaters and the warm weather are back! So I have no reason to have this sucky feeling anymore!

Need to freshen up and get back to my studies. Dear pharmacology,pathology,neurophysiology, oral physiology, histology, OSCE wtf, and biochemistry, I am choo choorrii I abandoned you all this while. I promise I'm gonna be a better err...student? Help me not to get bored easily with will ya?

Need to keep myself occupied. Please remind me of my life before you and the anticipations :P wuwuwuw...poyo nye sepak laju-laju sikitt?

April 16, 2009

Warkah buat dia...

Cuaca gloomy, buat aku jadi moody

Atmosfera sejuk, buat aku jadi dingin

Saat ini, hanya kamu mengisi ruang ingatanku

Tika ini, wajah kamu yang menghiasi sanubariku

Sukar aku nyatakan perasaan ini tapi itulah itu hanya kamu

Tatkala seluruh mindaku harus difokuskan kearah buku-buku

Tatkala seluruh semangat harus aku lontarkan kearah pelajaranku

Fikiran aku cuma tertumpu pada kamu

Kamu,
















cepat datang ke rumahku betulkan heater voleyh? sejuklahh...tokleh nak studyyyyyy...

Mr EK, datanglah mari, ada banyak harus kita bincangkan dari hati ke hati. hiks..



Sekian,

Sweater-and-socks-during-spring-aren't-cool I-want-to-study-but-I-can't I-really-need-to-study-now,

N.M.S.


P/S : Announcing the arrival of......MR STRESSSS...tet tenenet tenetttttt...

p/p/s : malam tadi sewaktu REM sleep (ceyy dah itu je yg baru dibaca Neurophysio, damn it!) saya mimpi saya jaga seorang baby..tapi lepas tu saya letak baby tu kat sink sebab nak mandikan dia..saya gi ambil sabun...pastu sepupu2 kecil saya pegi bukak air yang sejuk sampai baby tu jadi keras!! *nangis kuat2* Saya cuakkkkkk giiiillllllleeeeeee lepas tu urut2 baby tu kasi warm balik sampai dia menangis balik.

Notes taken from the mimpi :

1. Alya baru tunjuk video Mish'al. haha..chumellll kecik saja
2. Saya stresss sebab air sink sejuk2 (heater rosak,sperti luahan perasaan daitas) nak basuh tangan gosok gigi basuh apa2 yang patut semua sejuk2
3. Eh tu bukan baby saya, sekian.

April 14, 2009

Pertama ku melihat mu bergetar rasa hati ku, Berdebar-debar jantung ku mungkin ku suka pada mu?

cube teka lirik diatas lagu apa? The first one to answer will get a prize from me..cmon cmon!

Pagi ini bangun satu jam awal dari semalam..tahniah!!


Mandi hari ini dilakukan sebelum pukul 12...tahniah!!

Hari ini berjaya keluar membeli groceries di Dunnes Bishopstown..tahniah!!

Baru tadi tahu apa yang akan ditanya dalam peperiksaan OSCE...takziah!!!

Notes2 first year semua macam dah buang je...takziah!!!

Matilahhh..matilahhh...

Facebook is anoyyingly tempting. Dan kini pula tiba2 berhubung dengan senior yang diminati sewaktu tingkatan 2. LOL. Plus another factor not to let go facebook other than me MouseHunt. Urghhh....

My momentum is nowhere to be found..But I have feelings she's coming back. Hopefully not too late before exam. Bencilahhh...bencikkkk...lemme listen to the key first..can i sing another song? Please?

April 13, 2009

Lenaku panjang, mimpi2 bertandang, tetapi siapakah kamu yang datang?

Hilang mood mahu update perihal Easter Holiday voleyhh? Harini separuh hari dah habis masa tidur. Separuh lagi hari pergi melagha di Facebook dan Youtube menonton si Anas Tahir koq dan Akbar menggila2. Kalau saya tahu mereka pelajar Swansea pasti dah ajak makan sekali haritu! ha ha ha..Mana tau dapat masuk Youtube dengan mereka jugak koq!!

Kini saya sedar saya patut mengutip kembali momentum yang mungkin sudah hilang di Brussels ataupun Nottingham ataupun Birmingham ataupun Cardiff ataupun Swansea ataupun London. Macammana nehhhhh nak cari balek nak beli tiket Ryanair dah mahal kalau beli lambat2 lagipun duit dah nak habis wahh tak sabar nak tunggu hujung bulan ni untuk duit elaun selama 3 bulan!!!!!

Tadi buat cakoi tapi tak berapa menjadi. Oh saya rindu cakoi Pasar Malam Jalan TAR!!!

Harini mousehunt tak berapa berhasil saya duduk Mousoleum tikus2 cokia je makan RB cheese saya. Weyyy mahal ok cheese itu silalah tikus yang worth it sikit makannnnnn...

Kesimpulan dari cerita diatas : Sebenarnya saya sudah mula rasa nak stress akan kemalasan diri yang tidak mahu study2 walhal exam berada disekitar sudut (around the corner?) Saya hembusan motivasi fuh fuh fuh...perlu study fuh fuh fuh.....

abang lembu boleh tulun saya study?

kawan2 bleh tulun saya study?

abang mraz bleh tulun saya study?



lawak cam haram..sedap..tapi penuh unsur humor! hahaha
really made my day