Pages

May 03, 2009

Edited title to fit in the story : Kisah Hari Ahad

Good morning UPPER EAST SIDE, Gossip Girl here. Your number one source of the scandalous lives of Manhattan's elite.

Setelah hampir 2 minggu menyorok didalam rumah (pergi menghantar air kencing menaiki kereta tak dikira. itu seperti tidak keluar rumah sahaja. menyarung tudung, bermuka seperti tidak mandi naik kereta, pulang, 10 minit) harini saya bagai seekor Ravenous Zombie mouse di Mouseleum (mousehunt jargon disini, excuse me) keluar dari sarang..berjalan2 menunggang basikal yg sudah lama diketepikan..


rupe Ravenous Zombie Mouse. Tangkap ni dapat 5000++ Gold oh..

Destinasi cinta pertama ialah Balai Polis di Bishops*town yang tak tumpah seperti...urmmm...rumah biasa2 sahaja. Perlu melapor kehilangan purse yang dah berminggu2 lepas..So this is my 1st time in a Police Station...How was it? Urrmmm...not too good..abang polis adalah agak lambat menaip laporan itu (kadar satu perkataan satu minit) hingga membuatkan saya menghabiskan masa selama hampir 30 minit disana dah lah tak bawak nota tak bawak apa duduk melanguk membaca nota2 dilekatkan didinding balai polis kalau masuk peperiksaan takpelah jugak (=_=")

Usai urusan laporan saya lantas ke Wil*ton Shop*ping Cen*tre untuk membeli ubat mengantuk saya - sang kerepek pisang sambil menjalankan kegiatan speed window shopping (masuk kedai laju2 membelek barang dan berhenti pada yg benar2 berkenan betul2 sahaja laju2) Oleh kerana saya terlalu marah dengan urusan bersama abang polis itu saya pun membeli kek kopi (hahaha....ada kaitan ke? sukati laaaa...) awhh sedapnyieeee dah lama tak makan kek kopi (sekarang wany tgh makan kat blakang saye...ngahngahngah..) --> maaf perenggan ini saya berbunyi hyper sedikit.

Sebenarnya.....saya nervous lahhhhhhhhhhhh nak exam neh...Nervous2 tapi tak study. Haiyohh...exam saya banyak pukul 430pm...Itu waktu peak mengantuk tuu.Tapi saya adalah paling produktif pada pukul 630-930am. Jadi bagaimana? Takkan nak bawak kerepek pisang masuk time exam. Kang ada gak kena sumpit ngan rakan2 disebelah kerana berbunyi bising ketika exam.


not this kind of nervous


yaa..this is more like it..

Gagaga...kabut aku ribut lagi serabut...ok ok...laptop ini perlu disorokkan buat harini...Poyo je sorok2 laptop tapi nanti kalau boring2 bukak gak internet guna phone...Memanggg gigihh...kenapalah tak gigih cemtu dalam pelajaran?

Good nite. Kalu jupo bewok pade dale mimpi jange lupo wak sate. Hohoho...




No comments: