Okay sebenarnya saya tengah jiwa kacau. Kacau macam Mc Flurry Oreo atau Cornetto (kegemaran baru saya. yang cair punya setaap) yang dikacau dengan menggunakan sudu yang diattach pada machine itu. Ngeng ngeng bunyi dia dikacau. Nak cari bunyi lain macam tak terlintas. Ngeng ngeng jugak keluar tapi bunyi dia ade macam rempit sikitlah.
Sempena dengan usia yang
bakal bertambah ni (
*alert alert wiu wiu wiu hint hint wink wink ne no ne no*) banyak perkara yang membenakkan otak saya*sigh*. Terutamanya tentang arah tuju hidup saya. Cey cey cecemelll...baru nak masuk 2nd year dah nak cari arah tuju hidup kan. Tapi biarlah..biarlah saya nak rasa hidup saya ada wawasan sikit. Dulu sekolah rendah kalau tengok tengok kat buku autograf kita letak cita-cita kan. Macam saya punya dulu ada macam-macam version. Yang biasa saya letak nak jadi peguam@doktor@businesswoman. Tuuuu..dia ambitious sangat kan sampai tiga. Tapi bila dah besar sikit saya dah kecikkan skop nak jadi doktor. Sampai lah form 4 tetibe rasa cam Biology susah bebenor saya divert sikit-sikit dapat jadi engineer pun ok gak. Tapi tiba-tiba SPM Biology saya tak teruk sangat baru ada confident nak amik doktor balik. Tapi pikir punya pikir takut scholarship tu competitive sangat saya pilih amik dentistry. Memang indecisive from now then and forever.
So itu lah kira-kiranya roughly sejarah saya amik dentistry. Penat jugak nak jawab kat orang dengan FAQ (frequently asked question) tu.
"nape amik dentistry?" "eh ko memang minat eh gigi gigi ni" "nape ko tak amik medic kenapa amik dentistry"Rasa kalau ditanya soalan tu rasa nak
tumbuk nangis je kat orang yg bertanya. Macam luka lama berdarah kembali. Rasa nak jawab "
saya amik dentistry dulu sebab takut amik medic nanti tak dapat scholar. SPM Bio saya A2 jeeeeeee. tapi saya minat gila-gila nak amik medic" hah gitu jawapan sebenar di benak hati..
Pastu bila tengok orang lain belajar medic macam menarik je kan. Lagi-lagi bila jadi golongan minor. Tak berteman keseoorangan..Sedih je rase *sob sob sob* Tapi saya tarahal lah...benda-benda ni benda kecik je. Masa tengah meroyan ke ape je barulah ungkit kan. Tu yang saya rasa cam nak buat plan je kan. Tapi kenalah selalu ingat kita hidup ni hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan. Cewyyywaaahh cecemell..
Memula saya macam ada plan gila rasa nak ambil medic lepas dah ada degree ni. Tapi eh *snap* back into reality awak tu scholar kerajaan ada seploh tahun bond dengan kerajaan ada hati kan nak buat bukan2.Okay so cari plan yang lebih real sikit. Saya ingat nak buat specialist dalam
Oral and Macillofacial Surgery lah. Tapi kan...macam susah..Mau tak kawin dibuatnya karang. Pastu boleh ke saya handle. Anatomy pon cukup makan je *sigh* But that's the closest to medicine that I can do. And if I really want to do it, I really really really (really to infinity) need to work my arse off hard.
Kahwin pun satu hal jugak. Mak kata kalau saya tak kurus-kurus nanti tak kahwin. *sigh* lagi (entry paling banyak mengeluh)
*diam bertafakur tak boleh nak elaborate lebih*
Huerm fine lepas ni malas dah nak masak balik Ireland nanti. Tu lah dah pandai masak pastu makan. Pastu makan jadi ape? Jadi lah tu...bulat bulat bagai boleh bergolek. Kalau jadi bola ok lagi orang boleh main futsal. Ni jadi orang bulat...haishh..kucing pun tak nak berkawan.
Baru teringat yang saya perlu kembali ke Ireland *sigh* Boleh tak nak cakap...bencilah. Malasnya. Malas sangat. Reason being...huerm banyak sangat reason nye. Senang citer I enjoy being here with my close circle of friend and family. Celah manalah nak cari orang-orang cam diorang ni...*sigh*
Ok lah entry dah makin mengarut tapi tu lah main point nye. Arah tuju dalam hidup saya. Saya nak grad sihat-sihat (bukan sihat=180kg) pastu kerja 3 tahun. CheMi ajak saya mintak posting kat Sabah/Sarawak. Tuuuu dia lagi cita-cita menggunung Kinabalu. Pastu rezeki/semangat ada boleh lah sambung.
Oh by the way ade pengumuman. Ting tong ting tong...
siapa mahu beli camera saya
Casio Exilim Z75. 7.2 megapixel, 3x optical zoom. Market price saya usha tadi dlm RM699 but I'm letting it go at
RM350-400 sajorks. Comes with memory card some more dan ya, kalernye adalah pink, exactly cam dalam gambar. And it is still negotiable ok. Reason being saya *rasa macam* nak angkat DSLR. Beli la beli la..kalau berminat boleh email saya kat nzra_007@yahoo.com. Nak call pun boleh ade nombor fon saya dalam blog ni kalau tere carilah.