Pages

July 13, 2009

perihal rokok, merokok, perokok

kan hujung minggu kan saya gi sekolah kan..pastu kan saya lepak ngan kawan-kawan saya kan..pastu kan...phuihhh...

tokey rokok kalau diorang bukak kedai la waktu smss10s tuh..perghhh sure masyuk gila. seriously like. kami borak-borak adalah dalam sejam dua. ada kurang lebih sepuluh orang jejaka disitu. SEPLOH SEPLOH HISAP ROKOK. pada kadar satu rokok dalam selang masa 15 menet. saya syak saya selesema ni sebab hidung saya terkejut menerima kadar asap yang terlampau banyaknya. HOH! (very un-medical reason here I know I know)

kerajaan dah letak amaran. gambar menakutkan. still tak jalan. saya tak paham celah mana mereka dapat kepuasan dari merokok. saya pernah cuba. tak best pun? tak paham tak paham tak paham.

lepas tu kawan saya nan sorang ni pun kata sudah 3 bulan tak menghisap rokok. kawan lagi sorang cuba takut-takutkan dengan menerangkan kesan perempuan yang merokok. apa jadi kalau tidak merokok sekarang. nanti dah berkahwin. dah mengandung. efek kepada anak. anak dilahirkan kurang sempurna. perlu dijaga sepanjang hayat. jauh penerangan tu.

tapi saya rasa aihhh bullshit je cerita kat orang-orang yang tau pasal segala-mala kesan merokok. pada paru-paru. pada mulut. pada sel-sel dalam badan. pada orang disekeliling. gambar dah banyak merata-rata. tapi insaf nye tak jugak. aihh sebab tu saya rasa saya tidak akan berjaya menjadi penasihat berhenti rokok yang baik. kerana nasihat terbaik yang saya dapat berikan cuma : "mengapa perlambatkan kematian dengan menghisap rokok nan berbatang-batang? hisap saja ekzos kereta, cepat sikit jalan. bila nyawa dah tiada, badan tak perlu risau mahu kurus atau tidak dan konfem-konfem rasa stress itu akan hilang bersama nyawa. kan?"

aigoo. bunyi cam kasar je kan? camne nak jadi doktor gigi yang berjaya ini? takpe. ini cuma luahan sakit hati sebab saya tidak boleh tido. bersin-bersin. selesema. malas mandi. badan penat tapi tak boleh tido. semua sebab rokok yang saya hidu bila dikelilingi perokok2 tadi :P nanti dah jadi orang yang boleh bagi nasihat saya perlahan-lahan lah cuba mengubah rakyat. wah wah..besar cita-cita kak? entah-entah nanti stress tak dapat mengubah rakyat, saya pula hisap rokok. ops..okay okay saya hisap ekzos terus :)

tak boleh la ini macham wahai diriku. perlu tido perlu tido nanti bertambah cranky

2 comments:

najwa hazirah halmi said...

selamatla diriku dpt pakwe xisap rokok..
huhu~

dialicious said...

okie..baik jgn stress..heheh..sangat setuju..entry paling best!hopefully abg baca&sedar diri.die tu kuat gile smoke..x takot sakit jantung!