Pages

Showing posts with label Down the memory lane. Show all posts
Showing posts with label Down the memory lane. Show all posts

July 20, 2010

Jalan Turun Laluan Memori, Season 1, Episode 1 (haha nak kena lempang?)

Today I spent the entire day doing stuffs with mom. Semalam saya bagitau mak pasal mahu beli buku, dan harini tiba-tiba dia kata malas nak pergi kerja lalu ajak saya pergi KL beli buku. Mak macam dah hilang motivasi nak kerja cepatlah saya jadi cukup senang nak belanja dia supaya dia boleh relax-relax duduk rumah pergi kelas agama saja.


Lepas habis pergi singgah tempat kerja emak, kita terus pergi Jalan Pahang beli buku. KL ni parking cokia, pergi seploh menet je dah RM3. Parking depan Jalan Damai yang bukan tempat proper parking tupun RM3 jugak! KL, KL. Walaupun IC saya kata saya the 14-ers yakni orang KL, tapi deep in my heart saya nak cakap saya Shah Alam Sejati. Wahhh gitu kau semangat nak kena lempangggg??


Usai beli buku, kita mahu singgah jenguk atok sedara di Ampang Ulu Klang (amende tah nama proper dia) plak. We passed by our old house at Jalan Bukit Keramat and decided to revisit that place.


Bila sampai depan rumah tu, macam tiba-tiba rasa sebak. Macam ada satu benda tengah hiris kerongkong. That place holds a lot of memory but unfortunately it was too vague. I know that place is close to my heart. The place where I spent the first 3 years of my life. Tapi tulah, memori saya lemah. Banyak makan semut agaknya.


Yang saya ingat, pernah orang datang rumah, saya masih minum botol susu, mak kata eeee malu la masih minum guna botol susu lalu saya campak botol susu

Yang saya ingat, bapak balik rumah, saya nyanyi lagu Suci Dalam Debu (yeke wehhh?)

Yang saya ingat, gaduh rebut TV dengan abang, sebab abang sedikit pembuli, dia suruh saya tengok tv tu tanpa pandang tempat lain. Mesti kena tengokkkkk jugak TV tu kalau saya nak tengok rancangan tu

Yang saya ingat, pakcik garang nama Pakcik Amin yang saya takut sebab dia suka sebut HEPPP! kalau terjumpa dia


Lorong Bukit Keramat 3, revisited. Haaa..kau ado nak tengok rumah kat KL ni separuh kayu separuh batu lagi? Balik batu 16 Air Hitam adelah wehhhh

Dulu mak kata, bahagian bawah rumah tu English style gitu. Bawah tu bahagian luas tempat park kereta, tempat main. Tapi sekarang current owner dah sewakan pada warga asing Indonz yang takmahu jawab salam bila kitorang datang tadi. hahaha..takut la tu kena tangkap

Siap ada 3 mangkuk Astro kat rumah ni sekarang. I bet approximately ada 5-6 family yang tinggal dalam ni.

View dari rumah Aunty Noriah. Lepastu kita pergi rumah jiran lama, Aunty Noriah. Dia masih kenal mak, kenal saya. Saya? Jangan tanya lah sah-sah tak ingat pape. Aunty cerita pasal anak pasal apa dia buat pasal sapa duduk rumah pasal itu pasal ini.

Teruk jugak condition rumah tu sekarang. Longkang pun takde siap ada lopak besar macam air busuk belakang rumah tu. Immediately belakang rumah tu ada macam Apartment ke apetah orang-orang askar punya. Part of tanah belakang rumah tu diamik tapi tak dapat pun pampasan apa-apa.


Saya pindah Shah Alam rasanya around 1990. Mak pun tak ingat sangat. Sebab mak pergi Haji 1990 dia kata, kita dah pindah Shah Alam sebab muntut abang kena jahit sebab langgar sink tandas time mak pergi haji hahaha. So roughly saya dah jadi warga Shah Alam selama duaploh tahon. Tapi tulah, saya pergi sekolah SMSS 5 tahun jadi orang Key Ell kejap. Pergi KMB 2 tahun jadi orang Banting kejap. Pergi Cork insyaAllah 5 tahun jadi Irish kejap (what the hell tiba-tiba ngaku Irish?)


....to be continued bila ada mood :P

December 08, 2009

Repekan rindu

Tau-tau la kan bile dekat nak exam ni suke nak merepek-merepek. Repekan kali ini bertajuk "saya rindu pakcik makcik saya"


Kembali kepada tajuk saya rindu makcik pakcik saya. Makcik pakcik saya ada 12. Most of them pernah tinggal dirumah saya. Tak kisah la sebulan ke 13 tahun ke. Ibu ada 13 adik beradik. Meriah sungguh kalau pulang ke kampung halaman. Saya cuma ada satu abang sahaja. Dan sepanjang hidup, saya masuk sekolah rendah, abang masuk sekolah asrama. Saya masuk asrama sekolah menengah, abang masuk university. Bila abang dah balik rumah, saya pulak keluar merantau jauh tinggalkan rumah. Jadi sila faham kenapa saya suka sungguh kalau ramai pakcik makcik berkumpul.


Dulu zaman sekolah rendah ada dua pakcik yang tinggal lama dengan saya. Ada satu masa ibu pergi luar negara. Ke UK ke NZ saya pun tak sure. Jadi saya ditinggalkan bawah jagaan pakcik makcik. Saya pergi ke sekolah agama Cik Wa hantar naik motor RXZ. Haaaaa...cool tak weh. Dulu saya sekolah agama seksyen 3 ada la dalam 15-2o minit dari rumah. Naik RXZ weh. Lepas tu kalau makan minum pulak saya rasa most of the time diorang beli, tapi kadang-kadang diorang masak. Cik Pi masak telur goreng + ikan bilis goreng. Haha tak tau kenapa itu makanan saya paling ingat.


Oh dulu kan bulan puasa time cuti sekolah. Untuk buka biasanya antara ibu atau cikpi akan beli makanan. Tapi saya ada satu task iaitu kena goreng sayur. Orang yang ajar saya goreng sayur adalah cikpi. Itu adalah lauk pertama yang saya belajar masak (improvisation of megi seperti letak telur atau goreng tidak dikira disini ye) Dulu cikpi kalau balik kerja selalu jugak beli makanan jadi saya syak saya jadi gemuk sebab selalu makan dengan dia malam-malam hahahaha (salahkan orang lain pulak)


Lepastu dulu before fly Mak Pah banyak turunkan teori2 memasak. haha..Dia jugak buatkan rendang and gorengkan sambal ikan bilis sebelum fly. Mak Pah adalah idola memasak saya. Ayam kicap yang dia buat adalah terbaik dari ladang.


Sekarang bila dah besar saya merantau jauh ada Mak Semah paling duduk dekat dengan saya. Itulah tempat saya melepas rindu kalau saya rindu kat mak & family saye atau makanan Malaysia. Kalau pergi rumah dia duduk 3 hari je insyaallah boleh naik 3kg. Jadi saya adalah sangat happy setiap kali kalau dapat pergi kerumah dia. Dan tahun dpan ini Mak Semah dah nak pulang ke Malaysia, kemana pula saya nak pergi selepas ini.


Pakcik makcik yang tak termention dalam ni..tak bererti tak rindu. Saya rindu semuorang lah yang selalu meriah-meriah dekat kampung tu.



makcik makcik


pakcik pakcik dan baby comel (ehem) ditengah dan abang yang membuat tangan peace