Lepas habis pergi singgah tempat kerja emak, kita terus pergi Jalan Pahang beli buku. KL ni parking cokia, pergi seploh menet je dah RM3. Parking depan Jalan Damai yang bukan tempat proper parking tupun RM3 jugak! KL, KL. Walaupun IC saya kata saya the 14-ers yakni orang KL, tapi deep in my heart saya nak cakap saya Shah Alam Sejati. Wahhh gitu kau semangat nak kena lempangggg??
Usai beli buku, kita mahu singgah jenguk atok sedara di Ampang Ulu Klang (amende tah nama proper dia) plak. We passed by our old house at Jalan Bukit Keramat and decided to revisit that place.
Bila sampai depan rumah tu, macam tiba-tiba rasa sebak. Macam ada satu benda tengah hiris kerongkong. That place holds a lot of memory but unfortunately it was too vague. I know that place is close to my heart. The place where I spent the first 3 years of my life. Tapi tulah, memori saya lemah. Banyak makan semut agaknya.
Yang saya ingat, pernah orang datang rumah, saya masih minum botol susu, mak kata eeee malu la masih minum guna botol susu lalu saya campak botol susuYang saya ingat, bapak balik rumah, saya nyanyi lagu Suci Dalam Debu (yeke wehhh?)Yang saya ingat, gaduh rebut TV dengan abang, sebab abang sedikit pembuli, dia suruh saya tengok tv tu tanpa pandang tempat lain. Mesti kena tengokkkkk jugak TV tu kalau saya nak tengok rancangan tuYang saya ingat, pakcik garang nama Pakcik Amin yang saya takut sebab dia suka sebut HEPPP! kalau terjumpa dia
Lorong Bukit Keramat 3, revisited. Haaa..kau ado nak tengok rumah kat KL ni separuh kayu separuh batu lagi? Balik batu 16 Air Hitam adelah wehhhh
Dulu mak kata, bahagian bawah rumah tu English style gitu. Bawah tu bahagian luas tempat park kereta, tempat main. Tapi sekarang current owner dah sewakan pada warga asing Indonz yang takmahu jawab salam bila kitorang datang tadi. hahaha..takut la tu kena tangkap
Siap ada 3 mangkuk Astro kat rumah ni sekarang. I bet approximately ada 5-6 family yang tinggal dalam ni.
View dari rumah Aunty Noriah. Lepastu kita pergi rumah jiran lama, Aunty Noriah. Dia masih kenal mak, kenal saya. Saya? Jangan tanya lah sah-sah tak ingat pape. Aunty cerita pasal anak pasal apa dia buat pasal sapa duduk rumah pasal itu pasal ini.
Teruk jugak condition rumah tu sekarang. Longkang pun takde siap ada lopak besar macam air busuk belakang rumah tu. Immediately belakang rumah tu ada macam Apartment ke apetah orang-orang askar punya. Part of tanah belakang rumah tu diamik tapi tak dapat pun pampasan apa-apa.
Saya pindah Shah Alam rasanya around 1990. Mak pun tak ingat sangat. Sebab mak pergi Haji 1990 dia kata, kita dah pindah Shah Alam sebab muntut abang kena jahit sebab langgar sink tandas time mak pergi haji hahaha. So roughly saya dah jadi warga Shah Alam selama duaploh tahon. Tapi tulah, saya pergi sekolah SMSS 5 tahun jadi orang Key Ell kejap. Pergi KMB 2 tahun jadi orang Banting kejap. Pergi Cork insyaAllah 5 tahun jadi Irish kejap (what the hell tiba-tiba ngaku Irish?)
....to be continued bila ada mood :P
2 comments:
oh..kakdiah pnh pegi tgk rumah ni..mmg unik..bwh batu ..atas papan kan..ya ALLAH abg awak mmg pembuli smpai skrg tau..pasrah!
w/pun nad ngaku irish, ah kak tau, jiwa nad tetap melayu.. kan3..?? ecewah!
Post a Comment