Pages

December 08, 2009

Repekan rindu

Tau-tau la kan bile dekat nak exam ni suke nak merepek-merepek. Repekan kali ini bertajuk "saya rindu pakcik makcik saya"


Kembali kepada tajuk saya rindu makcik pakcik saya. Makcik pakcik saya ada 12. Most of them pernah tinggal dirumah saya. Tak kisah la sebulan ke 13 tahun ke. Ibu ada 13 adik beradik. Meriah sungguh kalau pulang ke kampung halaman. Saya cuma ada satu abang sahaja. Dan sepanjang hidup, saya masuk sekolah rendah, abang masuk sekolah asrama. Saya masuk asrama sekolah menengah, abang masuk university. Bila abang dah balik rumah, saya pulak keluar merantau jauh tinggalkan rumah. Jadi sila faham kenapa saya suka sungguh kalau ramai pakcik makcik berkumpul.


Dulu zaman sekolah rendah ada dua pakcik yang tinggal lama dengan saya. Ada satu masa ibu pergi luar negara. Ke UK ke NZ saya pun tak sure. Jadi saya ditinggalkan bawah jagaan pakcik makcik. Saya pergi ke sekolah agama Cik Wa hantar naik motor RXZ. Haaaaa...cool tak weh. Dulu saya sekolah agama seksyen 3 ada la dalam 15-2o minit dari rumah. Naik RXZ weh. Lepas tu kalau makan minum pulak saya rasa most of the time diorang beli, tapi kadang-kadang diorang masak. Cik Pi masak telur goreng + ikan bilis goreng. Haha tak tau kenapa itu makanan saya paling ingat.


Oh dulu kan bulan puasa time cuti sekolah. Untuk buka biasanya antara ibu atau cikpi akan beli makanan. Tapi saya ada satu task iaitu kena goreng sayur. Orang yang ajar saya goreng sayur adalah cikpi. Itu adalah lauk pertama yang saya belajar masak (improvisation of megi seperti letak telur atau goreng tidak dikira disini ye) Dulu cikpi kalau balik kerja selalu jugak beli makanan jadi saya syak saya jadi gemuk sebab selalu makan dengan dia malam-malam hahahaha (salahkan orang lain pulak)


Lepastu dulu before fly Mak Pah banyak turunkan teori2 memasak. haha..Dia jugak buatkan rendang and gorengkan sambal ikan bilis sebelum fly. Mak Pah adalah idola memasak saya. Ayam kicap yang dia buat adalah terbaik dari ladang.


Sekarang bila dah besar saya merantau jauh ada Mak Semah paling duduk dekat dengan saya. Itulah tempat saya melepas rindu kalau saya rindu kat mak & family saye atau makanan Malaysia. Kalau pergi rumah dia duduk 3 hari je insyaallah boleh naik 3kg. Jadi saya adalah sangat happy setiap kali kalau dapat pergi kerumah dia. Dan tahun dpan ini Mak Semah dah nak pulang ke Malaysia, kemana pula saya nak pergi selepas ini.


Pakcik makcik yang tak termention dalam ni..tak bererti tak rindu. Saya rindu semuorang lah yang selalu meriah-meriah dekat kampung tu.



makcik makcik


pakcik pakcik dan baby comel (ehem) ditengah dan abang yang membuat tangan peace

2 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

aloolooloo.. comeynye baby comey tuh! hiks..

dialicious said...

wah..ade bwk gamba2 lama ye..comelll..yg tangan peace tu comel..hehe..makin comel die skang!