Pages

June 07, 2010

Jangan biarkan gigi anda diselubungi misteri nusantara - FLOSS




The blog has been somewhat an emozone and I....don't like it. Tapi since I've been quite a loser these days..memerap je atas katil. Kaki guna untuk gi tandas gi dapur je. Mahu ke gym harini pun tibe-tibe harini hujan pula, so yeah, suddenly I remember dulu Atiq pernah suruh cerita pasal flossing in my JBGADMN post back then.


Floss - apa, bila, kenapa dan bagaimana?


Apa floss misti semuorang sudah tahu. Dia macam a thin ribbon made out of nylon ke plastic ke yang digunakan untuk bersihkan cecelah gigi.

Ada banyak jenis floss kan kat pharmacy ke kedai ke so nak guna yang mana? Yang mana-mana pun boleh bergantung kepada keselesaan awak pakai. Haritu saya tanya supervisor saya dia prefer the satin floss sebab senang nak masuk celah2 gigi gitu tapi serius ni terpulang kat awak. Tiap2 floss ada dia punya own pros and cons. Ada jugak floss yang diattach siap2 pada wand tu kan, pun bolehh pakai bagi orang yg ada limited dexterity. Tapi semua floss punya satu matlamat - membuang bakteria!


Bila mahu floss?

Mesti setiap hari. Haha..saya pun malu nak jawab soalan ni sebab saya pun tak floss tiap2 hari. HAHA Takpe mari kita sama2 berubah perlahan-lahan.

Lepas berus or before berus gigi? Hmmm...saya look up tapi tengok there are multiple opinions on this and end up tengok orang yang kata brush before lebih kurang sama ramai dengan orang yang kata brush after. Jadi kesimpulannya - JUST DO IT. Before ke after, hmmm tak kisah asalkan awak buat. Boleh gitu?


Kenapa kena floss, berus gigi je tak cukup keeeeee..eeeeeeeisshhh!

Ok skarang pergi tengok gigi awak kat cermin. Tenung lama-lama. Antara gigi awak tu ruang dia agak-agak cukup besar ke berus gigi nak masuk. Iklan toothbrush kat tv selalu claim kata berus dia boleh masuk celah-celah gigi tapi sebenanya takdela sangat. Masuk boleh lah tapi how effective dia nak remove the plaque tu tak dijamin.


Bacteria suka bermastautin dlm mulut sebab gigi kita ni bagi perlindungan kat dia. Macam kita la, kalau kita duduk satu tempat and kita rasa selesa mesti kita nak stay lama-lama kan. Semua keperluan hidup bakteria, mulut kita ada bagi. Nak makanan? Takdehaaalll mmg mulut guna untuk kunyah makanan pun. Nak tempat tinggal? Takdehaaallll celah-celah gigi ada tempat redup yg kalau orang tak floss, bakteria bleh terus hidup.


Berus gigi memang essential nak buang sisa makanan and bakteria yang reachable oleh berus tu. Tapiii bakteria yg suka main sorok2? Yaa..floss lah penyelamat kita!


Bagaimana?


1. Floss tu, kita tarik sepanjang satu pertiga depa tangan. Wahhh sukahati je kau buat ukuran sendiri..lebih kurang 18 inci lah.

2. Lilitkan floss kat jari hantu belah kanan banyak2 and jari hantu belah kiri sikit je asalkan floss tak terlepas.

3. Gunakan jari telunjuk or jari hantu nak guide floss masuk cecelah gigi. Jangan sentap dia gitu je. Buat ala-ala macam tengah menggergaji.


4. Work your way down to the gum. Tapi jangan sampai lukakan gusi tu. Floss tu sekarang patut berada dlm bentuk C dan teruskan mengfloss ala-ala macam tengah menggergaji.


5. Bila nak buat gigi lain, bukak lilitan jari kanan, and lilitkan bahagian dah guna tadi kat jari kiri. Gituuu..

6. Lepas dah floss, kumur-kumur dengan air. Kalau nak berus sikit dengan berus gigi tanpa ubat gigi pun bollehhh..


A few more points :

  • kalau awak jarang floss dan tibe2 harini awak floss, gusi awak berdarah, jangan panik itu normal! Sebab ada kemungkinan gusi awak dah bengkak sbb bakteria dah bermastautin kat situ dan menyebabkan gingivitis. Continue flossing and after 3-4 days gusi awak akan heal dan akan berhenti berdarah.
  • jadikan habit untuk berus gigi dan floss systematically. macam awak start dengan gigi geraham atas sebelah kiri, ke gigi geraham atas sebelah kanan. lepastu teruskan dengan gigi geraham bawah sebelah kanan ke gigi geraham bawah sebelah kiri. Macam tu lebih teratur and awak tak kan terlepas mana-mana gigi
  • tadikan saya kata bakteria suka gigi kita and suka main sorok2? Jadi bahagian mana paling dia suka? Yaaaa bahagian gigi belakang-belakang. Pastikan awak berus gigi belakang itu dengan bersungguh-sungguh. Memanglah tak nampak tapi kebersihan gigi blakang sama penting dengan kebersihan gigi lain-lain.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan limited info saya sbg pelajar 3rd year yang agak-agak pemalas ini. Kalau ada soalan, tanya lah. Kalau saya tak tahu nak jawab nanti saya tanye supervisor saya.


Oh dulu ada orang tanya pasal gigi kuning sebab selalu minum kopi/teh. Apa boleh buat? Boleh buat tooth bleaching. Tapi advisable kalau awak consult dentist dulu before awak proceed nak buat home treatment ke apa. Yang jual-jual kat pharmacy tu works the best as a maintenance, sebab kalau staining tu teruk, professional treatment is the best solution. Tapi kalau tak teruk sangat, boleh lah cuba product-product tu as long as dia tak irritate awak punya gusi. You can try, but I can't guarantee. Cecewwahh.

Tapi, kalau awak tak kurangkan minum kopi/teh tu tak guna jugak kalau nak bleaching segala. Nanti dia eventually jadi jugak balik. huhu..

1 comment:

Kak iza said...

Mmg susah nak ckp kat org to do it everyday and at the same time kita kena buat camtuh juga :) True kita pun kena perlahan2 practise utk buat tiap2 ari.. Memang susah! hehe..but lama2 akan jadi a good habit insyaAllah.

Hope urusan Nad kat cork dipermudahkan. Academically, to be specific :) and other things as well. Keep akak updated k. And if anything unexpected happens, talk to the most trustable supervisor whom u have in mind. He will guide u insyaAllah.

Okay nad, see u later :) take care