Pages

Showing posts with label Siri penjagaan kesihatan gigi LOL. Show all posts
Showing posts with label Siri penjagaan kesihatan gigi LOL. Show all posts

June 07, 2010

Jangan biarkan gigi anda diselubungi misteri nusantara - FLOSS




The blog has been somewhat an emozone and I....don't like it. Tapi since I've been quite a loser these days..memerap je atas katil. Kaki guna untuk gi tandas gi dapur je. Mahu ke gym harini pun tibe-tibe harini hujan pula, so yeah, suddenly I remember dulu Atiq pernah suruh cerita pasal flossing in my JBGADMN post back then.


Floss - apa, bila, kenapa dan bagaimana?


Apa floss misti semuorang sudah tahu. Dia macam a thin ribbon made out of nylon ke plastic ke yang digunakan untuk bersihkan cecelah gigi.

Ada banyak jenis floss kan kat pharmacy ke kedai ke so nak guna yang mana? Yang mana-mana pun boleh bergantung kepada keselesaan awak pakai. Haritu saya tanya supervisor saya dia prefer the satin floss sebab senang nak masuk celah2 gigi gitu tapi serius ni terpulang kat awak. Tiap2 floss ada dia punya own pros and cons. Ada jugak floss yang diattach siap2 pada wand tu kan, pun bolehh pakai bagi orang yg ada limited dexterity. Tapi semua floss punya satu matlamat - membuang bakteria!


Bila mahu floss?

Mesti setiap hari. Haha..saya pun malu nak jawab soalan ni sebab saya pun tak floss tiap2 hari. HAHA Takpe mari kita sama2 berubah perlahan-lahan.

Lepas berus or before berus gigi? Hmmm...saya look up tapi tengok there are multiple opinions on this and end up tengok orang yang kata brush before lebih kurang sama ramai dengan orang yang kata brush after. Jadi kesimpulannya - JUST DO IT. Before ke after, hmmm tak kisah asalkan awak buat. Boleh gitu?


Kenapa kena floss, berus gigi je tak cukup keeeeee..eeeeeeeisshhh!

Ok skarang pergi tengok gigi awak kat cermin. Tenung lama-lama. Antara gigi awak tu ruang dia agak-agak cukup besar ke berus gigi nak masuk. Iklan toothbrush kat tv selalu claim kata berus dia boleh masuk celah-celah gigi tapi sebenanya takdela sangat. Masuk boleh lah tapi how effective dia nak remove the plaque tu tak dijamin.


Bacteria suka bermastautin dlm mulut sebab gigi kita ni bagi perlindungan kat dia. Macam kita la, kalau kita duduk satu tempat and kita rasa selesa mesti kita nak stay lama-lama kan. Semua keperluan hidup bakteria, mulut kita ada bagi. Nak makanan? Takdehaaalll mmg mulut guna untuk kunyah makanan pun. Nak tempat tinggal? Takdehaaallll celah-celah gigi ada tempat redup yg kalau orang tak floss, bakteria bleh terus hidup.


Berus gigi memang essential nak buang sisa makanan and bakteria yang reachable oleh berus tu. Tapiii bakteria yg suka main sorok2? Yaa..floss lah penyelamat kita!


Bagaimana?


1. Floss tu, kita tarik sepanjang satu pertiga depa tangan. Wahhh sukahati je kau buat ukuran sendiri..lebih kurang 18 inci lah.

2. Lilitkan floss kat jari hantu belah kanan banyak2 and jari hantu belah kiri sikit je asalkan floss tak terlepas.

3. Gunakan jari telunjuk or jari hantu nak guide floss masuk cecelah gigi. Jangan sentap dia gitu je. Buat ala-ala macam tengah menggergaji.


4. Work your way down to the gum. Tapi jangan sampai lukakan gusi tu. Floss tu sekarang patut berada dlm bentuk C dan teruskan mengfloss ala-ala macam tengah menggergaji.


5. Bila nak buat gigi lain, bukak lilitan jari kanan, and lilitkan bahagian dah guna tadi kat jari kiri. Gituuu..

6. Lepas dah floss, kumur-kumur dengan air. Kalau nak berus sikit dengan berus gigi tanpa ubat gigi pun bollehhh..


A few more points :

  • kalau awak jarang floss dan tibe2 harini awak floss, gusi awak berdarah, jangan panik itu normal! Sebab ada kemungkinan gusi awak dah bengkak sbb bakteria dah bermastautin kat situ dan menyebabkan gingivitis. Continue flossing and after 3-4 days gusi awak akan heal dan akan berhenti berdarah.
  • jadikan habit untuk berus gigi dan floss systematically. macam awak start dengan gigi geraham atas sebelah kiri, ke gigi geraham atas sebelah kanan. lepastu teruskan dengan gigi geraham bawah sebelah kanan ke gigi geraham bawah sebelah kiri. Macam tu lebih teratur and awak tak kan terlepas mana-mana gigi
  • tadikan saya kata bakteria suka gigi kita and suka main sorok2? Jadi bahagian mana paling dia suka? Yaaaa bahagian gigi belakang-belakang. Pastikan awak berus gigi belakang itu dengan bersungguh-sungguh. Memanglah tak nampak tapi kebersihan gigi blakang sama penting dengan kebersihan gigi lain-lain.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan dengan limited info saya sbg pelajar 3rd year yang agak-agak pemalas ini. Kalau ada soalan, tanya lah. Kalau saya tak tahu nak jawab nanti saya tanye supervisor saya.


Oh dulu ada orang tanya pasal gigi kuning sebab selalu minum kopi/teh. Apa boleh buat? Boleh buat tooth bleaching. Tapi advisable kalau awak consult dentist dulu before awak proceed nak buat home treatment ke apa. Yang jual-jual kat pharmacy tu works the best as a maintenance, sebab kalau staining tu teruk, professional treatment is the best solution. Tapi kalau tak teruk sangat, boleh lah cuba product-product tu as long as dia tak irritate awak punya gusi. You can try, but I can't guarantee. Cecewwahh.

Tapi, kalau awak tak kurangkan minum kopi/teh tu tak guna jugak kalau nak bleaching segala. Nanti dia eventually jadi jugak balik. huhu..

November 25, 2009

Jangan biarkan gigi anda diselubungi misteri nusantara

Hello all. I'm in my sudden 1 week holiday now. Too bad I have exams next week so I'm practically stuck in my room most of the time. Doing the same 'ol routine. Bosan bosan bosan.

In the middle of revision I found this pictures kinda disturbing. Dah pernah pun tengok time lecture haritu but it still never failed to make me feel like vomitting. Can't imagine how am I gonna face them in real life later TT__TT



Doing basic probe examination on tooth. Macam nak ukur kedalaman gusi. Sepatutnya celah2 gigi (antara gusi blahh camne tah nak explain) tu tak patut ada lubang, tapi kalau ada gingivitis, maka akan adalah pocket2 di gusi anda (bukan poket doremon taaaaaauuu)


Pretty bad gingivitis. Gross eh. Orang ni sebab gigi dia tak rata and dia jugak tak jaga kebersihan/kesihatan gigi jugak.


saya rasa orang ni heavy smoker. sebab stain di gigi agak teruk disitu. perokok ni boleh mengundang macam2 masalah internally and externally. boleh dapat cancer segala gigi jadi buruk segala. hah suke ke kalau gigi jadi camni?



ahh orang ni pun gusi dia macam dah ada bengkak yang teruk. Not good not good. saya rasa semuorang tahu macammana peritnya sakit gigi kan?



Nak jaga gigi ni senang je...kalau anda :
  • berus gigi selalu dengan cara yang betul
  • floss gigi
  • pergi pemeriksaan rutin kat dentist
..dah bleh dapat gigi yang sihat. Eh gigi tu hidup tau dia pun nak sihat jugak.


Orang selalu tertipu dengan cara memberus gigi kat iklan2 ubat gigi. Yelah dia nak show off gigi dia cantik berseri pakai ubat gigi tu kena lah tunjuk bahagian gigi banyak2.


haaa..kurang tepat tu puan!

Antara kesalahan orang selalu buat (ceyy padahal ni diri sendiri dulu buat) dan cara yang agak sebenar utk berus gigi
  • jenis berus gigi - mesti beli yang SOFT ye kawan2. Sebab yg hard ke apa tu dia sangat abrasive. itu tidak bagus untuk gigi dan gusi. dan size mesti bersesuaian. macam kalau awak mulut kecil jangan guna berus gigi besar.

  • jumlah gigi diberus dalam satu stroke. cam, dalam iklan tv dia duduk depan cermin dia gosok atas bawah sekali stroke dapat cover lebih kurang 4 gigi kan (2 atas 2 bawah) sebenarnya dalam satu masa patut buat lebih kurang dalam 2 gigi sahaja. biar lambat asalkan selamat!

  • sudut memegang berus gigi. berus-berus di berus gigi patut 45 darjah (JANGAN AMIK JANGKA SUDUT AGAK2 JE) dan pastikan berus2 tu mencecah celah2 gusi. walaupun nama dia gosok gigi tapi kita juga nak gosok area gusi2 yang menyelubungi gigi juga ya kawan2.
  • cara memberus adalah terpulang tapi senang kalau macam awak tengah buat bulatan lepastu stroke berus keluar. sebab aim kita sekarang nak cungkil bacteria keluar jadi dah cungkil2 mesti kena buang dia dari kawasan gigi (ahhhh fail gila penerangan saya tau) JANGAN BERUS KUAT2 MACAM BERUS KOTORAN DARI BAJU SEKOLAH (KHAS UNTUK BUDAK2 ASRAMA YANG BASUH BAJU SENDIRI) NANTI GUSI TERGURIS

harap2 gambar .gif ini dapat membantu pemahaman
  • jangan lupa cover semua area dalam gigi. termasuk lah bahagian belakang di gigi geraham bongsu tu yang jauh dari pandangan. selalu banyak bacteria suka menyorok disitu sebab normallah kalau awak main sorok2 mesti awak pergi kat tempat orang cari tak dapat nampak kan? jadi bacteria mmg suka main sorok2 supaya dapat duduk digigi anda lama2
  • gosok lidah pun boleh bantu menyegarkan nafas. ada berus gigi yang sediakan penggosok lidah dekat bahagian belakang berus dia kan?

  • jangan lupa floss. FLOSS BUKAN HANYA KETIKA ADA DAGING TERSELIT DICELAH GIGI JE.mesti amalkan selalu ya!

Okeh tu je. Selamat mencuba di rumah tuan2 puan2.
kthxbai!