Pages

March 05, 2010

Of chicken and duck


Ayam dan itik ialah pasangan klinikal di suatu universiti. Mereka ialah pelajar pergigian. Sebenarnya ayam dan itik ni asalnya bukan berpasangan pun tapi sebab sh*t happens, mereka digandingkan bersama. Things didn't go pretty well between both of them jadi ayam bersabar je lah dengan harapan suatu hari nanti things will be better.


Pada minggu lepas, selepas dipressure oleh penyelaras subjek klinikal mereka, akhirnya penyelaras kumpulan itik dan ayam membuat keputusan agar mereka bekerjasama merawat pesakit yang sama. Itik yang membawa patient itu dahulu maka ayam tidak berapa tahu menahu apa yang patient itu perlukan memandangkan pada masa yang sama ayam ada patient sendiri. Ayam hanya datang di akhir session only to be her helper, mengemas unit kerusi dan menulis history diagnosis dan treatment sheet. Tapi memandangkan ayam akan bekerja dgn patient tu ayam pun baca lah chart dan tanya-tanye penyelaras kumpulan apa yang patut mereka lakukan di masa hadapan. Ayam was pretty sure of what she heard and been told.


Jadi pada minggu hadapannya, sehari sebelum hari clinical mereka ayam tanya itik, bukankah mereka sepatutnya bersedia utk sterilize dengan alatan untuk menampal gigi pesakit mereka. Itik menidakkan dengan sehebat-hebatnya dgn begitu yakin sekali. Kali ni ayam beranikan diri cakap apa yang doktor itu cakap tapi dicantas hebat dengan itik dengan begitu confident. Ayam malas nak argue further sebab ayam tau things would only get worst if ayam were to utter other words. So ayam swallow her words and tried to keep her anger aside. Ayam balik rumah dengan perasaan marah yang membuak-buak nasib petang dan melepaskan geram pada pinggan mangkuk di rumah. Nasib petang tu makan ikan keli.


Pada hari klinikal, doktor datang dan mendapati itik tidak sterilize barang-barang yang diperlukan utk menampal gigi sebab dia yakin je dia takyah buat tu minggu ni. Doktor siap kata "didn't I told you last week we are going to do scaling AND fillings at the same time" Doktor mengeluh dan ayam hanya berdiam diri memandangkan itik yang yakin sangat dengan pendirian dia. Ayam rasa macam nakkkkk je cakap yang "I TOLD YOU SO!" dekat muka itik dan put the blame on itik like what itik did to her 2 months ago but ayam kept it to herself. Yes, sebelum ni itik ada buat salah dan dia blame ayam memang kurang asam sungguh.


Setiap kali ada konflik begini, ayam simpan harapan nak panggang je itik tu tapi ayam tetap bersabar. Mari sama-sama doakan ayam di kurniakan kesabaran yang berpanjangan sehingga akhir hayat. Amiin.

3 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

bnykkan b'sabor ye ayam.. err.. ayam ngan itik pon masuk u, ek skang?

admin2 said...

siannye ayam... she's sooo tough! that's why Allah sent her itik as He knows she can handle the itik...

go go go ayam

itik, i hope, u learned a lesson~

n Z r A said...

areleez : ayam n itik zaman skang kak roz memang advanced! haha. ayam says thanks :P

adilah : thanks adilah :') ayam also hopes itik learned her lesson