This weekend is weekend full of food and fatnesssss. Kalau lah dalam dunia ni ada tugas inspektor mengawal kegemukan, saya boleh dihukum bunuh dah. Hari Jumaat haritu makan di restoran itali. Tau-tau ah Malaysian ni kalau dengarrrrrrrr je restoran tu ada makanan halal boleh makan laju je nak penuhkan satu restoran amik meja tarik panjang-panjang buat restoran romantik jadi macam mapley Hakim seksyen 7. Mesti lepas ni orang restoran tu berazam taknak dah letak dah halal meat.
Semalam pula openhaus adik-adik first year. Memang dah jadi tradisi dah. Tradisi dibuat-buat ke apa saya tatau la tapi memang tiap-tiap tahun mesti nanti dah standby dah nak cakap "eh eh junior jgn lupa buat openhaus tau tiap-tiap tahun junior kena buat openhaus" Kalau nanti junior datang lepas raya apa alasan plak kita nak suruh diorg buat openhaus eh. Haha..Makanan mereka sedap-sedap not too bad. Ada mee bandung, nasi butter, ayam bakar, salad and deserts. Time-time ni lah nak menguji bakat memasak terpendam.
Kalau macam kitorang dulu lagi awal dah diuji. Masuk-masuk awal-awal dah kena MASAK AYAM MERAH UNTUK BERPULUH-PULUH ORANG MAKAN SEBAGAI MAIN DISH RAYA. Bijak betul sapa yang dapat idea macamtu. Sampai sekarang terlupa nak terimakasih kat orang yg bagi tugas macamtu kat ktorang.
nilah dia kenangan memasak ayam merah guna periuk yang sangat susah penas dimasak atas dapur eletrik kecil yang tak berapi.
Malam pula kita sambut birthday Iera secara kecil-kecilan. Tapi sambutan je kecil-kecilan, makan mesti la besar-besaran kan. Ish ish ish..Memang seryes boleh mati gemuk anytime.
Harini pula saya membayar nazar untuk memasak untuk batch. Saya suka je buat nazar macam tu biar senang ingat. Ada la benda lain jugak yang saya nazarkan tapi ini...memang cam dah my norm la gitu. Harap-harap nasi kerabu and ayam percik will turn out okay. Sumpah skill memasak saya sudah deteriorate ditelan summer holiday. Jadi kena cari permata yang hilang itu. Wah permata ke kau..Tapi mungkin ada sedikit cranky harini SEBAB SEMALAM JIRAN SEBELAH PARTAYY PARTAAAYYY EEEEEEE SUMPAH RASA NAK BAWAK LESUNG BATU CAMPAK KAT RUMAH MEREKA SEMALAM. Serius. Nak partaaaayyy pergi la clubbbbb..Jangan ah partayyyy kat rumah. Dahlah tingkat bawah rumah tu adalah klinik kamu berjimba-jimba nanti montot tercucuk ubat ke ape ke..eeeeee....
Oh oh lupa nak cerita...semalam pagi-pagi kita, kak iera and sedikit wany dirasuk hantu karaoke. Pagi-pagi kitorang bukak lagu rock kapak cinta pantai merdeka la salam sejahtera la seroja la, dangdut sikit-sikit disana sini memekak. Puas hati ohh karaoke sambil makan cucur seafood. Mungkin jiran terdengar lalu berazam membalas dendam dengan berpartaaaayyy...Haaaa..itu yang kita tatau!
Ada satu lagi benda lupa nak cerita...Semalam pergi town tershopping lagi wehhhhh...Jadi kesimpulannya, semakin seorang sengkek, semakin kuat nafsu bershopping.
Sekian.
4 comments:
oh, teringat time kitorg premed!
gile kene buli dgn seniors.
kitorg kene masak nasi ayam untuk 150 org makan!!!!
1st years time tu ade exam, so ended up the few who were doing premed la yg buat..
kesian kan? ishk2..
sgt seronok weekend kamuuuu!!!~
btw, ape name restaurant tu? *busy2body plak*
akak,,kat mane restoran tu???!!*pantang dgr kedai mkn halal**
hahaha,,,seb baek last year kitorg kene basuh ayam & marinate,kalo kene masak susah2,,memang x mkn la org cork hehe..
cik hana; waaahhh itu lagi unfortunate! berani mereka memberi cabaran yg ngeri2 begitu kat pelajar yg sikit2..tsk!
cik aziah; jawapan terjawab di next entry ;)
hanis; yesss..disebabkan ktorang dah faham keperitan masak benda susah, so ktorang kasi lah yg ringan2 sket kat korang..baik tak ktorangg..kekeke
Post a Comment