Pages

March 10, 2008

Saye yang pokai



Hai. Dukacitanya nak cerita saya pokai. Tetapi nafsu dan keinginan untuk berjejalan sungguh tinggi. Lalu menghabiskan masa selama beberapa jam memeriksa perjalanan termurah dan terberpatutan. Saya dan rakan saya, Zahirah berjaya merangka sebuah perjalanan yang begitu mantaps sekali. Doakan semoga segalanya berjalan lancar. Secara dasarnya perjalanan kami =>
KL - GC - Melb - Syd - KL.
Jumlahnya kurang lebih RM2000 < x < RM3000
Saya rasa ianya agak berpatutan memandangkan kami bakal ke 3 tempat berbeza. Dan dikala ini marilah kita berkenalan dengan rakyat senegara di merata dunia lalu bermalam ditempat mereka. Epul, 4 July saya serang tempat kamu. Sila bersedia. Dan Syahir juga. Berita lama tak dengar. Ape kes?!?!?!?

Memandangkan saya kekurangan ongkos, bantuan ibu terpaksa dipinta. Ibu menolong membiayai perjalanan KL-GC. Selebihnya saya usahakan melalui wang elaun sayalah. Jadi saya perlu berjimat! Maka dengan ini, perbelanjaan mingguan saya perlu dikurangkan dan didisiplinkan kepada perkara berikut :-

  1. €0.98 untuk ayam
  2. €1.20 untuk roti
  3. €1.99 untuk epal
  4. €0.74 untuk jejari ikan
  5. €1.79 untuk sayur-sayuran
Itu sahaja. Semoga saya berjaya berjimat hendaknya. Terima kasih kerajaan kerana memberi elaun kepada saya :D Saya janji nanti saya belajar rajin-rajin.

Hari minggu ini saya sedikit rajin. Saya duduk di perpustakaan dari pukul 10.30 pagi sehingga 4 petang. Semoga momentum kerajinan ini dapat dikekalkan sehingga 2 April, dan semoga ia melambung tinggi sehingga 19 May. Khamis ini saya ada ujian Physiology. Saya risau. Khamis depan saya ada ujian Anatomy. Lagi tambah risau. Saya masih tidak mula Anatomy. Hwaaaaa....

Hwaaa....
nangis nangis

2 comments:

Lily.Lulu. said...

wah seronok kamu ke 3 tempat .. berbaloi jika ia punya anggaran kos sebegitu ...

jadi selamat berjimat .. berdiet dan juga belajar ..

:)

n Z r A said...

hehehe...tq2 tu laaa...5 hours kami cari the best price tau..

smoge smoge selamaaattt smua :D