Pages

June 27, 2016

The tale of Antivaxxers

Recently there are "comebacks" and rises in numbers of few diseases that used to be under control. Credits are given directly towards this one group who claimed they are "prochoice" - because they feel their choice is the best, but we simply call them the Antivaxxers/Antivaccine people. Merekalah yang merosakkan "herd immunity" yang selama ni menjaga kemaslahatan masyarakat dari penyakit berjangkit seperti measles, diphteria, pertussis, dan sebagainya. Diorang tak kesian dekat orang-orang yang tak bernasib baik TAK BOLEH divaksin sebab tertentu (ada cancer, immune system terlalu lemah sejak lahir, alahan yang TERUK, memudaratkan nyawa jika divaksin), yang selama ni dilindungi oleh herd immunity.

Ada beza ya TAK BOLEH divaksin dan bermati-matian TAK NAK DIVAKSIN/MEMVAKSINKAN.




So siapa/apa/kenapa diorang ni?


Diorang ni apparently a group of people yang rasa Vaccines do more harm than good. A few points they brought up included - kandungan Vaccine haram, Side effect Vaccine memudaratkan, natural remedies are better than vaccine dan yang paling cliche - Vaccine agenda yahudi free mason illuminati rockefeller blablabla. 


Thing about them is, diorang mainkan sentimen yang paling senang nak lunturkan hati ibu/bapa/melayu/moslem ni. Keluarkan ayat yang ala-ala Islamic sikit, and walla, maka tertariklah beberapa orang yang membaca lantas menjadi penentang kepada Vaccine.


Okay so basically how does vaccine works?  Vaccine ni disuntik untuk provoke sistem ketahanan badan kita untuk wujudkan sistem antibodi against certain2 penyakit. So kita suntik penyakit dalam badan ka apa ni haramjadah yahudi rockefeller freemason betoi - kata PuanBayatiMuzaffor, si antivaksintegar - NO! Kita suntik kuman yang dah dilemahkan/dimatikan, atau just DNA/protein kuman tu dalam kuantiti yang just nice untuk sistem badan kita bangkit. Supaya apa? Supaya kalau, nauzubillah, kita terkena jangkitan dengan kuman tu, body kita dah ada ingatan dan terus boleh lawan kuman tu sebab dah ada memori.


Tapi kandungan Vaccine haram! Ada babi ginjal monyet, fetus, ulat gonggok, anjing guling, babi bakaq cecah air asam - kata Encik AbeBannah, si antivaksintegar .10 vaksin yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia - bebas dari kandungan babi. No compromise! Cuma maybe dalam proses pembuatan vaksin tu, untuk kita harvest vaksin tu ia "ditanam" di janin atau ginjal monyet. Haaa tengok dah kata dah haram! Haram! Ada janin! Ada ginjal monyet! Chill, relax. Ni hangpa yang tak vaksin pun perangai serupa monyet pasaipa. This one goes long way to pembuatan vaksin. Tapak semaian je, lepastu kita extract kuman tu, dibersihkan, dijalani proses pemurnian. Bukan nya kita blend monyet tu atau janin untuk dapatkan protein tu..No! Kita harvest, kita semai saja kuman dalam tu, lepastu dah sampai masa, petik.


Nak tanya sikit, awak pernah tak jaga anak eczema? Lepas vaksin terus naik merah-merah. Garu berdarah menangis tak tidur malam merah sana sini tak buleh makan. Eh tau dak anak saya umur 2 tahun tak gosok gigi lepastu gigi luruh tanya pakar dia kata sebab vaksin! - ibubapaconcernantivaccine. Duuudeeeeeeee.. Eczema ni biasanya start dapat bila umur 3 bulan. Dan kebetulan pulak itu la masa baby baru dapat vaccine so logik si antivaxxers ni apa segala penyakit yang dapat - semua salah vaccine! Gigi luruh pun salahkan vaccine kau yg malas monitor kebersihan gigi anak tetiba salahkan vaccine. Diorang ni sangat la mengetengahkan isu AEFI (Adverse Effect Following Immunization) which diorang cakap commonly occurs, and very harmful. AEFI ni bukan senang ye nak disahkan. Bukannya lepas vaccine anak nangis, demam, terus deemed as AEFI, NO! Kena ada nasihat pakar. Kena ada pemantauan. Kena ada siasatan betul-betul. Dan pakcik yang kata anak dia luruh gigi tu (seriously I saw this comment of fb), bawak-bawak la gosok gigi anak jangan nak mengarut sangat la gigi rosak pun sebab vaccine. Haish..


So I've been occupying myself these days on facebook pages and groups that try hard to educate the public. Ni kira usaha diorang nak sedarkan masyarakat kepentingan vaccine. There is this one particular group called "MASYARAKAT KENA TAHU" - that one is one heck of a b*s group. Kau tengok pelopor dia banyak pro benda yang natural, alami, makanan sunnah dan menidakkan vaksin bersungguh-sungguh. Scary thing is diorang ni gunakan agama untuk sokong hujah diorang dan senang buat orang percaya when all they advocate are very confusing. Makanan sunnah is makanan sunnah la, food, supplement, bukannya bergantung sepenuhnya untuk bagi imuniti or bagi kesembuhan. Tak kata makanan sunnah tu tak bagus tapi lagi bagus kalau both makanan sunnah and perubatan moden diamalkan bersama. Yang sorang tu bersungguh perjuankan susu ibu, sampai anak dia umur 2 tahun baru introduce solid food sepanjang 2 tahun tu bagi susu ibu dan susu ibu sahaja. Susu ibu lah vaksin susu ibu lah segalanya - I don't deny the benefits of susu ibu tapi kalau la betul bagai dikata pastinya akan wujud industri mengkomersialkan susu ibu ni habis diorang paksa perempuan untuk mengandung dan melahirkan supaya nak ambik susu diorang. Hey, zaman sekarang semua orang opportunist okay anything marketable they would do. Sama la macam golongan ni yg pumpang pumpang suruh ambik makanan sunnah last-last ayat "PM SAYA UNTUK BELI MAKANAN SUNNAH BLA BLA BLA"



For detailed information of vaccines, please do follow this pages/individuals. They are trying their best to provide answers to almost all questions about vaccines. Dr Suhazeli even go to the extend of getting opinion of golongan agamawan negara kita, lepastu boom dengan agamawan tu antivaxxers label as wahabi/yahudi segala. It's scary how their minds have been infested.





Akhir kata, jagalah herd immunity kita dan terus pagarkan masyarakat kita daripada penyakit-penyakit yang selama ni kita jumpa dalam text book medical atau di akhbar lama saja. Kalau yang dah tercicir vaccine tu pun please go to the nearest Klinik Kesihatan, insyaAllah they will be more than happy to assist you to catch up.

No comments: