Pages

November 10, 2014

DOKTER, GIGI SAYA.... (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS TO THE DENTISTS)

I have worked for 2 years (6/11/12 I went to induction and 13/11/12 officially started working as a dental officer). Within this period I have met thousands of patients with different kind of attitude and came with different kind of questions.


So what are the frequently asked questions by my patients.. (soalan yang selaluuuuu ditanya kepada dentist) :
*Please note that some of the management does not apply to all, you may need to see the dentist if the condition persists*

1) DOKTER, GUSI SAYA BERDARAH, (I have bleeding gum)
Gosok gigi berdarah, Why? Apa punca berdarah? OK Let's look at the following picture :

source : www.deardoctor.com

Yang putih tu gigi. Yang kuning tu plaque (sisa makanan yg tak terbersih). Yang merah tu gusi. Plaque selalunya terkumpul dibahagian gusi because most of the surfaces of the teeth dapat dibersihkan oleh lidah dan air liur. Tapi cecelah gusi ni tricky sikit, susah nak dibersihkan dengan lidah dan air liur so plaque terkumpul kat situ dan seterusnya buat gusi kita bengkak. Bila gusi bengkak apa jadi adik-adik? Yaaaaaa ia senangggg berdarah

So what's the remedy? Benda paling basic sekali dalam penjagaan gigi - BRUSH YOUR TEETH RIGHT! Teknik betul. Berus gigi yang betul. InsyaAllah, masalah gusi berdarah dapat dikurangkan dan dihentikan terus. 

I also got patients coming with calculus setebal bentuk gigi 


2) DOKTER, MAKANAN SELALU TERSELIT CELAH GUSI NI. ADA LUBANG LA. NI HA LUBANG ANTARA GIGI NI DENGAN GIGI NI SAYA NAK TAMPAL BOLEH TAK? (I got food stucked a lot in between my teeth, I think there is a hole there can you please do a filling on that area)

TAK BOLEH! A lot of time I kept on receiving this questions. Selalu patients insist nak jugak tampal siap korek-korek dengan kuku ni haa cakap yeeee ada lubang saya nak tampal jugak ade jugak lubang ade jugakkkkk..

Dear all, your teeth comes with some curves and they are not actually box-shaped. Memang gigi kita sebenarnya bukan petak segi-segi dia ada macam shape sikit macam gambar bawah ni..
source : clayhalldental.co.uk

Tengok tak sebenarnya ada satu part kecil je gigi sebelah menyebelah ni bersentuh (contact point) bahagian lain tak. Jadi, makanan memang selalu masuk bahagian yg cecelah gigi tu tapi ia TAK BOLEH DITAMPAL. Kalau tampal apa jadi? Well, kalau tampal jugak nanti gusi tu akan lagi bengkak sebab ditekan bahan tampalan. Bayangkan la kalau plaque terkumpul kat gusi pun bole berdarah, ni pulak bahan tampalan solid yg tekan gusi.

source : www.sainidentalcarehoshiarpur.info
Yang tengah tu pulak kita panggil median diastema, itu satu lagi ciptaan Tuhan yang datang pada sesetengah orang, biasanya kita boleh tengok orang dari keturunan Afrika camtu selalu ada median diastema yang besar. Ini kes terpencil, yang dimana awak ada option untuk 1) rapatkan gigi tu 2) buat tampalan untuk tutup sikit ruang antara gigi kalau tak besar sangat 3) embrace it, terima dan senyum seindah suria because you are what you are waaahh gittoohh..


3) DOKTER, GIGI SAYA ADA LUBANG LA..CABUT JE LA NANTI SAKIT JUGAK. (There is a hole in my tooth can you please just take it out eventually it will give me problem anyway)


Selalu kalau dapat soalan ni memang ini la muka dalam hati saya atau disebalik mask. Tsk, Makcik/pakcik/adik/nenek/atok/kakak/abang, kalau tangan terluka awak potong ke terus tangan sebab nanti dia sakit jugak. Tak kan? Hmm, the same goes with your teeth. Let us have a look at your teeth and see what we can do, alright? Kalau la betul memang dah rosak teruk, ok takpe, mari cabut. Tapi kalau setakat lubang kecik je, cuba la dulu tampal. 

I understand...tampal gigi is not the greatest filling at all. So does having sembelit, or kuku termasuk sembilu, or kulit tepi kuku tertarik, or tercepit tangan kat pintu.. But when the phase is over, it's gonna be alright. Here's a tip - do not focus on the drilling sound and the fact that it's cutting through your tooth. Chillax je focus on your breathing. Tutup la mata bayangkan tengah bersantai tepi construction site ke ape..


4) DOKTER, GIGI SAYA MACAM GOYANG LA BOLEH TAK TAMPAL (I think my tooth is loose, can you get it filled?) 



Ini pulak opposite to the above patients. Gigi dah goyang terhuyung-hayang but wanted to get it filled. Konsep tampal gigi ialah bila ada ruang, ada lubang. Tapi kalau takde lubang, gigi goyang-goyang tak boleh sayang, tak boleh tampal. 

How can a tooth reach to a loose phase? Well well well. Nak tau macammana gigi goyang? OK jom tengok gambar

source :www.smilesongreatwood.com

 OK ini gambarajah sebelah menyebelah nak compare gusi sihat dan gusi tak sihat. Gigi kita sebenarnya masuk dalam socket yang dikelilingi tulang dan diliputi gusi (amagaaad awkwardnya penerangan)

source : www.newteethforme.com

Ini pulak tunjukkan macammana gusi tu boleh berubah dari sihat kepada tidak sihat.

Gusi sihat -> Gusi bengkak -> tulang yang "memegang" gigi mula mengecut kerana asyik diinjured oleh plaque/calculus tadi -> gigi mula goyang sebab dah kurang support -> gigi tak boleh diselamatkan lagi :(


So what is the reason? Yes. Simple aje. Improper care of oral hygiene. Neglect. Tak berus gigi. Malas berus gigi. Berus gigi tak betul. Berus gigi tak sempurna. Sisa terus terkumpul. Calculus formation. 
What is calculus? Calculus to be simple is hardened plaque. Sisa makanan tadi yang dah lama sangat, dia membentuk deposit yang melekat kat gigi dan gusi dan hanya boleh dibuang dengan rawatan scaling (or cuci gigi like most of my patients said)

 
source : www.brightonimplantclinic.co.uk

source : www.kakossmiles.com


Those are calculus. They are super unhealthy and gross. They cause bad breath and also eventually loose tooth. They don't normally start to be this thick so you have to monitor yourself. Saya banyak jumpa orang yang datang dengan keadaan gigi macam ni tapi tanya macammana nak putihkan gigi (-__-") Those would need a good hour to be totally removed. Lepastu bile dah scaling ada ruang antara gigi terus rasa pelik and mintak tampal ruang antara gigi. Adeh..



All in all, I can say that ignorance is not always a bliss. For your health, ignorance is harmful. And oral care, are as important as other parts of the body jugak. Jangan la rasa kesihatan mulut ni benda remeh. Ya, memang senang sangat nak jaga kesihatan mulut. Berus gigi dengan sempurna. Gunakan teknik yang betul bukan force yang kuat. Berus gigi yang lembut. Berus disudutkan lebihkurang 45 darjah kearah gusi dan semua permukaan mesti diberus. Pastikan gosok sampai belakang jugak. Begitulah.
source : www.identalhub.com

Ada banyak je lagi soalan pelik-pelik yang saya dapat. Tapi nantilah dah letih. Lol. Semoga ada kekuatan lagi nak menulis di masa akan datang. Kbyeeeeeeeeeeee

No comments: