Pages

December 21, 2011

Deserted desserts




Semalam masuk dapur tengok pisang hampir busuk..nak buang sayang so tetibe *plink* datang idea nak buat pengat pisang. Bukak fridge ada santan tinggal suku tin, ada jagung skett wahh memang cun ler...

Tetengah masak silap bajet gula melaka termanis pulak. Santan dah abis, susu nak jimat buat breakfast sampai jumaat terpaksa la tambah air..jadi dah kurang pekat la pengat gua. Pastu *plink* datang idea lagi kukus pulut makan dengan pengat yang dah berkuah tu since pisang ada sebijik je. Lepastu ada inti cucurbadak 3 hari lepas elok lagi makan dgn pulut bleh la feeling2 pulut panggang..

Idea sangat genius..memang sedap kedua2 makanan itu (puji diri sendiri)

Harini wa kemas2 dapur sekali jumpa 2 bijik pisang hampir busuk blakang langsir and satu tin susu sejat baru bukak belakang tingkap. Rumah ni memang sesuai buat main treasure hunt cari barang tersembunyi. Ah sudahhh..takkan nak kena buat pengat lagi nak suruh wa kena diabetes ke.

Tengah tunggu idea *plink* lagi nak buat apa. Kalau tak ke tongsampah leww..

Wa dah feeling cam mak-mak dah ni masak spontan2 cemni

2 comments:

Anonymous said...

hmm.wt about cekodok pisang then??

Anonymous said...

LOL..you are so chomel!serious! :)