LAPORAN TRIP REUNION KE PD
Pada tanggal 24 Julai 2010 yang lepas, seramai 20 orang TripleZeroFour yang terdiri daripada 11 orang pelajar putera dan 9 orang pelajar puteri telah berlepas ke Port Dickson, Negeri Sembilan.
Walaupun pada perancangan asal rombongan sepatutnya bertolak dalam pukul 10 lebih, tapi kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan. Atas sebab-sebab yang dapat dan tak dapat dielakkan, rombongan dari Shah Alam mula bertolak pada jam 12 dan diikuti dengan rombongan Kajang dan Ampang dan Sepang.
salah satu cabaran terawal. ingat rakan-rakan checklah kereta anda sebelum berjalan jauh (tapi jangan lah sebelum = 5 minit sebelum berjalan :P) dan minyak hitam warnanya kuning sebelum digunakan!
Pada jam kurang lebih 1 tengahari, rombongan Shah Alam, Kajang dan Ampang dan Sepang bertemu dan bersatu di R&R Seremban dan mula bergerak dengan perlahan-lahan ke tempat penginapan yang dicadangkan. Apalah daya si kereta besar terpaksa bergerak di lane perlahan/lane lori sebab bertunda bersama rakan-rakan.
Rombongan tiba di Central PD (WOW nama vogue sangat) dan berhenti untuk menikmati hidangan tengahari di gerai. Disitu, satu lagi kereta dari Shah Alam telah tiba dan menyertai kami. Setelah sepinggan kueyteow/nasi ayam/nasi berlauk kami pun bertolak ke Ocean View seperti yang dicadangkan.
bergambar setelah kenyang lunch
Setelah tiba di Ocean View, kami pun memunggah barang-barang yang di dalam kereta. Setibanya disana, AJK Penginapan tiba-tiba berkerut dahi dan memberitahu berita kurang baik rupa-rupanya penginapan disitu tidak lagi dibuka kepada orang awam. Setelah perbincangan dilakukan, kami mengambil keputusan untuk lihat sejauh mana kebesaran apartment milik AJK Penginapan sekiranya ia mampu memuatkan semuorang.
Malang tidak berbau, pintu dikunci dengan mangga yang kuncinya entah siapa yang punya. Sanbil menunggu tuan penunggu bangunan mencari jalan untuk masuk ke apartment itu, kami berbual-bual sambil mengcatch-up bersama rakan-rakan, bermain bola tampar mengganggu jiran dan sebagainya.
cuba menggunakan skill McGyer
Setelah berjaya masuk ke apartment itu...kami....speechless. Keadaan apartment tidak kondusif untuk dihuni lalu AJK Pengingapan dan beberapa konco pergi ke apartment bersebelahan untuk menempah bilik. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya mendapatkan sebuah apartment yang cukup besar untuk memuatkan 16 peserta program (lagi 4 tak tidur situ) disitu.
Sesudah bersolat, bertukar baju, kami pun bergerak beramai-ramai ke pantai walaupun ada beberapa yang dah tak sabar terjun ke pool apartment dulu. Barang-barang berBBQ juga dibawa turun siap-siap bagi memudahkan kerja setup.
sebelum kelaut
Setelah bermandi-manda secara berasingan buat beberapa ketika, suatu aktiviti yang menggabungkan pelajar putera dan puteri diadakan iaitu aktiviti hmm..baling bola mesti lebih tiga balingan lepastu kena pass dekat goal yang merupakan seorang manusia. Semangat kesukanan sangat terserlah sekali ya tuan-tuan puan-puan ketika pertandingan itu.
gembiraaaa
Sesudah puas bermain, upacara BBQ dan unggun api diteruskan. Apresiasi tanpa noktah buat AJK BBQ yang terdiri daripada jejaka-jejaka gagah dan gadis-gadis berwibawa yang memasak (sambil masuk mulut sendiri sikit-sikit) dengan jayanya. 4 ekor ayam bersama-sama daging burger, bebola ketam dan sotong selamat dikendurikan didalam 20 perut yang hadir di malam kelam yang hanya disimbahi lampu suluh handphone dan lampu torch light itu. Tuhan saja yang tahu betapa "bersihnya" persediaan makanan malam itu especially coleslaw. Tapi Alhamdulillah semua orang masih survive dan tiada orang sakit perut :)
Acara makan-memakan berlangsung dengan begitu pantas sekali setelah dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz Kacip. Lapar agaknya semua orang. Selepas itu acara kemas-mengemas diadakan dengan penuh tanggungjawab sekali oleh semua orang.
makanan , 10 minit sebelum dikorbankan
Pada malam itu, rombongan bercadang untuk keluar lepak-lepak minum-minum memandangkan malam masih muda. Oh sebelum itu kami bersama-sama membuat sesi tangkap gambar bersama baju Love.Friendship.Unite yang berharga RM30 itu. Setelah habis lepak-lepak kita kembali ke apartment untuk acara bermesraaaa. Beberapa orang berada di ruang tamu bermain kad dan selebihnya beberapa orang berada didalam bilik sambil bercerita kisah dunia :P
Berlabuhlah malam, pabila kan sampai waktunya, fajar subuh mula menyeri, sinar sang suria.. Pelajar-pelajar puteri bangkit awal pagi itu untuk berendam di swimming pool manakala pelajar-pelajar putera tumpas di medan syahid. Kurang lebih jam 11 kami bersiap-siap untuk pulang.
Sebelum pulang, kami makan tengahari di gerai makan. Acara selamat tinggal buat kali terakhir diadakan disitu, moga-moga akan ada lagi aktiviti sebegini yang dihadiri oleh ramai orang di masa hadapan :')
Sejulung-julung terima kasih diucapkan buat peneraju trip serta peserta-peserta. Terima kasih buat Kacip, Pa, Nadz (tak malu cakap terima kasih kat diri sendiri), Wani, Zairin, Daud Lomu, Zack, Ayue, Trah, Nadia, Dalila, Sha, Bod dan Jam, Amy, Fattah, Zee, Pekek, Satem, McKut, Empa, Jking kerana sudi meluangkan masa untuk trip ini.
Harapan saya semoga akan ada trip-trip ini dianjurkan dan akan ada lebih ramai orang yang akan terlibat. Trip ni dibuat untuk dekatkan mana yang jauh dan rapatkan mana yang renggang. Kembali menjalinkan dan mengeratkan silaturahim gitu! Semoga kita akan sentiasa kekal bersama untuk 10 tahun yang akan datang dan 10 tahun lagi dan 10 tahun lagi. Semoga Amy dan Pa masih mampu nak buat tshirt time tu :P
1 comment:
best nye dpt gathering mcm tuh..
Post a Comment