Pages
February 02, 2010
RRRRaaaaaaajinnyee dia tu~
Saya tarik balik kesedihan ditinggalkan keseorangan dalam rumah :) It's pretty okay actually.
Harini datang semangat saya mahu mengemas rumah yang...aish...kalau bakal ibu mertua singgah, mahu saja dia menasihati anak lelakinya atau tanya berkali-kali betulkah ini pilihan hati, si gadis yang menginap di rumah ini. Hehehe..
Rumah yang kami dapat ni rumah lama. Kabinet di dapur agak terhad dan tiada pula stor untuk menyimpan timbunan barang-barang kami. Jadi sangat lah tak convenient especially sewaktu musim-musim kesibukan mulalah wajah dapur bertukar jadi medan peperangan when things started to fall out of places.
Jadi hari ini, berbekalkan semangat yang ada saya mula mengemas sedikit demi sedikit apa yang terdaya. Dinding percikan minyak di kawasan memasak dibersihkan. Pinggan-pinggan dimasukkan ke dalam kabinet. Tangga dan ruang untuk berjalan di-vacuum. Bilik mandi dicuci dan disental. Tinggal esok lebihan semangat semoga cukup untuk saya kerjakan lantai di dapur dan ruang tamu utama. Cuma ruang tamu kedua merangkap stor kecil-kecilan kami sahaja yang saya rasa belum ada idea macammana mahu dimolekkan.
Mungkin inilah hikmah disebalik tinggal berseorangan. At least rumah pun jadi sedap mata memandang. Semoga keadaan ini dapat berkekalan and semoga diserang lagi saya semangat-semangat rajin begini dimasa hadapan :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
waaaaaaaaahhhh!!
i nk pinang u bley??
wooot..wooott!
Post a Comment