Pages

January 19, 2010

It's not that bad, isn't it?

This few days, I've been training myself to always stay positive. I've been so stressful lately that I think I could do silly things anytime. Seriously. So I need to maintain the positivity...Macam selalu kena ingatkan diri......it's not that bad. It's not that bad. It's not that bad.


Kalau ada pasangan klinikal yang berperangai jengkel dan unfortunately kau sama kumpulan pula dengan dia maka akan memandang dia 4 hari dalam seminggu, mesti terus tabah dan gembira, pura-pura dia tiada, berborak dengan rakan kumpulan lain jika ada, pandang siling atau dengar iPod kalau perlu.


Kalau kau malas benar nak pergi lab, tarik nafas dalam-dalam, pergi mandi sambil bernyanyi gembira sekuat hati, fikirkan yang kalau datang sesi lab ini, kau boleh siapkan kerja cepat-cepat dan boleh ponteng di masa hadapan.




Tapi bila pergi ke kelas, kau jalan dengan aura positif menemani, kau cuba untuk senyum selebar hati, bertembung di tengah jalan dengan orang-orang yang dikenali tapi tak mahu lontarkan senyuman malahan berkerut pula, perghhh...jengkel..memang jengkel. Benci..memang benci.


Cork, Ireland.
Aku perlu lari sebentar dari tempat ni.
..............................................tapi kemana boleh pergi?



p.s : Post #19 di hari ke 18 Januari. Sah memang sah. Saya memang sah adalah stress >.<

No comments: