Parah, pedih, bernanah.
Entah dari mana datangnya idea dia saya mampu terima apa sahaja kata-kata dia
Entah dari mana datangnya pendapat dia kata-kata dia cuma gurauan semata
Entah dari mana datangnya dari kepala dan otak dia bait-bait sedemikian boleh diulang-ulang untuk dipertayangkan pada dunia
Mungkin perlu saya ingatkan
Saya masih seorang perempuan
Masih punya hati dan perasaan
Saya berdoa pada Tuhan
Semoga terus diberi kekuatan
Kekuatan untuk terus melawan
Kekuatan untuk terus melupakan
Kali ini, cukup kuat untuk terus mengabaikan
No comments:
Post a Comment