Kehadapan sugar dediku sayang,
3 purnama dah berlalu. Kini tiba masa awak bagi saya apa yang saya perlukan. Sewa rumah perlu dibayar by 4hb. Mengerling ke arah baki akaun, duit nak makan sampai minggu depan pun belum tentu dapat disediakan.
Sugar dediku,
Cuti winter bakal menjelma. Untuk mendapatkan rehat yg secukupnya dari pelajaran dan drama kehidupan yang meletihkan, saya perlu berjalan. Sayangnya saya baru terlepas offer tiket murah 5eu yang Ryanair tawarkan sebentar tadi. Dan kini saya buntu mahu kemana. Ke selatan kah. Ke utara kah. Kalau ada org sudi membeli body I dah lama I jual buat tambang balik Malaysia.
Yang terchenta,
Saya tanak mintak duit ibu. Ibu dah tak bekerja. Kerja baru pun gaji tak seperti dulu. Ibu pun ada expenses diri yang perlu ditanggung. Lagipun saya plan nak pau ibu duit tiket balik summer nanti. Hantarkanlah wang sara hidup cepat-cepat. Saya dah bankrap sangat dah ni :(
Yang meratap sayu,
NMS
Pages
October 29, 2009
Warkah buat kekasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment