Sebab malam ni saya sedikit tidak stabil. Dan esok saya cuma ada satu kelas yakni (pergh dah lama tak dengar perkataan yakni. yakni ni biasanya jumpa kat buku teks sekolah agama zaadul muta'allim je) pada pukul 1 tengahari, marilah kita bazirkan masa luahkan apa yang terbuku di hati.
Dalam dunia, salah faham selalu sangat terjadi. Kau pergi kedai, orang kedai buat tak layan, kau rasa dia rude sebab ingat kau takde duit nak beli barang. Tapi mungkin sebenarnya orang kedai tengah busy mengira stok. Atau memang polisi kedai dia bagi kebebasan kat pelanggan.
Jadi mengapa ia terjadi? Sebab people don't talk. They assume. They make their own analysis and they make their own conclusion. Pernah dengar tak assumption is mother of all lies? Lepas tu mereka marah dan bengang sendiri and they make whatever shit that they think would best express their anger. Macam cerita orang kedai dan pelanggan tadi, pelanggan tak approach orang kedai and orang kedai pun tak senyum2 dekat pelanggan. Jadi pelanggan marah, keluar dari kedai terus tanpa membeli barang dan membebel2 memblacklist kedai itu.
Jadi apa saya buat? Biasanya kalau saya rasa partly I contributed to the misunderstanding, I will apologize. Gua ni nampak kental di luaran sahaja but actually lembut2 sesuci kulit bayi jugak. Sebab kalau saya, kalau org buat salah kat saya, dan org mintak maaf, hati saya sejuk sket. Jadi saya ingat that applies to everybody (tengok tu assume lagi)
Tapi manusia ini punya ego yang menghalang mereka mendengar ucapan maaf mungkin. Bila keadaan dah diexplain dan diterangkan, mereka masih rasa mereka punya hak untuk marah.
Jadi bile dah ada beberapa kejadian bila maaf dah diutarakan dan takde respon dipihak lawan, kepercayaan saya perlahan-lahan mula luntur pada kuasa kemaafan.Macam gigi yang develop gingivitis dan periodontitis. My ego is slowly building up.Macam kalau kau malam2 tak gosok gigi, plaques started to build up.
Bacteria2 di gigi samalah macam syaitan2 dalam hati mula merasuk-rasuk meresapkan rasa amarah. Jadi kau akan slowly sakit hati seperti mengalami gingivitis. Tapi kalau keadaan berterusan begitu, time will never heal in this case. Gingivitis will slowly be developed into periodontitis. And periodontitis is IRREVERSIBLE. Jadi rasa amarah tu akan jadi susah nak padam.
Bila jadi macam ni saya tak tahu nak buat apa dah. Di tahap sekarang, saya masih lagi gingivitis yakni masih boleh dirawat. Tapi saya rasa sudah 3 perkara berlaku kerana salah faham ini, saya macam nak develop periodontitis sudah. Lagi parah bila orang yg saya tak sangka2 dan patut faham saya pun jadi salah faham. Jadi marah tu dah dicampur dengan sedih campur dengan bingung.
Ya Allah, padamu saya panjatkan doa dan harapan..lembutkan lah hati saya dan hati orang disekeliling saya. Supaya saya masih mampu memohon maaf dan masih layak menerima kemaafan. Kerana Kau العفو , Maha Pemaaf, Kau serapkan lah sedikit sifat pemaaf di hati-hati kami.
Saya sedih ini. Kes terbaru saya mungkin akan menyiapkan bala tentera untuk menegakkan kembali ego saya berdiri setelah lama saya pujuk hati. Luka lama berdarah kembali.
3 comments:
People assume because I personally think they're too ignorant to tanya.
Woh, kat atas cakap pasal assumptions and ego, tetiba terselit gambar gingivitis semua. WAH TAK SUKA. ahahah
isk2.. parah nih! btw, appology is da best policy.. ;)
Alia : totally agree..because I myself pun kadang2 assume because I dont ask
Saje je letak gambar2 macamtu biar orang terkejut2 sket. hahaha!
Kak Roz : will try keep that in my mind :)
Post a Comment