Pages

July 21, 2009

Lebih baik cinta daripada benci...Lebih baik setia dari iri hati

Yosh. Ohhh banyak butul saya nak cerita. Banyak benda saya buat the past few days.


Mari kita rewind eh...


Sabtu dan Ahad pulang ke kampung halaman di Muar. Plan asal mahu ke kenduri Kak Pareq tapi apakan daya ada beberapa perkara tak dapat dielakkan berlaku. Jadi perubahan dilakukan dan saya pulang bersama abang dan ibu pagi sabtu itu.


Seronotttt. Ramai ada. Cikpi Makpah Maktip Maklimah Cikdin Cikcho. Rasa macam mini raya pun ada :) Pulang ke kampung kerana nenek kurang sihat. Pemergian atuk 5 bulan lepas benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya. Saya sebak. Sebak yang tak tahan macam tekak saya dihiris-hiris :( Nenek, cepat sihat ya?


Pulang dari kampung jam tiga. Kurang lebih jam 6 sampai di rumah itu pun ada kesesakan lalulintas.


Malam itu pergi nonton wayang di Curve bersama Dia, dIa dan diA. Tak tahu kenapa saya bersetuju nonton cerita sebegitu tapi saya layankan sahaja. Cerita tak seram langsung. Serius! Kalau ada pengarah filem itu didepan saya ketika itu saya baling popcorn kat dia. Tapi orang sebelah saya terlebih mengerengkot setiap kali bunyi-bunyi aksi saspen berlangsung. Over :P


Hari ini pergi ke Kota Damansara. Petang pergi berenang di kolam renang kondominium malam kami menyambut harijadi Dia. Terimakasih dIa yang menghantar pulang!


Okeh dah malas mahu cerita. Dah penat. Tidur dulu ya?


Da~

1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

pack gak activity seharian nih!