Harini saya belajar cara memegang alat-alat yang digunakan oleh doktor gigi. Saya belajar menyesuaikan jari-jemari (bukan azlan jamhari.lol) memegang alat-alat tersebut. Cara nya dinamakan "modified pen grasp"/ubahsuai genggaman pen? seperti gambarajah dibawah :
jari ibu dan telunjuk memegang bahagian atas (bahagian memegang). Jari hantu memegang bahagian antara bahagian bekerja dan bahagian memegang. Jari manis direhatkan digigi-gigi berdekatan gigi yang sedang dicungkil.Kenapa jari manis direhatkan atas gigi? Supaya pegangan lebih kemas dan jari-jemari tak cepat letih. Jari kelingking sepatutnya dikelepetkan tapi saya tak boleh kelepetkan nanti jari manis ikut sekali. Eh cuba anda buat...kelepetkan jari kelingking tanpa diikuti degil oleh jari manis. Boleh tak? Eh rasa aneh la taip jari banyak2 kali.
Saya juga belajar arah duduk ketika sedang mencungkil gigi. Kalau di bahagian rahang bawah/atas kedudukan berbeza, rahang kiri/kanan berbeza, bahagian mengadap pipi/lidah@langit2 berbeza. Semua ada kedudukan tersendiri! Cara menggunakan lampu untuk pencahayaan juga berbeza di bahagian berbeza.
Seronok juga rasanya bermain dengan jari-jari dan gigi-gigi ini. Harini saya kurang bimbo sebab sudah reti menggunakan butang-butang pada kerusi. Tahniah kepada diri sendiri!
Hari itu sewaktu di London saya bertemu dengan dua kakak doktor gigi yang melanjutkan pelajaran di London. Seronok rasanya bertukar-tukar pengalaman. Kakak Ema kata sehari kena cabut beratus-ratus gigi. Penat katanya asyik mencabut gigi sampai jadi letih. Tapi awal-awal takut-takut sikit. Yelah, Kakak Ema pesan awal2 kena rajin2 bertanya. Juga penat katanya dengan panggilan panggilan kecemasan/on-call. Haa..siapa kata doktor gigi tiada on-call (padahal baru tau)
Hwaa..rakan-rakan sudah mula berbincang tentang pembelian tiket pulang ke Malaysia sewaktu musim panas. Saya sedih kerana :
a) saya tiada duit. tiada duit saya. duit saya tiada. jangan kata tiket pulang ke Malaysia, tiket bas ke Galway pun belum tentu ada! kasihan kasihan. tidak sabar menunggu akhir bulan ketika elaun dimasukkan...ohhhh..
b) saya tidak pasti tarikh patut pulang. jadual praktikal adalah sehingga 12 Julai. tapi saya mahu pulang awal. Mahu! Mahu!!!!!!!!!!!!!!!!!
Argh bercerita tentang pembelian tiket pulang buat saya rindu Malaysia. Nasib tempohari dah makan sambal paru dan ikan keli. *sob sob*

4 comments:
waa..in full bahasa~ whts wrong with english?
Dik, hari tu bawak Sarah Malia pi dentist for scaling n routine chkup. Ajak Cik-War skali, tp dia jawab 'takmo ahh, tunggu kak jia balik'. Ada kaa?? punya la gerun jumpa dentist. ntah apa2.. huhuhu..
haha... dah lama saya tak mendengar perkataan 'tempohari'...
bagus2....bahawa jiwa bangsa~~
@Anonymous
Bahasa Jiwa Bangsa..haha..just feel like doing so..
@ Cik-Kam
ha ha ha..apekah Cikwaaa..long way to gooo...nanti by the time Kak Jiah grad dah banyak kena fix dahhh...
@ Adilah
Budi pekerti budaya kita~
Post a Comment