Pages

March 25, 2011

Where Do I Go Now? Sebuah kisah post - SPM results


6 tahun dulu, dengan lesen yang baru berumur kurang lebih sebulan, janji dengan rakan-rakan ;

"Weh kita gerak dari Shell Seksyen 9 eh"

"Weh K, kau bawak kete bleh? Aku cuak sampai takleh drive lah"


Pintu gerbang Sekolah Menengah Sains Selangor menyambut kami. Kelihatan beberapa rakan-rakan sedang menjawab panggilan telefon, rata-rata terpancar tawa senyum gembira.


"Assalamualaikum Cikgu, saya datang amik result"

"Tahniah N, kamu dapat 10A. 2 A2"


Airmata gugur berderai laju bagai tak percaya. Seumur hidup, tak tersangka boleh dapat result sebegini rupa. Paling tinggi dalam bayangan sekadar 7A cuma. Alhamdulillah, syukur Ya Allah...

angkat pengetua dan orang dapat straight A1. Yang tak dapat straight A1 jadi tukang angkat je -___-

"weh kita takyah pakai baju kurung tau gi amik result" LOL sungguh childish sekali pemikiran..
nak masuk paper dgn tv3 weh, senyummmm


Buruan mencari biasiswa mencari arah tuju hala hidup bermula. Medic ke engine? Tak amik account bleh ke nak jadi accountant? Tak minat lukis taknak jadi architecture? Medic ke engine? Educamp untuk biasiswa syarikat minyak. Kursus di Terengganu untuk biasiswa syarikat telekomunikasi. Medic ke engine? Eh luar negara? Tak pernah fikir pun. Eh mesti ramai orang hebat nak ambil Medic..MARA ke JPA? Eh...budak SBP susah ke eh dapat scholar MARA? Medic ke engine? Eh nak pilih negara mana ni? UK dan New Zealand. Hentamkan sahaja!


"Sukacita dimaklumkan saudari telah ditawarkan biasiswa JABATAN PERKHIDMATAN AWAM untuk melanjutkan pengajian dalam bidang PERGIGIAN ke negara IRELAND"

JPA. Dentistry. Ireland. So the journey begins...


That was some summary of the dilemma I had after the results came out. I was not certain of what I wanted to do until I had to fill in the application form for scholarship.


The deciding factors for me to finally opting dentistry were the likelihood of getting a job and the best course that could get me a scholar. All I wanted at that time was to be sponsored to study somewhere. I had little, almost zero knowledge about dentistry but I chose it anyway.


I have to say my love towards dentistry was kinda developed rather than being something that I always wanted since I was little. I really wanted to be a doctor..but I just think I'm not meant to be one, since I suck so bad in Biology. Back then I heard about people having trouble getting jobs when they do this and that so I really wanted to do something "in the medic line", something that has job security so I opted for dentistry. But I had to admit that was kinda childish minded.


WHERE DO I GO NOW?

Result dah dapat. Borang permohonan depan mata. Kalau dulu terumbang-ambing macam saya, isi semua, kejar semua. Dulu saya rasa, mana yang dapat itu lah rezeki saya.

Tapi ada satu tahap saya rasa saya tahu apa saya mahu, jadi saya lepaskan salah satu tawaran dan ambil keputusan untuk masuk matriks, jalan yang sukar sikit untuk dapatkan apa yang saya mahu. Alhamdulillah, rezeki dapat JPA, kira dipermudahkan lagi jalan untuk dapatkan apa yang saya mahu. So if u really really want it, there are always ways. Be it the hard one or the easy one.

Minat kena ada tapi kena rasional juga. Jangan rasa ada kamera dan suka tangkap gambar pokok atau awan kamu rasa kamu patut tinggalkan pelajaran, dan mulakan pengembaraan menjadi penangkap gambar terkenal. Bukan nak perkecilkan ni contoh sahaja. Tak salah nak jadi penangkap gambar terkenal tapi ilmu kena ada. Kalau rasa minat dan rasa ada masa depan dan mampu galas cabaran baru terjun.


Tak pandai nak kasi nasihat tapi ini pendapat saje...

No comments: