Pages

April 16, 2010

Menguji kebolehan mengarut dalam satu blog post

Hari ini, izinkan saya berbicara tentang hati dan perasaan.



Eceyh pergi mampus kau. Hati dan perasaan konon. Hati dan perasaan ni macam takde makne pun bile bertahun-tahun kau setia pada orang yang sama-sama tiba-tiba ada satu turning point penantian tu jadi worthless. Like *wafaaaaak ape guna selama ni kau spacekan hati untuk si polan si polan sebab harapan demi harapan sentiasa ditaburkan.

Jadi dalam hati saya ini ada satu space to rent. Tataulah rasa macam nak cari tenant baru. If we are compatible enough I can let you buy this space also (sambil angkat-angkat kening) *Wafudge ayat promote diri apekah iniew? Tak berniat pun nak carutkan soal hati macam ni yang sebnanye.


Yang sebenar-benar nak cerita ini. Sekarang ni dalam otak dalam hati macam-macam perasaan berebut mintak perhatian. Perasaan rindu. Perasaan homesick. Perasaan nak lempang orang. Perasaan nak nangis. Perasaan nak makan satay. Satu-satu okay sang perasaans sekarang ni nak exam. Jadi perasaan exam saya belai dulu. Perasaan-perasaan lain...tolonglah, saya pinta, suppress yourself first. Saya ni hanya satu. Tapi kamu tu semua beribu. Mana bisa saya layani perangai kamu yang berbagai-bagai tu...Serius tak mampu!


Minggu depan satu peperiksaan bakal berlangsung. Kertas rojak saya rasa nak panggil. Dia sumbat segala-mala benda tu dalam satu kertas berlangsung tiga jam. Kenapa rojak? Begini...dalam kertas nan satu ni terselit pelbagai topik yang dibicarakan. Kau mula berbicara tentang penyakit gigi, tiba-tiba dialihkan pula bicara tentang sains bahan-bahan. Belum puas kau berhujah tentang bahan-bahan, soalan Law dan Ethics pula mengambil tumpuan. Jadi dalam otak kau yang tak berapa nak hebat tu, kau kena sumbat-sumbatkan segala info itu jangan kasi cicir di tengah jalan. Dan malangnya, habis peperiksaan ini, kau dikecam lagi dengan peperiksaan musim panas dalam masa kurang lebih 2 minggu. Kesannya? Bit by bit, hari demi hari kau ansur-ansur jadi separuh gila. Harapannya, sebelum jadi sepenuh gila, kau dah pulang ke tanah hujan batu yang dirindui sangat-sangat tu.


Oklah. Dah. Sekian. Kawan-kawan, jangan lari dari saya bila saya tengah gila ni ok? Stay with me ok?


*wafaak and wafudge are eufemisme untuk carutan

1 comment:

wani ezryl * said...

hahh mmg sgt faham bila ko savekan a space in ur heart for someone then tiba2 jd worthless!! rs nk runtuhkan bangunan je ok! lolx. but i guess things happen for reason. there might be a better person for you out there ^^v

ahaa kertas exam rojak. good luck on that! xD