But here's what actually on my mind but I could not speak it out especially when Mak Pah and Mak Limah started to cry. I was dumbfounded for a while. hohohoh..speak about being too emotional. Sampai abang saya cakap "eh apsal nangis plak, kan patutnye kena happy" -____-
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana memberikan kita ruang dan peluang untuk meraikan hari ini.
Seterusnya saya ingin memberikan sekalung penghargaan buat mereka yang telah bekerja keras keras kearah persiapan majlis ini; buat adik beradik ibu saya, saudara mara sebelah bapa saya yang banyak menyumbang idea, tenaga dan masa bagi memastikan kelancaran majlis ini. Tak juga dilupakan buat jiran-jiran dari Taman Bukit Saga, rakan-rakan saya serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang turut menghulurkan bantuan tenaga kerja, apresiasi tanpa noktah buat kalian semua.
Seterusnya ucapan terima kasih buat semua tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis ini. Marilah kita sama-sama berdoa agar perkahwinan ini diberkati Allah serta berkekalan sehingga akhir hayat.
Buat kakak ipar saya Welcome to the family.
Akhir kata, saya ingin meminta maaf kepada anda semua atas segala kekurangan sepanjang majlis ini dijalankan. Wassalam.
p/s : Buat rakan-rakan yang saya terlupa jemput dan remindkan tarikh, ampun dan maaf dipinta. Minggu terakhir tu dah terlalu busy tak sempat nak buat pape. --> Cey macam diri sendiri kawen plak :P
Eh dalam ucapan ada p/s ke?
2 comments:
bestnyeeeeeeeeee..............i'm soooooooooo saddd i missed it!!
sssssokay zackkk...nnt one of us kahwin bleh buat cani lagii
Post a Comment