Pages

June 27, 2009

catatan si ketagih

Pergi berkaraoke adalah perkara paling menyeronokkan dalam hidup. Tetapi awas, sekiranya anda adalah ketagih karaoke, jangan pergi bersama bakal mertua kerana kemungkinan untuk direject adalah tinggi terutamanya jika lagu yang didendangkan adalah seperti Cintaku 100% dan Memori Daun Pisang.

Pagi ini saya keluar bersama si Wani untuk ke kolam renang. Tapi sayangnya, kolam renang UiTM Shah Alam ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Down lah saya begini. Kemudian kami pun ke Pusat Akuatik Darul Ehsan.

Selepas itu Wani menghantar saya ke LRT Putra Asia Jaya. Terima kasih Wani saya sayang kamu. Saya menaiki LRT Putra ke KL Sentral kalau naik KTM lembap gila. Disana kereta Naza sudah menunggu dan kami lantas ke Pavilion. Sesampai di Pavillion lantas ke Dewan Makan (?) dan menjamu selera.

Tanpa membuang masa kami ke KotakMerah Tambah (RedBox Plus) untuk berjimba. Lagu pertama yang didendangkan adalah Cintaku 100% habis jatuh imej saya sebagai seorang yang pemalu kerana telah menyanyikan dangdut dengan sengau-sengau lenggoknya sekali. Damn! Itu yang saya katakan tidak boleh ditunjukkan pada bakal mertua perangai buruk sebegini.

Terima kasih semua yang terlibat dalam membantu menceriakan hari saya. =)

No comments: