Pages

Showing posts with label desires. Show all posts
Showing posts with label desires. Show all posts

November 21, 2008

Pembetulan

The previous entry was done to emphasis on how I badly need a breakaway.

Neither to show tactics to get your mom's money.
Nor to say that I am a spoilt brat.

Bukan ye kawan-kawan, bukan.


I just don't know the best way to tell her that I am in kinda stressful condition. The easiest way is to tell her that I wanna go back home. Itu cukup untuk buat ibu saya tahu yang saya sedang mengalami ketidakbetulan disini. Bukan untuk buat ibu risau, sekadar ingin berkongsi. Sekadar ingin menyatakan padanya betapa saya mahu bangun pagi diatas katil saya yang empuk dan didalam bilik saya yang bersepah. Turun ke dapur dengan jiwa yang gembira lantas menghadap kueytiow goreng yang tersedia. Bukan bangun pagi didalam bilik yang kecil ini (tetapi masih bersepah.hihihi). Turun ke dapur dengan fikiran tertumpu kepada peperiksaan dan beberapa perkara picisan yang membosankan, lalu menghadap bijirin sarapan pagi, butir demi butir dalam kerisauan.

Ada faham?

Tapi saya rasa perkara ni normal lah. Hampir kesemua pelajar oversea ada moment-moment sebegini.Jarak yang memisahkan antara kami dan kesayangan-kesayangan terlalu jauh. Adakalanya kami juga mahu bermanja dengan ibu. Adakalanya kami juga mahu bergurau dengan bapa. Adakalanya kami juga rindu mahu bergaduh dengan mereka yang seibu sebapa. Adakalanya kami juga mahu bertemu dengan rakan-rakan yang sudah sebati dalam hidup kami. Dan bagi pihak saya, moment itu sedang menyerang *action kamen bip bip bip*

Apapun jua, no worries. Saya tahu bagaimana mahu memotivasikan diri. Saya sedang mengutip kembali kekuatan demi kekuatan untuk kembali bangun sendiri. I am not going to turn back and give up. I just need to take one step back and rest :) before I could go on fighting.

notakaki : dia yang bertudung, bukan yg berseluar pendek tu. masih single. ada siapa mahu mencuba? hhihiihih

Happy birthday, Che Mi.

Buat teman sedorm, sekelas, seSMSS, seSeoulllGarden (baca dalam nada yg betul), seswimming, sewayang, sefutsal, seMidValley, seLowYat, sePavillion, seiring sejalan (wtf?)
Moga tahun yang mendatang menjadikan kamu lebih hebat dan menjadikan persahabatan kita lebih erat.
Ketahuilah walaupun betapa confused nya saya pada tarikh kelahiran kamu, you are always in my heart (ceyyy..ayat cover baekkk punya)
Dan ketahuilah tiada siapa mampu menggantikan kalian semua dalam hidup saya.
SMSS in...ermmmmmmmm...out! SYA!
*semangat rugby tetibe*
Terima kasih Tuhan, kerana menganugerahkan saya teman-teman sebegini dalam hidupku. =D

p/s : Fiqahoooooo...cerekarama dah habesss...Jalankan tugas anda mengsurvey tempat-tempat menarik hokayyyyyy

p/p/s : Maaflah kalian. Asyik baca saya mengarut jee...Rest assured that I am A Okay now. So shalala everyone~

November 17, 2008

the day I felt like i can write again

Finally :) The new week has come..

Today I decided to write down everything that I went thru since this is the only therapy that I can opt right now. Yes, writing is a therapy. Retail therapy is a big NO NO since I have to restrict myself from spending unnecessarily so I could do so during this winter. Hahaha..delayed gratification, is how we call this :)

Last week I've been busy with the Annual General Meeting which suddenly being combined with another formal function with our new ambassador. As a project manager, I need to make sure everything runs smoothly on that day.

The day came and it sailed through quite okay, I guess. Working with a team of skillful and not too forget wonderful people has never been easier eventho there are bits and pieces of thing that went out of the track. Adat la tu kan..we can only plan, remember? Congrats and syabbas inspector syaab. Thanks to all people of Cork who came and sorry for any inconvenience caused.

After the events I was left with thousands of mixed feelings that sent me into state of depression until yesterday. I cried a lot. I had thousand of bad thoughts. I had thousand of fears. And being at home alone that night doesn't help at all. but I am glad for the existence of internet as I could always find my cyber shoulders to hear my rambles and gibbers. Thanks a lot darlings - you know who you are :) And not too forget the existence of television in my room has helped me to go thruout the nite better, speshly malam tu ade rugby game between Eire and Allblacks. Ahh..windu nak tengok rugby ;) And Shidot, ah, I watched the X Factor too! hiihiihihihi..

The next day (yesterday it is) I was still not myself. I cut my thumb (not purposedly of course!) when I was cutting the onions. Daging yang terpotong tu kalau masuk dalam mihun pun sedap but I am not turning myself into a cannibal lah kan..Sakit woo (sila rujuk gambar di bawah)

That evening I had myself tuned in after a few conversations with a few peeps. Alhamdulillah, the burden has finally got lighter..:)


cubaan menyorokkan jari gemuk. hihihiihihi..*tangan yang menggapaiii kini hancur terlerai*

This week I really need to push myself harder. I am activating my nerd mode *plink* again. Right now I need to dive into the sea to pick up my studies yang telah dicampak kelaottt pada minggu lepas. Hahahaha..physiology..neuroanatomy dan embryology, wait for meee....I'm coming to rescue uuuuuuu...And..oh! I hope I can juggle between studies and going to gym too.

I hope this week is gonna be a whole new, refreshing week. Yeehaaaa....and that's why I'm changing my background to a much groovier song. Enjoyy!

Special message to Zairin, Zack and Wani...wehh..ingat tak pakatan kita...I have started! Have you all started??? Hihihihiihihihih...saya rasa setakat ni dah 3 *toot* dibuang. Korang macammanee?? Update weh update. Sila laporkan kepada referee kita - Che'Mi

July 24, 2008

sesi luahan perasaan


Okay sebenarnya saya tengah jiwa kacau. Kacau macam Mc Flurry Oreo atau Cornetto (kegemaran baru saya. yang cair punya setaap) yang dikacau dengan menggunakan sudu yang diattach pada machine itu. Ngeng ngeng bunyi dia dikacau. Nak cari bunyi lain macam tak terlintas. Ngeng ngeng jugak keluar tapi bunyi dia ade macam rempit sikitlah.

Sempena dengan usia yang bakal bertambah ni (*alert alert wiu wiu wiu hint hint wink wink ne no ne no*) banyak perkara yang membenakkan otak saya*sigh*. Terutamanya tentang arah tuju hidup saya. Cey cey cecemelll...baru nak masuk 2nd year dah nak cari arah tuju hidup kan. Tapi biarlah..biarlah saya nak rasa hidup saya ada wawasan sikit. Dulu sekolah rendah kalau tengok tengok kat buku autograf kita letak cita-cita kan. Macam saya punya dulu ada macam-macam version. Yang biasa saya letak nak jadi peguam@doktor@businesswoman. Tuuuu..dia ambitious sangat kan sampai tiga. Tapi bila dah besar sikit saya dah kecikkan skop nak jadi doktor. Sampai lah form 4 tetibe rasa cam Biology susah bebenor saya divert sikit-sikit dapat jadi engineer pun ok gak. Tapi tiba-tiba SPM Biology saya tak teruk sangat baru ada confident nak amik doktor balik. Tapi pikir punya pikir takut scholarship tu competitive sangat saya pilih amik dentistry. Memang indecisive from now then and forever.


So itu lah kira-kiranya roughly sejarah saya amik dentistry. Penat jugak nak jawab kat orang dengan FAQ (frequently asked question) tu. "nape amik dentistry?" "eh ko memang minat eh gigi gigi ni" "nape ko tak amik medic kenapa amik dentistry"
Rasa kalau ditanya soalan tu rasa nak tumbuk nangis je kat orang yg bertanya. Macam luka lama berdarah kembali. Rasa nak jawab "saya amik dentistry dulu sebab takut amik medic nanti tak dapat scholar. SPM Bio saya A2 jeeeeeee. tapi saya minat gila-gila nak amik medic" hah gitu jawapan sebenar di benak hati..

Pastu bila tengok orang lain belajar medic macam menarik je kan. Lagi-lagi bila jadi golongan minor. Tak berteman keseoorangan..Sedih je rase *sob sob sob* Tapi saya tarahal lah...benda-benda ni benda kecik je. Masa tengah meroyan ke ape je barulah ungkit kan. Tu yang saya rasa cam nak buat plan je kan. Tapi kenalah selalu ingat kita hidup ni hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan. Cewyyywaaahh cecemell..

Memula saya macam ada plan gila rasa nak ambil medic lepas dah ada degree ni. Tapi eh *snap* back into reality awak tu scholar kerajaan ada seploh tahun bond dengan kerajaan ada hati kan nak buat bukan2.Okay so cari plan yang lebih real sikit. Saya ingat nak buat specialist dalam Oral and Macillofacial Surgery lah. Tapi kan...macam susah..Mau tak kawin dibuatnya karang. Pastu boleh ke saya handle. Anatomy pon cukup makan je *sigh* But that's the closest to medicine that I can do. And if I really want to do it, I really really really (really to infinity) need to work my arse off hard.

Kahwin pun satu hal jugak. Mak kata kalau saya tak kurus-kurus nanti tak kahwin. *sigh* lagi (entry paling banyak mengeluh)
*diam bertafakur tak boleh nak elaborate lebih*

Huerm fine lepas ni malas dah nak masak balik Ireland nanti. Tu lah dah pandai masak pastu makan. Pastu makan jadi ape? Jadi lah tu...bulat bulat bagai boleh bergolek. Kalau jadi bola ok lagi orang boleh main futsal. Ni jadi orang bulat...haishh..kucing pun tak nak berkawan.

Baru teringat yang saya perlu kembali ke Ireland *sigh* Boleh tak nak cakap...bencilah. Malasnya. Malas sangat. Reason being...huerm banyak sangat reason nye. Senang citer I enjoy being here with my close circle of friend and family. Celah manalah nak cari orang-orang cam diorang ni...*sigh*

Ok lah entry dah makin mengarut tapi tu lah main point nye. Arah tuju dalam hidup saya. Saya nak grad sihat-sihat (bukan sihat=180kg) pastu kerja 3 tahun. CheMi ajak saya mintak posting kat Sabah/Sarawak. Tuuuu dia lagi cita-cita menggunung Kinabalu. Pastu rezeki/semangat ada boleh lah sambung.

Oh by the way ade pengumuman. Ting tong ting tong...

siapa mahu beli camera saya Casio Exilim Z75. 7.2 megapixel, 3x optical zoom. Market price saya usha tadi dlm RM699 but I'm letting it go at RM350-400 sajorks. Comes with memory card some more dan ya, kalernye adalah pink, exactly cam dalam gambar. And it is still negotiable ok. Reason being saya *rasa macam* nak angkat DSLR. Beli la beli la..kalau berminat boleh email saya kat nzra_007@yahoo.com. Nak call pun boleh ade nombor fon saya dalam blog ni kalau tere carilah.